Kuasa Talikhidmat


Biasa kan kita dengar, nak kena viral dulu baru nak kena ambik tindakan. Ha, begitulah kisah pemasangan meter paip di rumah SA3 kami. Bayar bil pemasangan meter pada 30/10/2024. Saya consider 14 hari bekerja ye, sampai 14/11/2024 untuk tunggu kontraktor pasang tapi masih jugak takde berita. Nak tak nak, buat aduan di Talikhidmat la.

Apakah Talikhidmat?

TALIKHIDMAT merupakan satu saluran komunikasi bagi orang awam untuk menghubungi kerajaan dan organisasi-organisasi yang menyediakan perkhidmatan awam di Sarawak. Ditubuhkan oleh Jabatan Premier Sarawak atas cadangan umum, ia bertindak sebagai saluran alternatif untuk membantu orang awam.

Objektif TALIKHIDMAT adalah untuk membantu masyarakat dengan menghubungi mereka dengan kerajaan dan organisasi-organisasi yang sepatutnya untuk mengendalikan kes-kes yang telah dilaporkan. Dengan sistem pengurusan yang berpusat dan berkesan, orang awam akan mendapat bantuan secepat yang mungkin.


PUSAT TALIKHIDMAT
Unit Protokol dan Perhubungan Awam Negeri (UPPAN), Jabatan Premier
Tingkat 8, Wisma Bapa Malaysia,
Petra Jaya, Kuching
93502 Kuching, Sarawak,


Masuk je ofis pagi Isnin, saya terus mengarang aduan di Talikhidmat. Ini bukan kali pertama saya buat aduan. Biasanya lepas buat aduan, memang cepat je tindakan akan diambil.


Sebelum jam 8 pagi, 7.36 pagi macam tu lah, aduan telah pun disubmit. Dengan harapan pegawai yang masuk kerja hari tu terus dapat inbox aduan saya. 

Dannnnn... jam 8 pagi email maklum balas pun masuk ye, tuan-tuan dan puan-puan. Ini kisah hari Isnin ya.

Hari Selasa, petang balik kerja jiran depan rumah hantar whatsapp dengan bukti. Hahaha. Meter paip dah dipasang gais!!! 

Hambek kau. Nasib saya tak mention nama staf yang jawab call hari tu, jawapan sangat tak membantu dan macam nak tak nak je jawab soalan pelanggan. Masa suruh bayar bil bukan main lagi nak cepat tapi dah bayar tak jugak cepat ambik tindakan. Nasib la nak kena buat aduan Talikhidmat jugak baru nak bekerja.


Log in balik Talikhidmat saya, tengok status pun dah SOLVED. Nasib baik kan, dalam masa 24 jam selesai. Tapi tak boleh ke kalau tak buat aduan, buat je la kerja dengan cepat. Bukan ke bagus takde rekod aduan kalau macam tu.








 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Itu yg geramkan, kadang tu nak kena buat aduan, gegar sana gegar sini baru nak bertindak.
    Apapun alhamdulillah cepat bertindak bila dah diadukan tu, function la kiranya Talikhidmat tu 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt function sbb kpi jabatan kot.. aduan ni direct ke jbtn premier so kalau x setel kena menjawabla kot dgn premier

      Delete
  2. deal dgn mana2 jab kerajaan mmg memerlukan kesabaran tahap tinggi. tp nowadays kita ok ok dah jugak kan.

    ReplyDelete
  3. memang kena beria2 buat mcm2 aduan laaaa until setel semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib 1 aduan je dpd sy.. hehe.. tp jiran2 lain pun ada jugak buat aduan, so hari yg sama jiran dpn umh pun dh pasang jugak.. kalau x komplen sampai bila ntah nk pasang

      Delete
  4. Dah betul la tu kaedahnya. Kalau lambat buat kerja, adu saja.

    ReplyDelete
  5. Sepertinya mirip dengan yang sering terjadi disini Mbak. Viral dahulu, baru diambil tindakan.
    Tapi belakangan perusahaan-perusahaan yang bergerak dalam jasa publik sudah kian memperbaiki diri mereka. Beberapa sudah sigap bila terjadi problem dengan layanannya.

    Salam,

    ReplyDelete
  6. Kalau xde aduan depa x buat kerja Mim...kena ada aduan...kira tindakan mim ni betul la..

    ReplyDelete
  7. Kena juga buat aduan. Takde aduan, kerja tak jalan la ya?. Hmmmm....

    ReplyDelete
  8. susah gak macam ni asyik nak kena komplain...atau mereka nak kita submit official complaint, baru nak ambil tindakan..

    ReplyDelete
  9. Saya pikir di sini saja yg begitu, hrs komplain dulu, bkharus viral, baru ditindaklanjuti 😂. Ternyata sama saja di sana ya kak. Memang lah, terkadang hrs kesabaran tinggi menghadapi mereka2 Ini

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form