Alhamdulillah, selesai pengajian tahun 2024, borang renew daftar ngaji pun dah dihantar ke ustaz sebelum 15 Disember yang lalu.
Alkisah template pembayaran yuran ngaji saya yang cadangkan kepada ustaz dan alhamdulillah pihak pengurusan masjid terima pakai sejak tahun lepas. Bukan apa, kesian tengok ustaz asyik remind dalam WA grup untuk parents bayar sumbangan kepada ustaz. Pernah juga saya terlepas pandang, tak sedar belum bayar pun bulan sebelumnya (bulan 2 lupa bayar). Nasib baik ada kad ni. Bila dah ada kad, senang kita nak self-check dah bayar ke belum sumbangan ngaji setiap bulan. Itu pun masih juga ada risiko terlepas pandang. Kesian ustaz-ustaz yang mengajar. Semoga dipermudah urusan ustaz-ustaz yang mengajar ngaji di masjid taman kami.
Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ…ْ Ù…َÙ†ْ تَعَÙ„َّÙ…َ القُرْآنَ ÙˆَعَÙ„َّÙ…َÙ‡ُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5027)
mudah untuk ingatan. bila sudah menua ni, semua kena buat catatan. nak harapkan otak ingat semua, memang akan ada yg terlepas pandang.
ReplyDeleteitulah...sebab tu, linda buat je lah sendiri, tampal kat buku sendiri...dah tf, tanda lah
ReplyDeleteAlhamdulillah bila idea yg bernas diambil guna
ReplyDeletesemoga kita diberi kesempatan untuk ke sana..
ReplyDeleteAlhamdulillah! Idea yg bagus
ReplyDeleteBagus ada kad camtu... teringat plak masa Wafi taska, setiap 24hb pasti pengasuh masukkan kad dalam beg baju.
ReplyDeletebagus ada rekod gini. senang nak check dan trace etc
ReplyDeleteKalo ada card seperti itu memang memudahkan. Di sinipun pakai, biasanya utk iuran sampah, dan lingkungan. JD tak lupa dah bayar atau belum
ReplyDelete