Program Khas PSH Komuniti Madani & MBOR


Simpan sini hasil berhempas-pulas selama beberapa hari ni. Kenapa beberapa hari? Ada la masalah teknikal sikit. 

Program PSH Komuniti Madani ni dah lama dah dirancang. Kami pun dah cantik rancang strategi kami. Khas untuk komuniti di area komuniti kami. Seminggu sebelum tup-tup badai melanda. Nak menangis tak keluar air mata. Hanya mampu dipendam dalam hati. Nak buat macam manalah kan dah bukan bidang kuasa kita.

Tapi 3 hari sebelum hari sebenar kami cuba bangkit. Bangkit dengan strategi baharu. Apapun yang terjadi, tugas ini memang perlu dilaksanakan. Biarlah kami bersusah-susah sendiri menepis badai yang melanda.

Akhirnya, we did it! Kami bangga menjadi salah sebuah institusi yang menyumbang dalam Malaysia Book of Record untuk The Largest Participant in Lifelong Learning Program Simultaneously.

Semalam, 14 Oktober semua Kolej Komuniti di Malaysia melaksanakan kursus pendek serentak kepada komuniti setempat!! Alhamdulillah.


Bagaimana ya serentak? Semua zon akan live di Google Meet dan akan terpancar di skrin di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar di mana pegawai MBOR membuat penilaian dan pengiktirafan di situ.


Program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir 3.30 petang akhirnya mencapai KPI MBOR (5K peserta) dan KPI jabatan (10K peserta). Dalam masa 7 jam kami 92 kolej komuniti berjaya melaksanakan 542 kursus pendek kepada komuniti setempat dengan penyertaan 15,545 peserta!! Alhamdulillah!

Pada jam 8.30 pagi kami sudah mula membuat pendaftaran peserta di sistem ePSH kami dan kolej kami berjaya mendaftar 111 orang peserta semalam. Sebenarnya Sarawak cuti umum ye semalam tapi kami tetap bekerja untuk komunit madani di area Kuching. Yeehaa!!

Beginilah di sebalik tabir live kursus pendek semalam di Google Meet yang bersiaran dari Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. Tahniah kepada Kolej Komuniti Ngegeri Perak yang menjadi tuan rumah kepada program khas PSH Komuniti Madani tahun 2023 ini.

Antara kursus percuma yang kami anjurkan semalam, kursus asas solekan.

Sayangnya saya takde mood bergambar kerana sibuk dengan sistem ePSH, pensijilan dan live countdown peserta. Kah kah. Padan muka.

 





10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Alhamdulillah, Tahniah KM & the gang.
    The hard work paid off.

    ReplyDelete
  2. wahhh.. busy betul. lepas ni cuba selfie kejap sebelum terperangkap dengan busy....

    ReplyDelete
  3. wah...congrats2!!! alhamdulillah..mendatangkan hasil jugak apa yg diusahakan walaupuna ada halangan sikit jer.. congrats!!!

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya Sarawak kemarin libur tapi kami tetap bekerja untuk masyarakat sipil di wilayah Kuching. Yaaa!!

    ReplyDelete
  5. Wah.. Tahniah kak mim dan team.. Memang terbaiklah..

    ReplyDelete
  6. Kakminnn.. Lama tak blog walking lately, hr ni singgah sini.. Wahhh.. kelas solekan tu bestnya.. Leh tambah ilmu nak bersiap cantek bila mekap

    ReplyDelete
  7. Uwaaah ramainya yg ikuuut. Pantas lah bisa masuk buku rekor Malaysia ya kak 👍🏿👍🏿. Congrats kak mim 🎉🎉

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form