Brunch di Tandang Sari

Sebenarnya kami ke Sri Aman kerana si Alan ni la, asyik nak makan Roti Arab Tandang Sari. Pernah jugak makan roti arab di Kuching tapi dia cakap tak sesedap yagn di Tandang Sari. Hmm.. layan je la. Anak bongsu ni memang high demand sikit, abang-abangnya pun tau dah.

Yang bestnya Tandang Sari ni lauknya memang pelbagai, semua ada, semua macam nak makan. Hahaha. Memang heaven jenjalan tempat orang macam ni, aim nak makan je. Tak ingat dah kolestrol baik kolestrol jahat semua. Ya Allah ampuni gue ya Allah.

Roti arab idaman Alan. Saya tak rasa pun roti arab ni. 

Muka puas hati.

Awan dan Iman makan nasi campur, Awan dengan kari ikan parinya, Iman dengan ikan steamnya, sayur 2 jenis pulak tu. Abang pulak roti arab sama dengan Alan. Saya pulak masih kenyang breakfast di hotel tapi tak dapat tahan tengok umbut kelapa masak lemak dan dabei. Makanlah sikit. Lepas tu tengok bergedil pulak, montok macam ala-ala di KL, rembat jugaklah 1, ikan keli sambal besar sangat tak berani nak ambik takut tak habis, bye bye je lah ikan keli. Hihi.

Ayah pulak kacau-kacau je sikit-sikit menu orang lain sebab takmo kenyang sangat sebab nak drive balik. Alhamdulillah tercapai hasrat Alan nak makan roti arab di Tandang Sari, Sri Aman.





 

27 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Seronok Alan ye..sampai ke pipi senyumnya bila dapat idaman hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang, apa yg dia nak dah dpt mmg senyum memanjang, bertukar la jd sweet talker

      Delete
  2. Replies
    1. sedap kot sbb alan ni citarasa dia tgi, kalau dia kata sedap, sedap la tu.. haha

      Delete
  3. wahhhh spesial tu kak.... buah dabai yg buah kayangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... musim sekarang ni dana tp perut masa tu dah kenyang ambik sikit je

      Delete
  4. Anak bongsu camtu la hehe ...
    Suka tgk pinggan Iman, pilihan sihat hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suka sayur hijau, dulu masa kecik x mkn sayur, hehe

      Delete
  5. Uncle pun sama, kalau nak drive takmo kenyang2 sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mindset agaknya kan uncle, perut kenyang nnt ngantuk, hehe

      Delete
  6. nyaman jak rupa roti arab ya, cicah kuah kari dal...fuhh...teringat roti puri pulakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti puri pun dah rami juak org berjual sitok, dolok xda

      Delete
  7. alhamdulillah, memenuhi permintaan anak-anak buat kita as emak ni pun rasa bahagia. seb baik tengok masa perut kenyang ni, jika tidak mahunya ku cari jua di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cha, selagi mampu apa anak nk mkn try je, boleh je nak buat ni tapi itulah malas mencuba.. hehe

      Delete
  8. Huntong Alan.... request roti arab je terus dapat jalan-jalan dan tidur hotel.

    ReplyDelete
  9. Best kan jadi anak bongsu kan Alan. Kan kan hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah untung nasib si bongsu... semua melayan... hihihi

      Delete
  10. baru perasan ammi pada watermark itu...lawa.

    ReplyDelete
  11. Wah, memang sedap tengok roti arab Alan. Kebetulan, saya belum makan tengahari, lapar terus.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form