Corat-Coret di Hari Malaysia

 Orang lain berehat, bersantai bersama keluarga.
Al-maklumlah hari ni kan cuti umum.
Saya sibuk berkursus hari ni.
Bukan kursus jabatan, kursus berbayar.
Saja je kan daftar sebab nak nota lepas tu nak tengok cara orang lain mengajar jugak. Tapi serius best! Berbaloi join kursus hari ni.
1 lagi hari Ahad ni pulak.

Hari ni Microsoft Excel Intermediate.
Ahad nanti Advance pulak.
Beginner saya tak join.
So pakej 2 kursus ni RM180.

Pagi tadi si kakak mintak hantar ke rumah nenek. Nak record video untuk pertandingan bercerita katanya. Biasalah #adikno4 memang suka layankan bab-bab recording ni. Balik je hantar kakak si Ayah hulurkan aiskrim Kitkat ni. Orang tengah fokus slot pagi tu tetiba dapat aiskrim jadi teruja pulak.

Jam 11 kami break sekejap, 15 minit.
Saya masak nasik, siapkan ikan untuk disteam.
Dan biarkan di dapur.
Lepas tu join Google Meet lagi.
Break pukul 1 saya tumis timun bertelur pulak.
Jadilah lunch simple di hari cuti.
Walaupun nampak simple tapi ikan bawal emas ni memang favourite #theIMANs. Memang licin lah.

Lepas siap basuh pinggan semua tetiba dapat call dari geng masa kecik-kecik dulu. Katanya nak hantar sesuatu. Rupanya dia hantar kuih putu ni. Tak tau nama sebenar tapi dari kecik panggil kuih putu.

Dulu arwah maknya yang buat dan jual kuih ni. Sekarang diorang adik-beradik pulak cuba-cuba buat ikut resepi arwah mak diorang. Alhamdulillah sedap. Dicadangkan untuk open order. Hahaha.

Sekian saja kisah boring saya di hari cuti.
Korang pulak buat apa sepanjang hari ni?




10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. microsoft excel ni banyak lagi kegunaannya yang tak tahu. rasanya saya ni beginners pon tak lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lg byk kita belajar makin byk pulak kita x tau.. mmg byk jugak dpt ilmu baru ari ni

      Delete
    2. saya klu ade kursus excel kat opis selalu taknak pegi... hahaha

      Delete
    3. Adoi 😂😂😂 Seronok bila byk tau tips guna excel

      Delete
  2. Rajinnya kakmim cuti-cuti pun join kursus. Tapi memang bagus kursus microsoft ni. Dapat lah tambah knowledge. Memudahkan kerja sebenarnya.

    saya tak ada cuti. hehehe hari-hari cuti. Demikian lah aktiviti seorang penggangur terhormat :') Cuma banyak bw harini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin belajar belajar rupanya makin byk yg kita xtau ain.. itulah kena salu upgrade..hihi

      Delete
  3. Rajinnya menambah ilmu..bagus
    Saya excel memang tak lepas..Maluuu

    ReplyDelete
  4. Jangan bersedih kakmim. Tambah ilmu di hari cuti. Ada juga aktiviti. Lagi lagi berbayar ni kena dimanfaatkan sebaiknya. Sedapnya aiskrim magnum tu. The Imans suka lauk ikan bawal ye. Senang hati kalu ibu masak makan sampai licin.
    Lain sikit rupa putu, dalamnya ada inti gula melaka jugak ye?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form