Hari Sukan PASTI 2018

Salam tahun baru hijrah, salam 2 Muharam. Semoga permulaan Muharam di tahun baru ini akan terus menjadi titik permulaan ke arah kita yang lebih dekat kepada Allah. Kematian-kematian mengejut di sana-sini sangat menginsafkan. Bila mendengar dan membaca kisah kematian mengejut di sekeliling kita, terus saja akan terfikir bagaimanakah pengakhiran aku nanti? Bersediakah aku sekarang? Hmm..

Semalam cuti, seharian healing di rumah. Kalau orang Sarawak cakap, geley-geley. Maksudnya baring-baring tak ada buat apa. Semalam lunch tak masak, Encik Suami cakap order saja. So saya layan K-drama See You In My 19th Life dan sambung pula C-drama Hidden Love. Puas hati lama tak marathon netflix. Sesambil basuh baju berkali-kali dan lipat baju. Encik Suami pula tebang pokok-pokok dan bersihkan belakang rumah. Ahh.. heavennya duduk rumah. Siap dapat clearkan dan bersihkan peti sejuk lagi. Malamnya baru masak-masak macam biasa. Refreshing sangat rasanya, dah takde sakit-sakit badan dan pening kepala dah. Agaknya hari tu stress kot sebab kerja non stop. Korang pula cuti buat apa?

Eh, hari ni hari Khamis kan? Hari throwback, hihihi. Nak throwback apa ya? Jom ke tahun 2018!! Kita throwback hari sukan PASTI Petra Jaya. Nasib baiklah ada Google Photo kan? 


Seronok sangat masa ni banyak sangat kontijen dari semua PASTI di area Petra Jaya berkumpul dan bersukan bersama. Masa ni Abang 6 tahun dan Awan pula baru 4 tahun. Masa ni Abang dan Awan baru je masuk PASTI. Sebelum ni Awan masih lagi di taska dan Abang pula bersekolah di tadika yang sama taska Awan, dekat rumah mak je. Kiranya baru je masuk PASTI dah merasa ada sukan macam ni.

Awal pagi semua kasut suci putih, bila balik tengah hari tak sanggup nak tengok masa ni, semuanya lencun main lopak di padang. Masa ni belum lagi penguatkuasaan kasut hitam ke sekolah. Cam tak Awan yang kontrol comel? Hehehe.


Sekarang ni dah 5 tahun berlalu, semuanya dah di sekolah rendah mereka ni. Ada yang masih kontak, ada yang dah lost kontak dah mereka dalam gambar ni.

Abang dan Aya (kakak Aydin). Adik beradik susuan ni, dari kecik sangat rapat. Beza pun 2 bulan je.


Ibu dan Mak Ngah.

Kecoh. Awan muka blur, nerves kot. Hahaha.

Masa perarakan kontinjen. Padang becak sebab malamnya hujan, sebab tu lah kasut putih jadi coklat.

Ewah-ewah Awan, stand by untuk acara lari bergani-ganti.

Abang jadi pelari pertama untuk lari berganti-ganti. Ada kisah lucu masa ni, Abang memang lari sangat laju. Masa ni betul dah dia pass baton dengan pelari no 2 tapi masalahnya lepas pass baton,  dia pecut lari sampai ke pelari yang terakhir. Semua orang panggil Abang balik tapi makin laju pulak dia lari. Ibu, Ayah, Mak Ngah, Pak Ngah yang di tepi padang tak larat lagi dah panggil, kami dah guling-guling dah gelakkan Abang. Kelakarlah Abang, konfiden tu memang beli dari Shopee. Mungkin dia rasa di a tak puas lari kot dah kena berhenti. Hahaha!!

Begitulah anak-anak. Bila cerita balik kisah ni kat Abang, dia senyum-senyum je. Sampai sekarang pun Abang join acara lari ganti-ganti jugak di sekolah rendah. Tapi alhamdulillah sekarang dia tak buat macam ni dah. Kalau Alan baca post ni mesti Alan gelak. Masa ni Alan kecil lagi, tak masuk PASTI lagi. Alan kalau pinjam handphone Ibu mesti nak baca blog Ibu. Hehehe.


11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Salam Tahun Baru Hijrah juga diucapkan kepada Kak Mim..
    Semalam LZ pun geley-geley (pinjam bahasa Sarawak).. Seronok santai-santai di rumah buat kerja ikut suka.. Lebih banyak berehat dari buat kerja rumah, hehehehe. Hari ni kerja seperti biasa...

    Comel sungguh masing-masing, baju maroon.. Abang tak puas lari kot tu yang berlari satu round lagi.. heheheh comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak puas rasa geley-geley kan... nak makan pun order saja... x sabar nak say hello to weekend esok.. hihihih

      Delete
  2. salam maal hijrah..hah syok geley-geley. ye hehe...kl ujan mmg best la geley-geley. hehe...hah lama btul hari sukan br muncul di entry ye...apa2pun bdk2 bila tiba ari sukan pasti excited

    ReplyDelete
  3. Salam maal hijrah Kakmim...comelnya Awan...dah agak throwback sebab awan kecik masa ni...suka kalau sukan melibatkan budak kecik...comel jer...

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah Kakmim. Rindok ati teringat zaman anak2 gik kecik dolok kan.

    ReplyDelete
  5. cute nya diaorang masa kecil...betul la kakmim lately banyak sgh berita mati mengejut,orang2 terdekat orang sekeliling...

    ReplyDelete
  6. seronok mim :) layan kerenah anak2 kecil ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form