Mechamato Movie Filem Animasi Wajib Tonton Bulan Ini


Hari Sabtu lepas kami pergi menonton Mechamato Movie di TGV Vivacity. Ayah dah siap booking online hari Rabu lagi so dapat seat memang nice habislah. Masa tu orang pun belum ramai lagi beli tiket. Sebab tu senang nak dapat seat yang sangat strategik. Hall hari tu penuh, memang ramai famili bawak anak-anak, sedia maklumlah cerita pun cerita budak-budak. Tapi sebenarnya saya pun excited jugak nak menonton Mechamato ni selepas membaca dan mendengar review dari media sosial dan juga di radio.


Memang benar seperti direview. Dari awal lagi dah 'ternganga' tengok. Awal cerita penonton dah disajikan dengan seni silat yang diwarisi oleh kaum Melayu yang dipersembahkan oleh Amato. Masa ni dah dapat agak Tok Sah ni memang ada 'sesuatu' dengan Encik Aman.

Encik Aman ni siapa? Oh, Encik Aman ni ayahnya Pian, BFF Amato. Comel sangat karektor Pian ni lah. Dahlah genius, segenius ayahnya.

Watak Tamara pulak dah macam Yaya. Bertudung pun macam Yaya. Mara ni lah orang pertama yang tau si Amato ni lah Mechamato.

Scene berlawan-lawan memang best. Ada part lawak, ada jugak suspen. Ada jugak part, boleh ke Mechamato ni? Memang risau jugaklah.

Bila part lawak memang riuhlah 1 hall gelak. Nasib baik takde part air mata, saya ni mudah sangat nak 'hujan'! 😂

Sinematografi, memang terbaik. Bandar Hilir Melaka yang dijadikan inspirasi memang wow! HQ Destar DeCorp yang berbentuk seperti tengkolok memang hi-tech sangatlah designnya. Scene ala-ala Melaka River Cruise pun ada. Beca apatah lagi, memang ada event pun dalam jalan ceritanya. Puas hati sangatlah tengok cerita ni.


Yang tak pernah tengok Mechamato the series jangan risau, saya pun tak pernah tengok. Boleh je faham jalan ceritanya. Tapi trademark intonasi Bula dan Bili tu saya taulah sebab Abang dan Awan suka ulang-ulang dialog Bili sambil gelak-gelak sama sendiri di rumah.

Habis je movie makan kat KFC, sambung lagi review daripada setiap #theIMANs. Orang sebelah meja pun asyik pandang-pandang kami je, mungkin dia pun baru habis menonton Mechamato Movie. Haha. 


Saya bagi 10/10 untuk Mechamato Movie ni dan rekomen movie ni sebagai movie wajib tonton masa cuti sekolah ni. Bangga tau filem animasi Malaysia yang berkualiti macam ni dengan menginspirasikan bandar di Malaysia dengan unsur kemelayuan lagi tu. Karektor Maskmana memang Islam sangatlah, siap bismillah lagi sebelum berlawan dengan Grakakus tu. Haha! 

Yang belom tengok, apa lagi, bolehlah plan masuk panggung nanti!

 

21 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. filem yg ditunggu-tunggu kanak-kanak di malaysia (termasuk mak ayah mereka sekali) ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul 😂😂

      Delete
    2. hehehe... mak ayah kena mention sekali sbb mereka yg byr... hehehe

      Delete
    3. Hahaha.. nasib dpt jenis mak ayah zmn skrg suka melayan 😂

      Delete
  2. kami pun dah..Pia dari bulan 9 duk sebut2 psl movie ni tiket keluar je cepat minta booking

    ReplyDelete
  3. kmk ajak anak2 kmk tgk sidaknya krikkkkrikkk jak hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aie... kali gegirl kali x minat.. kmk 3 boboy bah 😂😂

      Delete
  4. Sesuai sangat ni tayangannya masa cuti sekolah. Seronok nampak #theimans dapat tengok Mechamato & makan2 ngan ibu ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg strategi diorg nk tayangkan cuti sekolah kot 😅

      Delete
  5. emmm..leh try ajak Ian & Iris ni...cuti sekolah kan

    ReplyDelete
  6. Wah ramai review cite ni best... kawan Cuya dia salh sorg juru animasi cerita ni... popular jugak ya cite ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Top 5 di jepun ni! Hihihi.. tgklah cuya support member

      Delete
  7. Iskkkkkk kak rasa mcm nak pujuk Aqil je ni pegi tengok. Hihihihihi

    ReplyDelete
  8. Ada part sedih tapi tak sempat nak sedih adaje lawak spontan dioran.. Sha pun suka Mechamato ini.. Memang terbaiklah..

    ReplyDelete
  9. Tak sabar nak tengok jugak. Kena pinjam anak kakak ni, kalau tak kang nampak janggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sal dh tgk jgn lupa review... sal best buat review... detail... hehehe

      Delete
  10. wahhh dah sampai ya.. last Thursday anak-anak dah ajak tapi belum sempat pergi lagi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form