Semalam tak masak, seharian keluar. Hari ni awal pagi dah masak, sebab menu hari ni kaki ayam! Nak dapatkan kaki ayam yang empuk kenalah rebus dulu sebelum masuk dalam tumisan kicap. Pakai noxxa lagi cepat kan or pressure cooker, tapi saya tak ada cooking gadget tu. Semuanya guna manual dan tradisional saja.
So, tada!! Bila masak awal, takdelah rushing sangat nak kejar masa lunch. Boleh la photoshoot dulu.
Menu hari ni:
1. Kaki ayam masak kicap pedas
2. Kangkung belacan
3. Ikan kembung goreng
4. Tempoyak goreng campur udang
5. Buah kiwi pencuci mulut
Sebab dah janji dengan 3 hero hari ni tak keluar. Syok jugak seharian tak keluar rumah. Main masak-masak je lah. Lepas tu layan movie kat Prime. Hari minggu yang santai. Hari minggu korang pulak macam mana?


12 Comments
Kami hari Sabtu x kemana santai dkt rumah saja. Hari Ahad semalam keluar. Tak masak pun Kak Mim. Makan diluar semalam. Hihihi!
ReplyDeleteTerbalik pulak kita ibu.. hehe
DeleteSedap² belaka menu kakmim ni...
ReplyDeleteKiwi tu mmg warna kuning ye? Sy selalu jumpa yg hijau je...
Aah, golden kiwi katanya... iman pun neves masa kupas dia ingatkan kentang.. haha
DeleteMenyelerakan.. Terbayang-bayang nak berbuka puasa apa hari ni..
ReplyDeletewahhh sedapnya! semlm kami kuar ronda2 pegi mall ajer
ReplyDeleteSedap pulak kaki ayam masak kicap pedas tu. Hari Sabtu akk buat sup kaki ayam. Masuk dalam rice cooker je nak bagi lembut.
ReplyDeleteAhad melepak je kat rumah, lagipun semalam panas sangat kat luar.
Haishhh nampak sedap udang tempoyak tuuu
ReplyDeletekakmim pandai masak... yum yumm yumm
ReplyDeleteSemua sedap2 lah Kakmim.
ReplyDeleterare menu kaki ayam tu....slalu mkn sup kaki ayam or kerabu kaki ayam je
ReplyDeletesedapnya menu2 nya... alhamdulillah, ala, nak beli kiwi jugak..dap tu
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!