Sudahkah Anda Mengemaskini PADU?

Mulanya, hai malasnya nak daftar. 2-3 minggu lepas, sembang-sembang dengan adik, kalau HQ tak keluarkan arahan untuk isi, malaslah daftar dulu. Tup tup esoknya masuk ofis terus ada surat dari HQ mengarahkan semua staf mendaftar dan mengemaskini PADU. Surat arahan dan 2-3 minggu lepas dah, tapi hari ni baru saya berjaya luangkan masa untuk mendaftar dan mengemaskini profil sendiri di PADU. Itu pun sebabnya due date 7/2 telah ditetapkan oleh HQ.

Nasib baik mudah je nak mendaftar PADU ni.

Selesai dah, takmolah nama naik nanti. Macam penerima vaksin 3 tahun lepas, siapa yang tak ambik vaksin, nama naik di HQ uit.

Korang dah daftar ke belum ni? Actually takde apa sangat, cuma kita perlu kemaskini maklumat komitmen bulanan kita. Pinjaman perumahan, pendidikan, insuran, kenderaan, semualah letak je kat situ. Bantuan yang diterima pun kena declare jugak dalam PADU tu.

Ada ke yang tak tau pasal PADU ni? Hmm... kontroversi jugak sebenarnya sebab kita perlu declare banyak maklumat sulit kita. Tambahan lagi ada khabar angin yang mengatakan laman web kerajaan ni mudah leaking. Sebab tu lah yang malas nak daftar hari tu. Tapi sebab dah arahan majikan, kerajaan Malaysia, saya yang menurut perintah je la.

Sedikit FAQ mengenai PADU.



8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Mujurlah di company tempat Mrs. A kerja tiada paksaan.

    ReplyDelete
  2. sama la.. cukup x rajin bila bab nak isi2 borang ni.. but kena juga la merajinkan diri. dah daftar & dah isi separuh dah..but lum submit lagi

    ReplyDelete
  3. emmmm memang malas laaa unless kena paksa

    ReplyDelete
  4. Agak mencabar juak untuk declare semua data kita dalam sistem online...kalau kena hack...maka bersedia terima risikonya

    ReplyDelete
  5. Sya macam tak amik tahu pun pasal PADU ni.. Ntah la somehow setuju dengan MrHanafi di atas :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form