Blog Kelisa Biru


Blog dulu-dulu, Kelisa Biru nama diberi, bersempena dengan kereta pertama saya. Entah kenapalah dulu suka sangat tukar-tukar blog? Sayang pulak blog-blog lama semua dah tak dapat diakses. Nasib baiklah blog Kakmim ni bertahan.

Tak tau nak throwback apa, cuma terjumpa gambar ni dalam folder gambar-gambar lama. Baik diabadikan di sini. Blog Kelisa Biru ni blog pertama saya yang bertapak di blogspot. Sebelum ni bermula di blogdrive dengan nama nagacute.blogdrive.com. Ah! Nostalgianya. Bila jenguk balik blog list yang saya follow dulu-dulu memang dah takde yang masih aktif sekarang kecuali Carneyz, Anakomak, Ch@. Itu pun link blog pun dah bertukar cuma saya masih ingat nickname-nickname mereka. Cuma Ch@ je dah lama tak update.

Sekarang ni ramai jugak blogger yang otai tapi saya je yang baru kenal 2-3 tahun belakangan ni. Iya lah beberapa tahun jugak blog ni terbiar tanpa update, manalah nak kenal sapa-sapa dalam tempoh menghilangkan diri tu.

Lepas tu kan, sambil update entri ni berkumandang pulak lagu Jangan Ada Benci dari Casey di Suria FM online. KLMJ habis. Sob sob. Sayu pulak rasanya. Tiberrrr.

Eh, kenapa rajin pulak nak on laptop malam ni padahal besok cuti? Ada nak kena marking kerja budak sikit, takmo banyak sangat kerja tertangguh nanti. Minggu depan nanti dah nak kena attend kursus face to face. Masih dilemma sekarang nak bermalam ke nak balik rumah setiap hari. Bukannya apa, kesian pulak Awan dan Alan dah risau, Ibu pergi kursus siapalah nak buatkan bekal mereka ke sekolah? Hmm.. dilemma mak-mak. Kalau kena kursus jauh-jauh takpe, memang redha sebab urusan rasmi kan, tapi ni dekat-dekat tapi kena stay, jadi serba-salah pulak dah nak tinggalkan #theIMANs. 

Uit, mana cerita Kelisa Biru? Jadi takde dah throwback, kena kembali ke realiti dah. Fighting Mim, chaiyok chaiyok!!

17 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Haha saya punya blog pun berapa kali dah tukar nama πŸ˜‚ Pastu biar bersawang, pastu skrg baru nak aktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah mama dini.. sy pun lepas pkp br aktif balik.. mmg sblm tu dh lama MIA

      Delete
  2. sygnya sudah sedikit blog2 baru yg muncul. generasi skrg dah x gemar menulis blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka lebih ke tiktok skrg cikgu.. dah x suka nk mengarang

      Delete
  3. Aok eh, lamak dah sik dgr term Kelisa Biru ya hehe. Nostalgia gilak zaman awal2 blogging dolok nak. Kmk pun link blog dah bertukar sbb domain lama ya dah kenak hijack sbb lupak mok renew domain ya huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu nak baca cerita lamak di blog mensia tp ya lah nang x dpt nk akses.. yg di wordpress jak masih

      Delete
  4. kenak dah sik da gik blogger baru yang muncul...bahkan blogger lamak pun dah terus tinggalkan dunia blogging...mungkin platform video nyaman gik molah

    ReplyDelete
  5. Tahun bila tu Kelisa Biru Mim? Macam pernah dengan nama blog tu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2007-2008 rasanya kak.. lepas kawin terus bukak blog ni dgn nama asalnya mimyara.. bila beli domain, baru tkr kakmim.com thn 2021

      Delete
  6. Oh... pernah ada macam2 blog rupanya! Tengah cari keserasian kot?

    Sayang juga ramai blogger2 lama yang bagus2 tulisannya sekarang sudah hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan uncle? Dulu ada blogger AM yg suka ambik gambar awan setiap hari entri dimulakan dgn gambar awan.. blogger 13mei yg lawak.. blooger chika, noushy.. ramai lg yg seronok dibaca

      Delete
  7. saya masih setia dgn blog lama ni cuma sering terbengkalai terutama masa anak kecil, bertahun2 terabai. ni takda lah aktif sgt tpi tu lah ada juga entry

    ReplyDelete
  8. Kak SA ni je satu blog yang ada...oo dah xde access ye kat blog tu..x pe la asal ada kenangan kan

    ReplyDelete
  9. kenangan sungguh tu... MA still 1 je blog ni, 2nd blog bukak utk giveaway masa musim giveaway tgh meriah tu kan.. but now semua pun sekali je..senang nak jaga

    ReplyDelete
  10. blog saya memang kekal dgn nama asal sejak mula2 wujud tahun 2007 --blog wujud sbb masa tu pegi UK sorang2, rindu anak dan suami yg ditinggalkan di Msia

    ReplyDelete
  11. Saya memang tak banyak buat blog dari dulu. Sempat menulis di blog under Friendster, tapi ternyata ditutup. Lalu pindah menulis di multiply, eh tutup jugaa 🀣🀣.

    Akhirnya buat di blogspot, masih gratisan. Cuma setelah itu nak bikin yg domain dan hosting berbayar saja. Makanya pindah ke dcatqueen yg skr. Tak pernah ganti2 lagi πŸ˜„.

    Tapi memang banyak temen bloggers yang saya kenal dulu, dah tak aktif. Pindah haluan menjadi YoutuberπŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form