Pilihan Dalam Rutin Harian


Kisah abang dan traffic jam sekolah abang.
Dah 2 hari dah saya cuba apply strategi baru.
Sekarang saya dah tak drop abang dalam kawasan sekolah.
Strategi baru, saya berhenti kat tepi traffic light depan sekolah.
 Dan cross jalan terus masuk ke kawasan sekolah.
Nak biarkan abang jalan sorang-sorang tak sampai hati pulak sebab hari masih gelap.
Dah setel drop di dalam sekolah berjalan kaki, yeay!
Kemudian saya cross balik dan jalan ke kereta untuk meneruskan perjalanan.
Tapi kenalah u-turn dan lalu kawasan sekolah lagi.
 Cuma kali ni dah tak perlu dah nak queue masuk ke sekolah.
Saya hanya perlu teruskan saja perjalanan terus ke ofis.
Sebelum jam 7 pagi selamat dah sampai ofis dah.
Jiwa lebih tenang dengan strategi jalan kaki tapi jimat masa ni.
Hihihi.

Kisah nametag uniform abang.
Memandangkan jadual waktu baru abang, PJ pada Isnin dan Selasa.
Hari Rabu pakai uniform ko-kurikulum
Makanya hari Khamis je lah pakai baju uniform.
Hari Jumaat pulak pakai baju melayu putih.
So......... panjang so nya ya?
Pagi tadi lepas sahur barulah saya jahit nametag di baju abang.
Malam tadi balik teraweh dah ngantuk sangat, terus je tidur.
Hari ni 3 #theIMANs tak sekolah sebab sekolah depa ambik cuti peristiwa.
Abang je lah yang sekolah hari ni.
Itupun dah merayu taknak pergi sekolah.
Tapi saya suruh fikirkan apa alasan tak pergi sekolah untuk bagitau cikgu.
Lepas tu boleh pulak dia cakap, "tapi tak boleh menipu".
Haa.. tau pun.
"Dah lah baru hari pertama puasa, dah nak menipu", sambung saya lagi.
Iyalah, iyalah, sekolah lah.
Hahahaha!


Begitulah.
 Nak mudah, nak chill chill saja, tak nak stress, 
Memang kita kena fikirkan strategi yang boleh memudahkan kita.
Hidup kita ni selalu ada pilihan.
Tak A, B, atau C.
Dan pilihan di tangan kita.
Tak gitu???

5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. salam ramadhan almubarak ibu irfan mustaqim ittewww., aminn

    ReplyDelete
  2. Betul tu, Kakmim. Kena cuba-cuba eksperiman, cara yang bagus untuk kita. Jalan kaki lebih laju dari bawa kereta. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Yg pntg jimat masa dan tak stress ye Kakmim... Di sekolah anak pun camtu la... Nak cepat park je kereta dekat masjid, jln kaki kejap ke sekolah. Tp kalau x rajin macam PH ni, nak jugak drive sampai depan pagar sekolah haha..

    ReplyDelete
  4. hidup ni ada pilihan jgn rumitkan sesuatu perkara

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form