Carilah Hikmah Di Setiap UjianNYA


Sejak #theIMANs tak perlu pergi sekolah since PKPP, #budakkaran pun tengah cuti semester khas maka takde maknanya Kakmim nak sampai awal ke ofis. Lagipun kan WBF, fleksibel je nak masuk jam berapa tapi takdelah sampai ofis tepat jam 9 pagi. So on the way ke ofis tu sebelum jam 8 pagi sempatlah Kakmim dengar slot motivasi di radio Sarawak.fm. Kakmim ni sejenis yang suka dengar radio local di awal pagi sebab banyak info setempat yang Kakmim boleh dapat. Ramalan cuaca lah, berita kematian lah, headline newspaper tempatan lah. Kiranya pagi-pagi kena dapat input di tempat sendiri. Makcik-makcik sangat pulak kan?

Baru-baru ni tajuk motivasi paginya ialah berkenaan ujian dan dugaan daripada Allah. Sebagai umat Islam kita harus percaya akan ketentuan daripada Allah dan kita kena selalu bersangka baik dengan Allah. Setiap ujian dan dugaan yang DIA turunkan kepada kita pasti ada hikmah di sebaliknya.  Contohnya zaman pandemik macam ni, mungkin ramai yang kehilangan pekerjaan, kehilangan ahli keluarga tersayang, bisnes lingkup.. memang ramai sangat yang terkesan. Oleh itu, dalam menangani ujian dan dugaan daripadaNYA pasti ada jalan keluar untuk kita kembali bangkit. Setiap isu dan cabaran yang kita hadapi kita perlulah ada tindakan untuk menyelesaikannya, bukannya ujian dan masalah tu untuk direnung dan diratapi sahaja. No! No! Tak bolehlah macam tu. Kita tidak boleh terus menyalahkan takdir dan mengalah begitu sahaja.

Teringat dulu 1 post blogger, tak ingat pulak siapa. Berdamai dengan takdir. Ya, kenapa kita perlu salahkan takdir? Apa salahnya kita optimis untuk mencari semula titik terang agar dapat menerangi semula lorong kegelapan dalam pengembaraan kita di bumi Allah ini. Sebab itu Allah beri kita akal untuk berfikir kan? 

Hidup ini terlalu singkat untuk kita nikmati. Maka hargailah sewajarnya. Cukup-cukuplah bermusuhan dengan takdir. Carilah hikmah atas setiap cabaran yang mendatangi kita.

Senyum selalu ya! Have a nice longgggg weekend!


#notakakmim: happy sebab check list task untuk hari ni semuanya setel!!

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. setuju..mungkin apa yg berlaku ade hikmahnya kak mim :)

    singgah jenguk kak mim ptg2 ni :)
    nmpak ada susun atur baru dlm blog kak mim hehee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. baru tp xde idea nk deco cmne lg 😂😂 blog shida pn dh baru

      Delete
  2. huaaa.... atie selalu tertnya perlu salah kan takdir ka? hmmm huaaaaa tak baik kan soal mcm tu

    ReplyDelete
  3. Masa musim covid tok la, kita ambik hikmah yang sepatutnya. Tedah nangga orang sikda kerja, kena buang kerja. Setiap kali nangga rider food panda, grab food dan lain-lain.. Mesti dalam hati kmk madah semoga murah rezeki cdak tok semua. Bila hujan lebat, nangga cdak di jeraya, sayu gik rasa hati.

    Semoga kmk selalu beringat, mun kmk susah ada gik yang lebih susah. Bersyukur apa yang kita ada.

    Eh panjang la pulak komen. HAHA. Morning kakmim!

    ReplyDelete
  4. Suka juga mendengar motivasi dan ceramah. Dari situ, kita banyak menginsafi diri dan belajar apa yang disampaikan. Musim covid ni juga banyak hikmahnya, boleh spend masa dengan keluarga di rumah. mengajar kita erti bersyukur.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form