Sarapan Apa Pagi Ini?

Quick update sebelum kelas pagi ni. Pagi-pagi sampai je ofis mesti bukak bekal dulu. Hari ni Ibu Ayah bekal chicken wrap, #theIMANs pulak bekal nasi goreng dan chicken katsu.

Brand First Pride ni memang sedap. Tapi harga pun sedap jugak. Sekali-sekala boleh la. 


Chicken katsu ni yang isi ayam rangup macam kita makan set bento di Sushi King tu. Sekotak ni ada 4 pieces, potong-potong untuk lauk dengan nasi goreng cina. Masuk air fryer je lepas tu tinggal, senang je. Alan request nak bekal nasi putih. Dia ni memang lain daripada lain sikit. Tapi no hal setakat nasi putih je.  Nasi putih saya memang masak setiap pagi sebab untuk bekalan Abang ke KAFA.


Bekalan Ayah, Ibu dan Abang. yang lain bawak 1 bekal, Abang je bawak 2 bekal, 1 bekalan untuk rehat pagi, 1 lagi untuk makan tengah hari sebelum KAFA nanti.

Minum pulak ye. Pagi ni saya minum plain water, tak buat teh o panas sebab stok gula di ofis dah habis. Malas pulak nak mintak kat pantri. Takpe kita try minum sky juice je hari ni. Harapnya bertahan jugaklah tak minum air manis sampai ke malam. Sebab malam ni ada kumon, so kebarangkalian untuk lepak di kedai makan tu memang tinggi. Huhu.

Sebenarnya saya dah lama teringin nak kurangkan intake gula putih, tapi itulah.. susah. Dulu sebelum saya berpindah di ofis sekarang, saya tak ambik langsung air manis, berat 40++ macam tu je. Itu sebelum 2016. Masa tu risau jugak berat tak naik-naik. Tapi bila dah pindah ofis, selalu minum depan pc sorang-sorang (sebab tu ada stok semua kat drawer), haaa sejak tu lah berat mula naik dan naik. 

Tapi Encik Suami cakap faktor usia, genetik dan metabolisme. Diet macam mana pun tapi takde exercise, tak amalkan active life tak dapat jugak kurus. Nanti kurus macam orang sakit pun tak cantik jugak, katanya. Baiklah. Kita terus makan dan sambung tonton cerita korea. Hahaha. Suami pun tak support diet, nak buat macam mana kan? Hihihi. Kita kontrol kolestrol dan gula je lah. Tak payah fikir diet dulu. 

Bak kata bapak saya, sekarang ni nak makan, makan je jangan nak tahan-tahan, nanti dah sakit, dah tua, memang tak ada rasa pun nak makan macam-macam lagi. Ya tak ya jugak, macam bapak saya sekarang, kalau dulu tak memilih makan. Sekarang kalau nak masak, kena tanya dia dulu nak masak macam mana. Kalau masakan yang tak menepati selera dia, merajuk pulak. Tapi kalau dia dah suka, mintak masak tang tu je. Hahaha. Hmm.. begitulah jugak kalau kita dah tua nanti kan? Layan je.

Haa... selalu korang sarapan apa ye di ofis? Bawak bekal ke beli ke makan kat kedai ke? Yang kat rumah, breakfast di rumah ke atau di luar? Hehehe.

 

10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kebiasaan nieyl mmg bawa bekal, cuma sesekali je tapau..
    mcm hari ni nieyl tapau je dkt kedai..cuma pagi tadi sempat buatkan roti telor je dkt husband bawa bekal breakfast dia g keje... ♥

    ReplyDelete
  2. chicken katsu pernah mkn yg dkt bask bear coffee...brand ni bole tahan harganya kan...slalunya bfast mesti tapau nasi...pg2 lpr nasi haha mcm nasi berlauk, nasi lemak or nasi berlauk

    ReplyDelete
  3. Yang di rumah beli nasi lemak di kedai hari ni, sebab ada kesempatan keluar rumah hantar anak ke sekolah :D

    ReplyDelete
  4. Sarapan cempedak goreng dan telur ayam kampung rebus separuh masak

    ReplyDelete
  5. arini mia tak bawa bekal.. dah sarapan siap-siap kat rumah... mee sup

    ReplyDelete
  6. Biasanya saya suka ngeteh dulu dgn Encik Suami utk dapatkan mood kerja. Sbb kat situ juga la peluang utk diskus apa2 yg patut.

    ReplyDelete
  7. time off diet, saya bf biasanya beli mknn kat stall, tp time diet, saya gigih masak sup sayur etc kat rumah ie seblm masuk opis la

    ReplyDelete
  8. Minggu depan dah kena bawak bekal ni..ada gak plan nak puasa jugak ganti puasa..dania dah start 3 hari dah

    ReplyDelete
  9. Ada benarnya sih kak. Saat masih usia 30an, berat badan saya susaaah sangat baik. Stabil di angka 42-45. Tapi begitu injak umur 40, haaah, di sinilah mulai metabolisme dah melambat 🤣. Rasanya minum air putih saja pun dah buat naik 😂.

    Saya sempat naik ke 55. Panik laaah 😅. Akhirnya memang workout sih, terlebih pula pandemic masuk. Itu yg buat saya jadi rajin olahraga.

    Kalo skr, utk stop benar2 gula, belum bisa, tapi saya coba mengurangi. Untungnya saya suka minum air putih. Bisa 3 liter sehari. Harap2 lah bisa jadi penetral kan 😁

    ReplyDelete
  10. Kadang beli kuih kat gerai bawa ke ofis. Takpun biskut tawar Munchys.
    Jarang ambil breakfast berat masa weekdays.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form