Road Trip Sibu - Kanowit - Song


Salam hari Sabtu semua. Memang tak sabar nak menunggu weekend minggu ni tapi Ayah kerjalah pulak, ada workshop so tak dapatlah dating sementara tunggu #theIMANs pegi Kumon. Tapi tak apa, memang dah plan sementara menunggu bolehlah update blog. Time macam ni lah kena dimanfaatkan sepenuhnya.

Tak habis lagi nak cerita road trip to Kapit. Nak ke Kapit memang kena sampai bandar Sibu dulu, dari Sibu nak ke Kapit kena lalu lagi pekan Kanowit dan Song. Keempat-empat nama ni Sibu, Song, Kanowit, Kapit ni memang terkenal dengan buah dabai. Kami di Sarawak panggil dabei je. Buah kayangan ni sebab kalau bukan musim memang boleh mencecah RM90 sekilogram.

Perjalanan dari Sibu ke Kapit takdelah makan masa sehari, 3 jam macam tu je, kalau drive santai. On the way ke Kapit sempatlah kami meronda pekan Kanowit dulu.

Sibu - Kanowit dalam 1 jam setengah macam tu.

Ada buah dabei giant kat tengah roundabout di pekan Kanowit. Tapi kami sampai petang Sabtu memang sunyilah. Biasalah orang luar bandar macam ni pekan diorang 'hidup' waktu pagi je. Pukul 2.00 petang macam tu banyak kedai dah tutup.

Next kami terus ke Song pulak. Dalam 1 jam macam tu dah sampai dah pekan Song. Song dah ada Tebingan Song, macam baru siap.

Tebingan Song, pokok dabei diabadikan jadi monumen sebagai trademark Song. Antara dabei yang tersedap ialah dari Song. Masa tu sempat ipar ke pasar Song cari dabei tapi diorang cakap belum musim lagi.

Apalagi kenalah kita selfie, 1st time ni sampai di Song.

Sempat pulak Encik Suami call member lama orang Song tapi member ke Sibu pulak. Tak dapatlah nak jumpa.

Sedikit cerita mengenai dabei.

Yours truly.. kih kih kih

Tugu Pahlawan Song. Bukan kami je bergambar kat sini tau. Ada jugak orang lain bergambar. Hahaha.

Kalau pergi pagi-pagi mesti ramai kot di sini. Sebab pasar tamu pun berdekatan je dengan tugu pahlawan dan monumen pokok dabei tu.


Ofis kerajaan kat atas tu. Kesimpulannya tenang sangat di sini. Jem takde, nak shopping memang taklah. Diorang ni kalau nak shopping banyak sikit mesti ke Sibu. Setakat bahan dan barang asas tu adalah. Nak lagi pelbagai pilihan memang kena ke Sibu.

Sebelum ni dengar je nama Song, Kanowit.. 41 tahun umur baru dapat jejak kaki di sini. Ada rezeki kita ke sini lagi nanti. ☺️



 

2 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Pertama kali dengar nama Song. Ooo.. trademark Song buah dabei rupanya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form