Selamat Ulang Tahun ke-14, Anak Sulung Ibu Ayah!

Hari ini, 31 Oktober 2023. hari terakhir di bulan Oktober. Baru masuk ofis hari ni setelah bercuti 2 hari. Sebab tu lah blog sunyi je. Tanpa update, tanpa blogwalking.  Hari Jumaat lepas saya ambik cuti gantian dan semalam Isnin ambik pulak cuti rehat. Biasalah bila bekerja ni ada masanya kita demotivated dan burn out, so masa ni lah kena bagi ruang untuk bertenang pada diri sendiri. Lupakan sekejap hal kerja. Cukup dah kot 4 hari untuk melupakan kerja. 

Ya, 30 Oktober 2023, semalam, hari ulang tahun kelahiran saya dibedah perut 14 tahun yang lepas. yakni birthday si anak sulung Ayah Ibu. Hihi. Tapi semalam tak beli kek pun. Iman cakap baru je lepas makan kek minggu lepas, masih muak lagi rasanya nak makan kek lagi. So semalam kami takde ke mana-mana, lagipun hari sekolah jugak. Balik sekolah birthday girl ada bawak paper bag yang ada hadiah dari BFFnya. Saya tanya je dapat apa, tak pulak tengok. Semalam mood busy body Ibu ada down sikit. Haha. Oleh sebab tak celebrate birthday Iman, Ibu order Pizza Hut je guna Food Panda padahal petangnya elok jer keluar top up stok barang dapur di Mydin cumanya malas nak menunggu order, so sampai rumah baru order guna Food Panda. Pizza Hut tu kan sebenarnya berdepan je dengan Mydin. Hihi. Begitulah tahap kemalasannya ya tuan-tuan dan puan-puan.


Keluar makan-makan hari Ahad. Birthday girl sibuk dengan vaselinenya.

Video kredit to Mak Ngah yang dihantar ke whatsapp group famili.


Kalau tengok ni, dah boleh agak dah kan makan kat mana?

Dah ada idea?


Bagi hint lagi.


Dan lagi. Tak sangka ayam bakar ohsem ni sodap.

Tau dah kan kat mana? Yaaa... TCRS, bukan sekadar nasi ayam. Hehehe.

Last but not least, hero-hero kami.

Plannya hujung minggu ni baru nak masak-masak, makan ramai-ramai. Harapnya mood tak ke laut untuk masak-masak. Iyalah, kita hanya merancang kan.


 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. ada menu ayam bakar ye kt the chicken rice shop...lama tk pi...anyway happy birthday utk ank sulung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. ada set ayam bakar.. sedap jugak.. tq mama tisya

      Delete
  2. Alamak nampa menarik la TCRS ngan menu ayam bakar tu..eh..Mim ada anak perempuan ye..ingat mim ada anak lelaki je 3 orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not bad ayam bakar ohsem tcrs.. hehehe.. ya yg sulung pempuan.. barulah lelaki 3 org 😅

      Delete
  3. Happy Birthday Kakak!
    Beza bbrp hari dgn bday Kakak kami, tp PH pun belum up lagi ceritanya :D

    ReplyDelete
  4. HBD buat kakak cantik....sehat selalu, semoga tercapai segala cita"🎂

    ReplyDelete
  5. Happy BIrthday Kakak Manis.
    Tau dah... nengok Pai Tee tu 😁
    Belum pernah cuba lagi ayam bakar kat TCRS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm signature TCRS jugak kan pai tee ni 😅

      Delete
  6. Happy birthdaay untuk anak Kaka... Dah besar cantiiik 😍👍.

    Makanannya kliatan sedap. Terutama foto yg seperti tahu. Itu tahu kan? Menu lain pun tempting sangat 🤤👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trimas fanny.. yaaa itu soft tauhu.. sedappp tu boleh try buat sendiri.. kukus saja

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form