Follow Us @soratemplates

16/09/2021

Terung Goreng Berlado Simple tapi Pedas

Bila dah mengadap laptop sepanjang hari, mestilah rasa bersalah.
Nak tebus rasa bersalah, kita masak menu lain pulak sebelah malamnya.
Actually ada baki sebiji terung yang Encik Suami beli seminggu yang lalu.
Tilik punya tilik macam okay je.
Bila belah pun helok sangat.
Bolehlah masak pedas, confirm berselera si dia makan.

Makanya terjadilah terung goreng berlado ni.
Jangan pandang terung tu biasa.
Pedas menyengat tu.

Nasik panas, terung pedas.. memanglah berpeluh.

Meh saya share terung goreng berlado simple cara saya
Ni untuk sebiji terung je tau!
Kalau banyak, tambah jugaklah kuantiti bahannya

Bahan-bahan:
1 biji cili merah kecil
4 biji cili padi siam
1/4 bawang besar
1 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
Sedikit udang kering (optional)

1. Terung dihiris serong dan digoreng sampai kuning keemasan
2. Bahan-bahan di atas semua masuk dalam chopper
3. Gunakan minyak menggoreng terung untuk menumis bahan-bahan yang telah dichop
(Kalau terlalu banyak boleh dikurangkan)
4. Tumis sampai cili & bawang garing
5. Masukkan mushroom seasoning dan sedikit sos ikan
6. Masukkan terung yang telah digoreng
7. Gaul sebati dan angkat
8. Sedia untuk dihidang!

Simple kan? 
Bahan-bahan semua yang ada kat dapur je
Nak menyediakan pun mudah 

Begitulah saya..
Suka sesuatu yang simple

Komen Encik Suami, nampak biasa tapi pedas berangat!

Ahaks!
Selamat mencuba!


 

21 comments:

  1. Replies
    1. Simple tapi bertambah jgk mkn mlm2 gini.. bahaya wak

      Delete
  2. masak berlado memang sedapp
    cuma cik nur tak mkn terung he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik nor try terung goreng tepung dlu.. sedap.. hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Rasa nk repeat lg jer x puas mkn mlm tu ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  4. Suka...
    Lauk kering macam. sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terung x best masak berkuah sgt.. kena masak tumis2 kering mcm ni br sedap

      Delete
  5. sedapnya, favourite ini terung goreng berlado kadang tu campur sekali dengan ikan bilis..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau campur ikan bilis lg sedap kan? Tp ikan bilis abis stok tu yg letak udang kering sbg perasa

      Delete
  6. Kak Mim, saya kalau dapat lauk terung berlado ni, cukupppp.. asam pedas pun saya tak pandang dah ๐Ÿ˜œ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kena mkn solo xleh berganding dgn menu lain kak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Delete
  7. Bukan biasa biasa ni. Padu masakan terung berlado kakmim. Pedas menyengat. Lama tak masak teruk berlada macam ni. Tengok lauk kakmim rasa nak beli terung gak lah.

    ReplyDelete
  8. Pedas menyengat dengan nasi putih panas. Memang sedap !

    ReplyDelete
  9. Saya suka makan terung goreng pedas..masak tumis ya Allah lagi lah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa..peminat terung ni.. dlu sy x mkn terung skrg br pandai mkn

      Delete
  10. Replies
    1. Cuba dlu buat terung goreng tepung.. pastikan guna tepung bestari.. anak kakmim lps try tu terus suka

      Delete
  11. sedap ni.. favouriteeee sangat..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥