Review Noktah Merah Perkahwinan


Director: Sabrina Rochelle Kalangie
Stars: Marsha Timothy, Oka Antara, Sheila Dara Aisha
Genre: Drama
Release Date: 2022-09-1

Mengisahkan tentang suami isteri, Gilang dan Ambar yang dilanda konflik selepas 11 tahun usia perkahwinan mereka. Pergaduhan besar mereka berpunca daripada campur tangan ibunya si Gilang yang tidak puas hati apabila ibu Ambar selalu meminta sejumlah wang untuk membantu abang Ambar yang baru bercerai yang menetap di luar negara. Ambar pula terasa hati kerana suaminya Gilang tidak pernah memberitahu kepadanya yang ibunya selalu meminta wang untuk dikirimkan kepada abangnya tetapi sebaliknya menceritakan masalahnya kepada ibunya Gilang. Sebab inilah mereka bertengkar dan perang dingin mula berlaku di rumah. Ambar cuba untuk mendapatkan kaunseling perkahwinan tetapi suaminya tidak memberi kerjasama malahan selalu mengelak apabila diajak berbincang mengenai hubungan mereka. 

Ambar endah tak endah dengan suami dan aktiviti suaminya yang juga arkitek landskap. Ambar ada membuka kelas pottery dan salah seorang pelajarnya Yuli yang kebetulan sedang membantu boyfriendnya mencari designer untuk deco dan landskap cafe barunya telah berkenalan dengan Gilang. Perkenalan mereka pun kerana Ambar yang membuka jalan apabila dia meminta bantuan Yuli menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya kerana mengelak daripada bertemu dengan ibunya. Akhirnya perkenalan di rumah ibu Ambar merapatkan hubungan Gilang dan Yuli tambahan pula si Yuli selalu berurusan dengan Gilang untuk mengubahsuai cafe barunya boyfriendnya kerana boyfriendnya selalu sibuk.

 Apabila Ambar menghidu bau-bau kemesraan antara suaminya dan Yuli, dia merasa cemburu dan klimaknya dia meminta cerai apabila berlaku salah faham melihat Yuli masuk di ofis suaminya di waktu malam ketika suaminya keluar dari rumah setalah bergaduh besar dengannya. Saat ini barulah Gilang tersedar yang dia sangat sayangkan Ambar,  hubungan Yuli pula putus selepas projek cafe bersama Gilang selesai kerana boyfriendnya cemburu keakraban Gilang dan Yuli. Gilang dan Ambar akhirnya cuba menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di mahkamah. 

Adakah mereka confirm bercerai? 

Happy ending, jangan risau. 

Rumusan:

1. Jalan cerita yang tipikal, kisah sebenar yang ada berlaku dalam kehidupan rumahtangga kita dan orang sekeliling kita, samada secara kita sedar atau tidak sedar. 

2. Agak slow, banyak dialog. Mungkin membosankan tapi oleh sebab saya nak tau endingnya saya gigihkan juga tengok sampai habis. 

3. Kata kunci dalam perkahwinan ialah komunikasi, komunikasi, komunikasi. Ambar dan Gilang memang jarang bercakap di rumah dan tidak mesra. 

4. Lelaki ada ego tersendiri. Mereka tidak suka orang luar membantu dalam menyelesaikan cerita dalam kain antara suami isteri. 

5. Bila diajak berbincang pula si suami lebih selesa untuk mengelak kerana tidak mahu memanjangkan atau membesarkan masalah. 

6. Suami suka menyembunyikan masalah daripada isteri. Sepatutnya tiada rahsia antara suami dan isteri.

7. Habit pasangan boleh menyebabkan pihak satu lagi berasa jengkel. Contoh, Gilang tak pandai nak masukkan baju dalam bakul, lepas minum air kotak, kotak yang dah kosong tak terus buang. Nampak simple tapi bila bertahun-tahun jadi annoying pulak.

8. Part bagus si Gilang ni sangat rapat dengan anak-anak. Dia sayangkan isterinya tapi tidak pandai menunjukkan rasa sayang dan cinta. Perempuan ni sebenarnya kadang-kadang tak perlu ucapan cinta setiap hari tau. Bak kata omputeh, action speaks louder than words.

9. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Yang penting strategi untuk menghuraikan masalah dan mencari jalan keluar.

10. Rendahkan ego dan tutup sebelah mata kekurangan pasangan masing-masing kerana tiada manusia yang sempurna.


 

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kesian Yuli tak memasal putus. Semoga dapat boifren yang lebih baik. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp boyfriend dia pun kerek... mcm kena buli je yuli... tabahnya seorang yuli dia delete no gilang kabur dari hape nya terus

      Delete
  2. Wah, bagus cara kitak mengulas cerita tok kakmim, sangat detail & spot on. Kamek pulak sik rasa filem tok slow mungkin sbb terlalu menjiwai dialog hehehe! Kmk nang suka dengar dialog Bahasa Indonesia. Tapi the rest ya kamek nang setuju 100% dgn kitak pun review & key takeaways dari cerita tok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pandei gilak kmk mengulas tok sbnrnya.. hantam saja.. ya lah malas nk molah review papa.. ceta tok paduhal dr sinetron dijadikan movie oo.. kmk br tauk

      Delete
  3. Wahhh, lama tak layan filem genre begini. Nanti kita tonton ya.

    ReplyDelete
  4. Ya la kmk sik habis nangga cerita ya. Huhu. Perlahan jalan ceritanya. Bertahan 20 minit pertama jak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aie.. at least kmk nangga sampei abis.. hahaha

      Delete
  5. menarik ceritanya sebab lain drpd yg lain yg pernah ditonton.selalu org ketiga 'yg menang' hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form