Surah Al-Fil Amalan Penawar Kanser

Terbaca dari story sesorang berkenaan Surah Al-Fil dan kanser. Masa tu macam wondering jugak sebab yang saya tau Al-Fil ni surah yang berkaitan tentera bergajah, macam mana boleh berkaitan kanser pulak. So beberapa hari jugaklah saya search berkenaan surah Al-Fil ni.


Surat Al Fil (الفيل) adalah surat ke-105 dalam Al Quran. Berikut ini terjemahan, asbabun nuzul, dan tafsir Surat Quraisy.
Surat ini terdiri dari lima ayat dan merupakan Surat Makkiyah. Ia adalah surat ke-19 yang turun kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Yakni setelah Surat Al Kafirun dan sebelum Surat Al Falaq.
Dinamakan surat Al Fil diambil dari ayat pertama dari surat ini. Yang artinya adalah gajah. Karena surat ini mengisahkan tentang pasukan gajah yang hendak merobohkan Ka’bah. Tapi sebelum sampai Makkah, mereka dihancurkan Allah.
Dinamakan juga Surat Alam Tara. Yang artinya apakah kamu tidak memperhatikan. Yakni diambil dari awal ayat pertama.
Kemudian saya jumpa perkongsian di IG jom_dakwah. Saya simpan sini untuk bacaan saya sendiri pada masa akan datang.
Rasanya setiap orang tahu "setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati". Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?

Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

Maksudnya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

  1. Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
  2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
  3. Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;
  4. Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;
  5. Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Demikian mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran. Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah. Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap.

Cara Pengamalan 👇🏻

  • Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)
  • Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.
  • Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.
  • Lakukan 21 kali baca dan tiup selama 21 hari selepas solat lima waktu. Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.
  • Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, teruatamanya ke tempat kanser tersebut. Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu. Dr.H: Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.
Harus diingat, yang menyembuhkan ialah Allah Taala. Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.

Wallahu alam bissawaf

12 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tq share. Penyakit kanser tok nang berat, bila kmk tgk betapa sengsara mak kmk masa treatment kanser dalam hati berdoa jangan la kmk pun kenak kanser juak sbb kanser kan ikut keturunan juak. Nauzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah ya.. walaupun ada org madah kanser tok bkn keturunan tp byk nangga mmg ada family history... kita beringat jak sebelum kena nk oo... bila kmk terbaca surah al-fil tok mmg kmk insist gilak nk tauk... kmk ada anak buah (anak kazen) kanser limfoma tp nya miak tahfiz... bila nya hafaz quran alhamdulillah kansernya bait... ada masuk dalam berita harian dolok.. maknya dah ninggal 4 bln jak detect kanser rahim... x sangka juak anaknya kena limfoma tp survive

      Delete
  2. bagus sharing ni kak mim & boleh jadikan amalan..

    ReplyDelete
  3. good sharing kak mim.. tq so much!!!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk perkongsian ini KakMim. Setiap penyakit ada ubatnya. Setiap surah juga ada kelebihannya.

    ReplyDelete
  5. Papa saya tengah kena cancer sekarang nih, dan sudah merambat ke tulang. Tiap saat dah harus rutin kemo. Jujur stadiumnya dah tinggi, tapi kami masih berharap papa bisa sembuh..

    Saya nak kasih tahu papa setidaknya ikhtiar di atas. Apapun lah dilakukan demi papa bisa sembuh

    ReplyDelete
  6. terima kasih berkongsi... nanti sy forward entry ni ke kawan sy

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form