Pengalaman Naik KL Hop-On Hop-Off Part 1


Cerita ke KL hujung bulan 2 hari tu. Oops!! Kita throwback je ya. Hahaha. Ini kisahnya kami playing tourist di KL. Bukan selalu kan? Naik bas HOHO ni pun tak pernah. So tahun 2023 ni lah kami semua anak-beranak pertama kali naik bas HOHO ni. Excited tau!

Saya beli tiket secara online je guna apps Klook Travel. First time guna apps ni sebenarnya. Hihihi. Tak ada pengalaman kali pertama, tak adalah pengalaman seterusnya kan?

Senarai harga tiket KL Hop On Hop Off. Saya ambik pakej family then add on 1 adult + 1 child.

Bas HOHO ni kita boleh guna 24 jam. Lepas beli melalui Klook sehari sebelum then keesokkan harinya kami pergi ke kaunter HOHO untuk redeem tiketnya. Just pamerkan kod QR dalam Klook tu pada staff di kaunter. Oleh kerana kami redeem tiket untuk naik bas pada 12.30 tengah hari, keesokkan harinya awal pagi lagi kami naik sekali lagi. Rugilah tak guna sepenuhnya, lagipun masa nak guna pun dalam tempoh 24 jam. Hari kedua kami naik 1st bas jam 9.00 pagi. Syok wooo awal pagi tak ada orang. Kami dan pelancong orang putih je atas bas HOHO.

So inilah perhentian untuk bas HOHO. Kami naik dari Bukit Bintang dan berhenti di Dataran Merdeka masa tu. 

Alan tertido dalam bas.

Gigih berpanas di tingkat atas.

Masa ni semua dah di tingkat atas. Segar-bugar dah tak mengantok dah Alan.

Matahari dah atas kepala dah.

Masa bas HOHO berhenti di Istana Negara, tu yang ada pengawal berkuda di belakang tu.

Bas HOHO berhenti di Dataran Merdeka dan kami pun turun untuk lepak-lepak di sana. Dataran Merdeka pun dah tak ada apa-apa ek? Nasib ada KL City Gallery dan kedai bakery tak ingat, pernah baca di blog Carneyz jugak cuma dah fully booked dah masa kami sampai di sana.

Bergambar dengan background Bangunan Sultan Abdul Samad

KL City Gallery

Semua first time ke sini.

Khusyuk #theIMANs membaca sejarah Kuala Lumpur.

Replika Masjid Jamek KL

Ibu dan bodyguard

Perpustakaan Kuala Lumpur yang dulunya saya baca dari blog Carneyz. Bila dah di depan mata tapi tak masuk pulak.

Area yang sibuk, dulu masa jadi student tak dan nak bergambar di tempat-tempat ni.


Bersama kaum-kerabat Mat dan Minah Salleh di atas bas HOHO.

River of Life. Sungai yang selalu masuk dalam buku Sejarah dulu. Hehehe. Tenang je takde orang pun masa ni. Dulu kan masa masih student, kalau naik bas ke KL, bas akan berhenti di Kotaraya, so saya dan member-member akan jalan di sepanjang sungai ni, kemudian lalu di Masjid Jamek dan cross pulak ke stesen LRT MAsjid Jamek yang sibuk tu untuk meneruskan perjalanan ke Jalan TAR dan Sogo. Biasalah dulu student Sarawak kalau nak balik Sarawak je mesti ke Jalan TAR dulu untuk beli barang-barang yang orang rumah pesan. Hehehe. Kalau tak naik bas, naik komuter dari Serdang dan berhenti di stesen Bank Negara dan menapak lagi untuk ke Sogo dan Jalan TAR. Begitulah campus life dulu, selain belajar kita pun berjalan-jalan jugak. Hehehe.

1 Love KL. We Love KL. Strategi untuk semua ada dalam gambar, mula-mula kita offer dulu ambikkan gambar orang. Lepas tu confirm orang tu pulak offer untuk ambik gambar kita. Hihihi. Begitulah. Dan puas hati semua ahli rombongan dalam frame yang sama.

Next kami ke KLCC pulak. Bersambung...

Sambungan untuk hari ke-2 ronda-ronda naik bas HOHO pun ada jugak selepas ni...


 

17 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. dari ank2 kecik sampai dah usia 20an ni blm tercapai lg ciknur nk naik he he
    entahh la bila
    seronok tgk bila selisih dgn bas ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. One fine day nnt naik la kak.. playing tourist.. hehehe

      Delete
  2. Seronoklah santai santai menikmati kesibukan kota. lagi meriah dan seronok pergi satu family. Boleh explore banyak tempat juga. Naik bas ni wajib duduk atas, baru best kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu fiza.. santai2 je tgk bangunan.. hehehe

      Delete
  3. sronok tu naik kl hop on hop off..feel2 mcm kt london naik bas double decker tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. nk naik bas di london x dpt jadilah naik di kl je

      Delete
  4. Best juga ye, naik bas ni. Saya pun tak pernah naik. Macam lebih kurang cerita kita dulu, kakmim. Saya pun naik bas di Kotaraya juga, balik Serdang. Bapa saya dulu bekerja di Jabatan Pertanian dalam UPM tu. Kalau naik komuter Serdang pula, saya turun stesen keretapi kuala lumpur. Jalan ikut laluan ke pejabat pos besar, lepas tu pergi Central Market. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. duduk di serdanglah dulu ye.. samalah route kita.. tp skrg stesen KL tu pn dh x bz mcm dlu xtau lah skrg.. bas dr upm ke kl pn xtau ada lg x skrg ni.. dlu kalau naik dr stesen dpn kmr mmg penuh dgn student upm nk ke kl.. hehehe.. kenangan sungguh

      Delete
  5. stesen KL, stesen Bank Negara...kenangan silam..dulu duduk Subang Jaya, naik komuter ke KL...tak pernah naik HOHO ni..takde geng naik..best naik ramai2..meriah!

    ReplyDelete
  6. One of the highlights of GOLD BRASS RING is the plethora of designs and styles available. From classic and timeless to modern and avant-garde, there's a gold brass ring for every taste. The variety in design allows individuals to express their unique style and personality through their choice of jewelry.

    ReplyDelete
  7. MZ pun tak pernah lagi naik bas HOHO niiii anyway pic yg last tu so nice!!

    ReplyDelete
  8. Saya sering bolak balik ke KL, tapi blm pernah sekalipun naik HOHO bus ini 😅. Padahal memang bus HOHO sangat membantu bagi turis yg punya waktu singkat tp nak eksplor banyak tempat kan.

    KLOOK memang aplikasi best utk beli tiket wisata. Saya selalunya beli tiket apapun pasti cek dr klook juga kak. Apalagi dia banyak kerjasama dengan negara lain.

    ReplyDelete
  9. Wah...asik banget ya naik bus HOHO... Saya baru tahu kalau bus ini terbuka bagian atasnya, jadi bisa asik memandang ke segala arah.

    Terima kasih foto-fotonya Mbak. Saya serasa diajak keliling KL lewat tulisan dan foto-foto disini.

    Salam,

    ReplyDelete
  10. affordable flower delivery dubai is a real game-changer! I recently used this service, and I was pleasantly surprised by the beautiful bouquet I received at such an affordable price.

    ReplyDelete
  11. If you're on the fence about trying a new serum, let me assure you, the beauty of joseon dynasty cream is a game-changer. My skin has never looked better. Glow-up guaranteed!

    ReplyDelete
  12. Father's Day in Pakistan is a special occasion to honor and celebrate the influential figures in our lives. As we gear up to express our gratitude, father's day pakistan sale online provide a convenient avenue to find the perfect gift for Dad. From gadgets to grooming kits, there's something to suit every dad's taste and preferences.

    ReplyDelete
  13. Home appliances are essential to everyday life since they simplify and expedite home tasks. Appropriate equipment may simplify your daily activities and enhance your quality of life, from laundry necessities to culinary devices. Thanks to technological breakthroughs, home appliances are now more feature-rich and energy-efficient than ever, providing convenience and usefulness like never before.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form