Follow Us @soratemplates

11/09/2021

Selamat Berhujung Minggu




Maaf. Maaf. Maaf.

Seminggu 2 ni memang agak banyak urusan hakiki yang perlu diselesaikan. Sampaikan masa di ofis pun macam tak cukup, membawa pula ke rumah. Dah tak adalah nak tidur on time pukul 10 malam. Paling awal pukul 12 lebih tengah malam.

Banyak urusan rasmi di ofis, banyak jugak urusan famili yang perlu dihadap minggu ni. Blog pun dah boleh terlupa kewujudannya. Bukan tak ada draft post cuma kalau post tapi lepas tu terlupa nak respon, lagi kesian sahabat- sahabat semua. Ibarat pergi berziarah umah orang lepas tu tuan rumah tak layan pulak.

Pagi ni pun baru selesai meeting. Alhamdulillah meeting berjaya ditangguhkan sebelum tepat 12 tengah hari. Terpaksa jugak bermesyuarat di hujung minggu kerana weekdays pun dah terlalu padat jadual meeting-meeting yang bersusun. Online ni lagi banyak meeting daripada bersemuka. Apapun, selesai 2 perkara hari ini.


Next.. urusan rumah tangga pulak. 
Jom kita lipat baju-baju yang menggunung pulak. Yeehaa!!


 

10 comments:

  1. Have a great weekend kak Mim. Minggu yang sibuk untuk mereka yang bekerja dalam bidang pendidikan nampaknya

    ReplyDelete
  2. Selamat berhujung minggu Mim. Kalau letih bawa-bawa berehat sahaja dulu.
    Ada masa nanti boleh blogwalking.

    ReplyDelete
  3. Selamat berhujung minggu kak mim....

    ReplyDelete
  4. selamat berhujung minggu kak, lupakan sementara hal kerja..

    ReplyDelete
  5. Happy weekend kak Mim. Sekarang weekend pun tak macam weekend dah. Sibuk macam weekdays juga. Entah bila ada hari yang betul betul rehat, kan. Pasni lipat kain, bawak bawak berehat pulak :)

    ReplyDelete
  6. Faham kakmim..hehe.. selamat berehat

    ReplyDelete
  7. Urusan rumah tangga tu yang banyak mok dipolah juak. Hehe. Slowly jak ktk.. Jangan dipush gilak. Mana yang dapat jak dipolah.

    ReplyDelete
  8. Sik Hal mem, urus Jak dolok Hal hakiki. Kelak berbalas kunjung di blog. Kamek kedak ya. Lalu pukal Komen.

    ReplyDelete
  9. Selamat beristirehat bersama keluarga..kak mim :)

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥