Follow Us @soratemplates

19/11/2020

Terkaitnya Kita Telah Mendarat Di Kuching!




Terima kasih Syaz. Terkaitnya Kita dah selamat landing di Kuching, Sarawak. Tahniah tau di atas kelahiran karya sulung Syaz!! Happy for you. Semoga dimurahkan idea untuk terus berkarya.

Kakmim pun ada grab sebuah lagi Terkaitnya Kita untuk dihadiahkan kepada colleague yang juga seorang penulis. Tak sabarnya nak tunggu buku tu sampai sebab Kakmim pos kat alamat ofis. Saja nak buat surprise. Hehehe. Nak say thanks kat dia sebab selalu bagi semangat untuk Kakmim menulis walaupun Kakmim bukannya reti sangat pun. Sekadar menaip kat blog ni boleh la. Yang karya yang bakal publish tu pun belum ada bunyi lagi ni. Hehehe.

Semoga malam ni Kakmim boleh tidur awal lah ye. Seram jugak ni dapat buku ni takut tak dapat tidur sebab nak khatamkan malam ni jugak.

Oops, siapa ada perangai macam ni boleh la kita geng. Hihihi. Orang Sarawak cakap, kejeron! Tak menyabau, kata orang Melaka.

Ismat.. Akalili.. Khalis. Familiar tak nama ni? Hihihi.


5 comments:

  1. Selamat membaca! Mesti teruja nak baca buku baru, kan .... ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. kamek pun da start baca..haha..banyak plot twist!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..wahh terbang nun jauh disana. Memang familiar sangat nama nama watak tu kakmim..cerita mereka memang terkait antara bab. tak sangka kan :)

    ReplyDelete
  4. Yeay alhamdulillah, semoga terhibur kak mim, maaf atas kekurangan penulis amatur ini ๐Ÿ˜‰

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥