Kubah Ria Di Waktu Malam

Masih lagi tak habis cerita playing tourist kami hujung minggu lepas.
Petangnya lepak di Kuching Waterfront, malam di Kubah Ria pulak.
Kubah Ria ni sebenarnya food court terletak di Medan Niaga Satok.
Ada pelbagai variasi menu yang ada di sini.
Kereta kontrol sewa untuk budak pun ada jugak kat sini.
Lepas penat main haa bolehlah menjamu selera pulak.

Sepanjang-panjang ni ada deretan kedai makan.

Sebelah hujung ni tak berapa banyak kedai buka tu nampak sunyi je.

Tapi kalau petang memang meriah kerana kedai ayam panggang ni.
Memang legendlah owner ni, antara orang terawal yang berniaga ayam panggang pada awal tahun 90-an dulu.


Ini pulak view atas Jambatan Gantung Satok.
Kebetulan pulak laluan jambatan tu bukak malam tu kami ambil kesempatan bergambar di situ.


Di belakang tu Jambatan Gantung tadi, wording yang "Sarawakku" tu sebenarnya bergerak.. Sarawakku Sayang.
Ia berubah-ubah ikut musim dan tema perayaan.


Beginilah..


Last but not least, wajib la gambar keluarga. Haha!

















 

23 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. cantiknya.. bilalah mama nak ke sarawak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom lah mama.. buat gathering utk blogger kt sini

      Delete
  2. Kubah Ria ni kan tempat yang ada pasar jual terubuk masin semua tu? Ingat2 lupa pulak ammi

    ReplyDelete
  3. Kmk lom gik sampai kubah ria ya. Orang padah food scene waktu malam nang best. Betul kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dtglah kelak... lepak sambil mkn... byk choice mknn harga mampu milik b40... view best nangga jambatan gantung yg berapi² ya miak boleh berekot² juak main sia

      Delete
  4. Sarawak...mu tunggu aku datang hahah

    ReplyDelete
  5. Cantiknya tempat ni. Meriah!
    Wording gerak-gerak tu sekali ada lagu atau tu lagu Mim letak ya? Sedap pulak dengar. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. lampu led tu mmg bergerak yg lagu tu sy yg letak utk video tiktok.. hihi

      Delete
  6. Meriahnya! Moga ada rezeki saya sampai ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah.. boleh tu syaz.. benchmark uitm sini la nnt sesambil jalan2

      Delete
  7. Saya dah beberapa kali ke Sarawak dan biasa ke Waterfront...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah solat di masjid kt waterfront tu ek kalo stay kt waterfront hotel.. ramai yg stay situ suka subuh kt kt masjid tu

      Delete
  8. Eh, cantik lah gambar di jambatan gantung tu. meriah sangat. teringin nak rasa ayam panggang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah dgn lampu je tu... orgnya x ramai pun... risau gak kalau ramai ata jambatan tu... haha

      Delete
  9. Canteknya lampu2 Kak..
    Ntah bila lah kami ni nak sampai ke sana kak.. ;)

    ReplyDelete
  10. Aduh.. Cantiknya pemandangan malam dengan lampu berwarna warni..

    ReplyDelete
  11. kak maseh rajin ktk update oo kmk tok maca jak maok hehee

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form