Marhaban ya Rejab! Istimewanya 1 Rejab 1445H tahun ini bersamaan 1 Januari 2025 tahun Masihi (Rabu) bermulanya waktu Maghrib, 31 Disember (Selasa).
Doa masuk bulan Rejab.
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahuma baariklana fi rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan
Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.
Tarikh penting puasa sunat Rejab 2025.
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi ta’ala
Ertinya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”
- 1 Januari 2025 (Rabu) – 1 Rejab
- 2 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
- 6 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
- 9 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
- 13 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin, Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh)
- 14 Januari 2025 (Selasa) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh
- 15 Januari 2025 (Rabu) – Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh
- 16 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
- 20 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
- 23 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
- 27 Januari 2025 – Israk Mikraj 27 Rejab (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab)
- 30 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)
Anda boleh bacakan niat puasa Rejab ini untuk puasa pada mana-mana hari dalam bulan Rejab:
Ertinya : “Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah ta’ala”
Lafaz niat puasa hari putih
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah taala
Nota: Bagi puasa sunat, anda masih boleh berpuasa sekiranya terlupa untuk niat pada malam harinya atau keesokan harinya sebelum Subuh. Anda masih boleh berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat anda tidak makan dan minum juga tidak melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa antara waktu masuknya waktu Subuh hingga tergelincirnya matahari.
Tags
Info
Terima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteTerimaksih kak MIM atas postingan tentang puasa sunah nya..saling mengingatkan dalam kebaikan ya.
ReplyDeleteTerima kasih KM atas perkongsian.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian Kak Mim.
ReplyDeleteLOVE!
ReplyDeletesemoga ada kekuatan untuk puasa sunat di bulan Rejab ini terutama Isnin dan Khamis
ReplyDelete