Langkah Kanan di Pagi Isnin

Assalamualaikum.. selamat hari Isnin semua yang membaca entri ni. So Kuching dah PKPP so takde dah istilah WFH dah kecuali bagi yang memohon. Kita positifkan diri masuk ofis setiap hari walaupun #budakkaran dah bercuti tapi PB masih lagi perlu disemak dan dikey-in.


Pagi-pagi macam biasalah hantar #theIMANs ke umah mak sebelum pergi keja. Bila sampai kat umah mak, #adikno3 dah tunggu dah dengan pertanyaan, "Ada bekal tak?". Kakmim sejujurnya bagitaulah takde bekal. Hari ni Kakmim cuma bawak air teh ros & biskut nenas dan kacang je. Macam takde idea jugak nak bekfes apa, plan macam nak brunch terus je.


"Ini ha.. aku dah sediakan wrap untuk bekfes". Terus dia menghulurkan tupperware kuning kehijauan tu pada Kakmim. 


"Wah, terima kasih!". Rezeki langkah kanan pagi ni pergi umah mak dapat bekal untuk bekfes kat ofis. Terima kasih adikku.

Makanya bekfes pagi ni ditaja oleh #adikno3 (chicken sausage wrap) dan termos baby pink menawan MK yang ditaja oleh my BC. Air teh ros dibuat oleh yours truly.

.

.

.

So korang dah bekfes ke? Bagi yang bekfes depan pc tu, yang bestnya sambil makan sesambil BW blog kawan-kawan lain. Biasalah weekend tak feel sangat BW guna henpon. Nak kena guna pc gedabak jugak baru ada ummpph.


14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kerja ye hari kakmim, selamat meneruskan aktiviti di hari isnin yang barokah, semoga semuanya berjalan lancar Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Rezeki dapat bekalan tajaan adik. Selamat menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah... happy Monday kak Min..
    Kita tadi sambil update blog, sambil mencecah biskit dalam air hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun fav jugak tu menu dpn pc sambil BW... hehehe

      Delete
  4. Nang pc atau laptop juak best di pakey. Kan. Pagi tok breakfast kuih kampung jak... Dak kuih ketupat, celorot. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la tek.. puas jak rasa mata baca... lmk x mkn celorot eh.. xda nemu urg berjual nyaman.. hehehe

      Delete
  5. Alhamdulillah. rezeki dipagi hari. Family berkongsi rezeki bersama :)
    breakfast dan lunch, dua dua sudah kakmim. Betul, kena blogwalking guna PC gak best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tapi kalau update dr hp best jugak sebenarnya tapi nak touch up tu kena on pc jugak kalau di umah, sebab perlu proofread dlu br post. Haha

      Delete
  6. aaa bersemangat jadinya nak p kerja yaa ada bekal.. comel adiknya pun..

    ReplyDelete
  7. ari tok makan di pantry..sebab member opis ajak makan sama2..sik dapat mok makan depan laptop kedak hari2 sebelumnya..haha

    ReplyDelete
  8. pagi tadi beli dari food panda je hehe

    ReplyDelete
  9. Baik sungguh #adikno3 tu. Alhamdulillah rezeki berbekal makanan ke pejabat. Hihi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form