Sejarah Sri Aman, Benak & Sri Aman Waterfront

Tahukah anda Bahagian Sri Aman dahulunya dikenali sebagai "Simanggang"?

Nama "Sri Aman" sekarang diambil bersempena peristiwa bersejarah Deklarasi Sri Aman (satu perjanjian keamanan yang ditandatangani pada 21 Oktober 1973 di antara Kerajaan dan penganas komunis). Oleh itu, sebagai memperingati peristiwa ini, rumah rehat Kerajaan "Rumah Simanggang" tempat di mana deklarasi tersebut ditandatangani dinamakan semula "Rumah Sri Aman" pada 19hb Mac 1974. Daerah dan bahagian Simanggang kemudiannya turut dinamakan "Sri Aman". 

Bersempena perjanjian keamanan inilah juga burung merpati putih yang melambangkan keamanan dipilih sebagai landmark Sri Aman.

Antara tarikan lain Sri Aman ialah fenomena benak. Jika entri sebelum ini, saya ada bercerita sedikit tentang Bujang Senang dan ikan terubuk, tapi saya terlupa pulak nak bercerita sedikit mengenai benak. Benak ni sebenarnya fenomena semulajadi yang hanya terdapat di Sungai Batang Lupar. Fenomena benak ialah ombak besar yang terbentuk ketika air pasang yang berlaku di Sungai Batang Lupar. Benak hanya berlaku di beberapa tempat tertentu sahaja di dunia dan benak di Sungai Batang Lupar telah diiktiraf antara yang terbesar dan ia cukup untuk menarik perhatian pelancong asing untuk menyaksikannya. Oleh itu, kerajaan negeri Sarawak telah menjadikan fenomena benak di Sungai Batang Lupar sebagai Pesta Benak dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak sejak tahun 2001 lagi.

Semoga terjawablah persoalan Dana dan Mama Cella mengenai benak ni. 

Sri Aman Waterfront. Di sinilah tempat yang disediakan oleh majlis perbandaran untuk melihat benak di Sungai Batang Lupar. Bagi rumah yang di tepi sungai tu, untunglah boleh tengok dari tingkap rumah je kot. Saya pun kali terakhir melihat fenomena benak ni pada tahun 1993. Lepas tu dah takde lagi dah tengok. #theIMANs ni pun tak pernah lagi tengok benak ni secara live. Bila benak tu datang, orang akan teriak bagitau benak akan datang, dan kami di tepi-tepi sungai tu semua akan stand by nak tengok tapi masa dulu belum ada lagi kamera digital atau telefon pintar. Sekarang bolehla standby nak record video benak.

Fenomena benak yang dirakam di Sungai Batang Lupar.


Sebelum balik ke Kuching hari tu, kami sekali lagi ke waterfront ni. 2 buah kereta dah bergerak terus ke Kuching, tinggal kami je yang bergerak kemudian sebab nak merakam gambar kenang-kenangan di sini. Memanglah kampung kami di sini tapi tak tahu bila lagi berpeluang nak ke sini.


Selfie bersama #imanfamilia memang wajib.

Di hujung waterfront ni ada tua pek kong.

Besar jugak patung Budda kat sini.

Ibu dan anak dara berlatar belakangkan patung Buddha di tua pek kong Sri Aman.
Insya Allah, next time kami datang lagi ya.




 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Akak pernah ke Sri Aman, saja jalan-jalan sambil ziarah adik di Betong. Masa tu rasanya belum wujud Sri Aman waterfront ni, tapi ada macam taman di pesisir sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waterfront ni baru lg kak.. mcm br siap thn lps rasanya.. sri aman dgn betong mmg dh dkt sgt tu

      Delete
  2. sampai kinek tok kmk sik tauk macamne fenomena benak ya terjadi. Teringin juak mok nangga depan mata kedirik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nya mcm ombak tgi tp di sungei.. kmk pn dh lamak x nangga dpn mata.. nk ke pesta benak, sri aman tok kecik kompom jem di sia ajak ya lah malas 😅

      Delete
  3. Oooo...nama lama Sri Aman tu Simanggang...
    Dulu masa sekolah rendah selalu dengar sebab anak buah mak saya kerja tentera di Simanggang..Rupanya nama barunya Sri Aman🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. mmg ada kem tentera sblm masuk bandar sri aman tu.. siap ada sekolah rendah lg.. kem temudok namanya

      Delete
  4. yahhhh..baruk juak kamek tauk pasal benak tok..pandei seram nanggar bot ya merakam, benak da dekat alu..😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg rare benak tok.. hari ya nabila huda ada dtg main benak.. ada di IG nya.. nang berani juak nya

      Delete
  5. Perghhh seriau tgk benak tu.. Dh mcm nak tsunami tp ialah sesuatu yg rare kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp fenomena ni berlaku di sungai dan kita boleh tau ia akn berlaku bila berdasarkan jadual air pasang... tu yg bezanya dgn tsunami

      Delete
  6. Bestnya kak.. Macam ombak besar ye.. ;)

    ReplyDelete
  7. Wah sri aman..masuk tahun ke 8 bertugas di sri aman..tiap petang joging diwaterfront tu...tahun ke 12 di sarawak..

    ReplyDelete
  8. Teringin la nak tengok fenommena benak tu....

    ReplyDelete
  9. Benak kamek anggap kedak mini tsunami...dolok pernah nangga secara live depan mata dan layan juak la kedong orang umah memang asal Kampung Tengah Sri Aman...sidak memang suka menyebut Semanggang daripada Sri Aman..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form