Top Up Coklat Untuk Kudapan Lepas Makan

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Eh, apa kaitan ek? Hahaha. Iyalah bagi saya coklat brand ni mahal, begitulah perumpamaannya. Biar semua orang merasa, adil dan saksama bila dibuat begini. Begini tu macam mana?

Ahad lepas pegi kedai coklat, nak beli coklat buat hantaran tunang, so terbeli jugaklah coklat Ritter Sport ni, favourite ni. Tak tahan iman bila tengok coklat, apatah lagi kalau jenis yang dark chocolate. Belilah 3, nanti balik rumah kita pocong-pocong (dibaca: potong-potong) dia.

Dah siap potong dah. Masuk dalam bekas, kita campur-campurkan dia.

Tadaaa... dapat la sebotol. Untuk kudapan lepas makan. Selalunya lepas lunch ke dinner ke mesti carik benda-benda manis untuk pencuci mulut. Peel dari bapak menurun ke anaknya haaa. Hehehe. Coklat yang dipotong-potong gini pun ajaran dari bapak jugak, dulu-dulu kalau mak beli coklat Cadbury 1 bar memang bapak akan buat macam ni lah, simpan dalam peti sejuk, nanti nak makan senang, benda dah siap potong, just masuk adlam mulut je.

Begitulah, biar semua merasa, hidup ini keras Roy. Sampai sekarang ni, pengalaman maknya masa kecik pun diturun ke anak dah. Jangan biasakan anak-anak hidup bermewah-mewah dan membazir. Sekarang ni bukan kaya pun tapi alhamdulillah boleh la, masih mampu makan nasik 2x sehari. Biar anak-anak merasa susah jugak, supaya bila dah besar nanti adalah cerita mereka buat anak-anak mereka pulak. Ada rezeki lebih, kita makan la lebih. Ada rezeki lebih, kita kongsi-kongsi jugak.

 

17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bila dah pocong-pocong pun.. Sekali ngap je habis nie.. Hihihi...

    Ya, selalu nya perumpamaan yang ibu bagi "untung korang, kecik2 dah dapat tido hotel, mandi kolam bagai, ibu dulu mandi parit ja".. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kami boleh la bertahan seminggu kalau pocong-pocong cmni, yg main patah-patah sendiri tu boleh habis sehari

      Delete
  2. Saya cerita kat anak-anak dulu balik sekolah kena cari kayu api, angkat air. Anak-anak tanya balik: kenapa Mommy tak suruh kami cari kayu api? Bertuah punya anak, tak faham maksud tersirat yang kita hendak sampaikan kah kah kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... biasalah kak, sy pun suka cerita dlu balik sekolah jalan kaki je, pastu singgah main rumah kawan tu pegi kedai tu pastu diorang ckp knp ibu x benarkan kami jalan kaki ke sekolah? nak jugak mcm tu.. hahaha... mcm dkt sgt rumah dgn sekolah diorang skrg

      Delete
  3. Kalau saya, satu hari habis.. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh, sy kalau seorang mmg berhari-hari nk habiskan, jenis yg mkn sikit²

      Delete
  4. Sama la dgn husb PH, lepas makan cari coklat hihi ....mmg menurun dekat anak². PH pula makan coklat ikut mood :D
    Nanti nak buat gini la senang nak makan. Biasa diorg patahkan & ngap je 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit mata tgk kalau main patah camtu PH, nnt ada yg dpt lebih ada yg kurang, kalau potong mcm ni baru fair... pasni pocong-pocong camni k.. haha

      Delete
  5. tegok paket cover tu pun da rasa mahal. sedapnya coklat lepas makan, my favourite too. pilihan utama dark chocolate. YA AMPUN sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan bila teringin je cha, sbb tu pocong kecil mcm tu

      Delete
  6. Ammi pun, belum pernah beli coklat sorang makan satu bar. sorang 1 bar kalau nak lagi baru repeat.

    ReplyDelete
  7. Rajinnya, coklat dipocong-pocong. Senang nak makan. :-)

    ReplyDelete
  8. ehhh.. menarik idea coklat patah2 kan tu. senang nak makan sebab kadang coklat bar bila masuk peti ais adi keras. Dah kena tunggu lembut sikit baru boleh makan.

    ReplyDelete
  9. saya mkn jer coklat cuma bukan choc lover

    ReplyDelete
  10. Aissh tak terpikir saya buat macam nih kak 🤣🤣🤣. Bagus juga, jadi bisa masing2 merasakan semua rasa kan. Masuk kulkas biar tetap keras. Maklumlah suhu negara kita dah macam sauna 🤣🤣

    Tp saat di Georgia kemarin, owner aprtemn kami ada potong2 coklat, letak di dapur.kami boleh ambil. Mungkin Krn suhunya dah sama macam winter, jadi coklat tersebut walo letak luar tetap keras.

    Ok, next kalo beli ritter, saya nak potong2 seperti ini 🤣

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form