Senarai Semak & Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Persekolahan KPM

Borang bantuan persekolahan ni selalunya kita isi pada awal sesi persekolahan. Tapi sejak 2 minggu lepas, saya dah mula sibuk dengan borang bantuan persekolahan #theIMANs. Mungkin sebab peruntukan daripada BAJET 2023 hari tu kan? Setiap anak layak mendapat bantuan RM150 daripada kerajaan. Alhamdulillah.


Mula-mula si abang dulu yang bawak balik borang, alhamdulillah setel.. dah hantar dah pun. Tapi Abang hari tu memang last minute jugaklah, cikgu dah bagi awal kot tapi dia yang terlupa bagi. Masa dia bagi suruh isi, dia bagitau kena hantar keesokan harinya kepada cikgu. Nasiblah saya jenis simpan semua salinan sijil lahir, mykid dan mykad di rumah. Cuma slip gaji je kena print, nasib baik jugaklah printer ada ink! Haha. Haru betullah bila kerja last minute.

Lepas tu si Kakak pula bagi borang tapi guru tingkatan kakak ni ada bagi softcopy borang di grup telegram kelas. So saya download, isi siap-siap Borang PB-1 guna Adobe PDF dan save siap-siap. Lepas ni confirm Awan dan Alan pulak akan menyusul.Nanti time Awan Alan kena hantar, just tinggal nak edit nama, no mykid dan sijil lahir je lah. Setel, takdelah kelam-kabut dan huru-hara. 



Borang PB-1 ni ni untuk ibu-bapa/penjaga yang ada penyata gaji. Bagi yang bekerja sendiri/takde penyata gaji kena isi borang PB-2 dan kena mintak pengesahan daripada Ketua Kampung atau Pegawai Profesional Gred A.

Itu baru borang-borang yang perlu diisi. Belum selesai lagi ye. Lepas tu bersama borang permohonan ni, kita juga perlu kemukakan salinan sijil lahir/mykid pelajar, mykad ibu-bapa dan penyata gaji. Semua salinan ni saya mintak pengesahan siap-siap (cop yang Certify True Copy), scan dan simpan. Bila nak guna semula nanti, tinggal print color je. Senang. Semua dah di dalam cloud dan pc, tinggal print saja.

Kenapa saya buat macam ni? Al-maklumlah anak 4, takkan nak isi manual sebanyak 4 salinan! Kena tulis benda yang sama pulak tu. Huhu! Jadi mak-mak kena work smart kan kalau nak elak stress. Sebab benda macam ni jarang bapak-bapak nak buat. Setakat nak sign borang tu bolehlah. Bila nak kena isi yang terperinci macam ni selalunya mak-maklah yang main peranan. 

Kepada yang nak muat turun borang permohonan bantuan persekolahan KPM ni, bolehlah klik link di bawah ye. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.


Nak scan kod QR ni pun boleh untuk download borang PB KPM


SENARAI SEMAK BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAH KPM

1. Borang PB1 yang telah lengkap diisi
2. Salinan sijil lahir (murid sekolah rendah)  /Mycard (murid sekolah menengah)
3. Salinan Mykad ibu-bapa/penjaga
4. Salinan penyata gaji terkini (bagi yang ada penyata gaji)
5. Borang Pengesahan Pendapatan (PB2) (bagi yang tiada penyata gaji)

Ada sekolah yang perlukan pengesahan untuk setiap salinan ni, ada jugak yang tidak. Tapi kalau mengikut prosedur, setiap apa yang kita fotocopy memang perlukan pengesahan benar seperti salinan asal. Begitulah.



8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Alhamdulillah..untuk yang masih ada anak sekolah..rezeki.
    Sangat baguslah perkongsian work smart ni.Betul bab-bab macamni memang jadi kerja
    " wajib" mak-mak je kakmim🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. nk hrpkan kaum bpk ni.. hmm 🫢🫢

      Delete
  2. biarpun dah tahu yg kita guru2 DG52 ni x akan dpt bantuan awal persekolahan tetapi guru2 kelas suruh juga isi dan hantar bagi anak2 abam kie. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thn dpn semua dpt kan? X mengira had pendapatan.. bajet 2023

      Delete
  3. Replies
    1. Itulah.. semoga x ditarik balik peruntukan bajet 2023 ni

      Delete
  4. Bagus sangat ada bantuan persekolahan ni. Dapat juga kurangkan pembelanjaan membeli barang sekolah. Selagi ada bantuan, kita mohon je kan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form