Kakmim Dot Com

Coretan Kenangan Seorang Kakmim

Entah kenapa tiba-tiba terbuka hati nak pakai domain sendiri. Suatu ketika dulu pernah pakai mimyara.com tapi adalah insidennya tak renew dan merajuk dari blogsphere ni.

Awal tahun 2020 ni pun mulanya memang nak aktif balik tapi bila dah PKP terus sendu balik. Time PKP aktif di IG je. Tiap hari Kakmim akan update menu harian yang Kakmim masak ataupun order. Saja je untuk kenangan musim PKP suatu hari nanti.

Dan sejak PKPP pulak semakin rajin pulak mengupdate blog. Tambahan lagi dah kenal beberapa bloggers yang termashur gitu. Yang suka komen, suka share. Itu antara motivasi sebenarnya untuk terus mengupdate entri di blog. Sejak menjadi blogger sendu memang Kakmim dah hilang ramai member blog. Tapi hikmahnya sekarang Kakmim dah dapat pengganti kawan-kawan yang baharu.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan?

Begitulah hebatnya perancangan Tuhan. Tak sampai 1 jam dah setel semua. 

Orang lain lama dah guna domain sendiri. Kakmim pulak baru je. Takpe kan, better late than never kata orang putih.

Kalau dulu Kakmim guna mimyara.com dan guna Wordpress. Sekarang Kakmim masih selesa dengan Blogspot dengan nama kakmim.com. Bye bye mimyara.blogspot.com

Ehem..

Nak tahu tak mimyara tu apa? Mim ya ra, Mir. Shortform untuk Mira. Kalau nama penuhnya - mim ya ra alif, Mira. Connect tak?

Ye tuan-tuan dan puan-puan. Nama saya Mira. Boleh panggil Kakmim je. Umur 39 tahun. Anak 4 orang. Tinggal di Kuching, Sarawak. Sapa orang Serawak on jak kelakar Serawak. Hehe!

Salam kenal sekali lagi ye semua. Jangan lupa senyum.




20 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. tahniah !! dah ada domain sendiri. saya ni plan banyak kali dah tapi itula tertunda2 je. malas nak buat pun satu hal. itu jadinya.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar jer siti... selebihnya diorg boleh settingkan... so senang skrg

      Delete
  2. teringin nak pakai domain sendiri juga tapi takpela ..tgu in few years lagi klu tutup rasa nak berblogging

    ReplyDelete
  3. Yah... Dah ada domain dik pun. Hehe. Padu 39 umur kitak. Sama umo la kita tok.

    ReplyDelete
  4. Wahh..tahniah kak. okay sangat kakmim.com tu. Connect juga mim ya ra tu. faham faham :)

    ReplyDelete
  5. blogspot ja, mls nak ngerjakan domain sendiri-haha. syasya rajin main insta ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg bayar je cha.. diorg settingkan sekali.. hihihi

      Delete
  6. Tahniah dah pakai domain sendiri. Saya pun tersedar, musim PKP banyak pula entri terhasil. Rajin blogwalking, satu aktiviti yang agak lama ditinggalkan sebab tak pandai urus masa berblogging. Sekarang dah mula dapat kawan baru, tapi sayang kawan lama banyak yang berhibernasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu amie.. kwn lama hampir xde dah aktif.. tp hikmahnya dpt kwn² baru.. hehehe

      Delete
  7. hai kak mim! Salam kenal..CUya follow sini ya..jadi kawan baru..hehhe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form