Glo vs Labour

Musim boikot ni memang kita sibuk mencari pengganti.
Pengganti yang bertahun-tahun kita dah setia, tapi sekarang terpaksa beralih arah.

Saya masih tak jumpa lagi pencuci pinggan mangkuk yang serasi dengan saya.
Bertahun-tahun lamanya dengan pencuci Glo.
Sekarang ni masih berusaha habiskan stok di rumah.
Glo ni memang tak boleh putus stok di rumah, memang akan beli setiap bulan.
Kalau ada promo, lagilah wajib beli.

Oh ya, Glo ni keluaran Colgate-Palmolive, antara produk yang menyokong Israel.
Glo ni saya dah pakai berzaman dah.
Sejak anak dara lagi, since rumah mak memang guna Glo sejak dulu lagi.
Bila dah berumah sendiri pun jadi terbiasa.
Pernah cuba jenama lain, tangan jadi kering, tukar balik beli Glo.
Haaa... begitulah.

Tapi hari tu ternampak jenama Labour ni, murah giler.
Memang dah lama usha Labour ni tapi hati belum terbuka nak bertukar.
So saya cubalah beli Labour, nak try kan.
Hmm.. tangan jadi kering.
Lepas tu bau tak berapa best.
Dan agak cair berbanding Glo.
Bila setel basuh, sifat sabun yang licin tu agak lambat nak hilang.
Argh, faham tak yang part last ni? Hahaha.

Encik Suami kata, kalau dah tangan kering tu tak payahlah tukar, pakai je lah Glo.
Hmm... macam tu pulak.

Uwaaaaa.... susahnya nak move on.


Yang ni terpaling favourite. 
Hmm.. adakah cinta kita akan beralih arah?



 

29 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Laaaaa Glo pun ke?. Aduhaiii.
    Terpaksa boikot juga nampaknya ni. Pasni nampak Glo terus terbayang darah anak2 Palestine dan air mata mereka. Ayuh!. Kita gunakan kuasa kita sbg ahlil mesyuarat dapur!.

    Sy pun ada brand popular yg buat tgn jadi alergi teruk.. gatal2 gelembung2. Ada brand Aussie yg serasi. Nampaknya kena pakai yg tu semula kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. glo kn keluaran colgate-palmolive kak... mcm ramai jugak xtau sbnrnya... tp sy dh belek labelnya

      Delete
  2. ala...nasib baik MA x de allergic apa pun...alhamdulillah.. selalu MA guna apa yg jumpa je.. he he he.. x cerewet sgt janji bersih masa mencuci tu..ok dah...

    ReplyDelete
  3. linda biasa pkai sabun buku je(adoi tetiba lost word nk bg nama apa)... mcm axion tu...
    lepas tu, pkai jenama Amway pun ok jugak...tp yang Amway pun skang ada isu jugak kan...setakat hari nie, stil pkai Amway utk supplement lah...sebab memang dah serasi dengan yang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham faham.. hehehe... wah amway x mahal ke? tp itulah amway ni kan... tp pati jusnya sedap

      Delete
  4. sis, glo pun boikot ke? huhuhuhu.. ldy masih pakai.. ingtkan x boikot yg ni.. tp msh belum bli yg baru.. nti kene tukar la.. lps semua stok habis..

    ReplyDelete
  5. ammi guna sunlight dulu tapi sekarang mmg dah beralih ke Labour. Cumanya kalau nak membasuh peralatan yang super berminyak, ammi guna je sabun serbuk basuh kain tu. hahahha..

    mandian pun guna Antabax sbb keluaran malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi mcm mak sy jugak... kuali periuk besar yg berminyak degil tu mmg dia guna serbuk cuci kain tu... hahaha... shower gel pun 1 hal... cuba byk brand tp shokubutsu jugak yg puas pakai

      Delete
  6. Sy guna labour tetapi bukan cecair..

    ReplyDelete
  7. sis boleh try brand lonkey. mmg ok lembut je kat tangan. saya mmg recommend

    ReplyDelete
    Replies
    1. br tau ni jenama lonkey... nnt sy usha... tq sis mona

      Delete
  8. sama lah Ana pun tgn jd mengelupas teruk kalau silap guna pencuci pinggan.. selalunya guna sabung buku cap kapak ataupun guna brand lonkey ok juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabun cap kapak ni br pernah dgr... nnt sy cuba cari

      Delete
  9. Pernah guna labour, mmg cair. Kita suka, banyak² buah, makanya cepatlah habis bila asyik dituang aje :D kalau jenama S tu pekat tapi mmg nak kena cari alternative...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? nasib ada yg memahami... asyik nk picit je.. geram pulak tgk cair.. hahaha

      Delete
  10. Saya guna yang beribu ribu 🍋 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ya.. sy tau yang beribu lemon tu... hehehe

      Delete
  11. memang tak byk choice sgt kalau betul2 fokus boikot product under big names kan... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... lagipun kita dah lama pakai/makan mmg agak ssh nk move on

      Delete
  12. kalau di sini saya mengganti sunlight dengan mama lemon, produk lokal. Alhamdulillah cocok, merk lain-lain buat tangan gatal dan mengelupas

    ReplyDelete
  13. Kat rumah kak SA pakai axion tu je...kadang beli yang kat kedai 2 hengget, beli banyak2 buat stock

    ReplyDelete
  14. dedua pilihan CCL . kadang guna labour , kadang guna glo . tukar-tukar

    ReplyDelete
  15. Problem kita sama kak. Di sini brand paling kuat utk cuci piring itu Sunlight. Udah ada sejak saya kecil. Masalahnya brand asal dia Unilever 🤣. Pusinglah saya nak cari ganti.

    Cuma untungnya dari perusahaan lokal macam wings, ada banyak ganti. Mama lemon yg lumayan oke. Walopun dari segi wangi, masih LBH wangi sunlight. Cuma yg penting buat saya tak bikin tangan kering.

    Sebenernya kalo untuk tangan sensitif, ada sabun lerak. Asalnya dari buah lerak.

    Naah saya belum coba. Krn nak habiskan mama lemon dulu. Nanti bolehlah coba lerak. Lerak ini selain lembut di tangan, juga ramah lingkungan. Krn terbuat dari buah kan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form