Hadiah Hari Lahir Yang Tertangguh Kerana J&T

Alkisahnya birthday si anak no 3 hari tu, 15 April 2025, kami takde celebrate pun. Bila godek-godek Google Photo memang takde gambar yang 'lain macam' pada hari tu. Ya Allah busy bebenor rupanya. Selalunya masa birthday family member at least kami makan kat luar. Cuma yang saya ingat masa kami makan malam di rumah, lauk biasa-biasa je, nasi putih dan sambal hitam, si birthday boy bagitau dia taknak hadiah lain, dia nak sambal hitam je. Sadisnya permintaan birthday boy. Sambal hitam je dia nak. Pilu hati ibu ni. Anak-anak ayah ibu ni memang sejenis yang tidak meminta-minta. Dan hadiah birthday pun bukan budaya keluarga kami. 

Sebagai ibu yang pengasih dan penyayang, chewahhh.. saya tak sampai hati kalau tak penuhi permintaan si anak no 3, Awan. Saya carilah di Tiktok. Kenapa Tiktok, bukan Shopeepee? Postage Shopeepee mahal la kalau ke Kuching ni, maklumlah kos penghantaran percuma seluruh Malaysia kecuali Sabah Sarawak. Kecik hati ai tau. Sebab tu lah senang cari barang di Tiktok sekarang. Lagipun Tiktok cepat je pos ke sini selalunya berbanding si shopeepee.

Tapi...

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya postage lambat ditahan-tahan J&T. Seller dah pos awal dah, tapi J&T buat hal. Memang seperti harapkan pegar, pegar makan padi.

Out for delivery 6 Mei 2025. Dah contact si Chan Rod B tu tapi takde respon, rupanya nombor tu memang bukan nombor rider. Dalam facebook pun kecoh J&T buat hal. No si Chan Rod B ni netizen kata nombor robot. Pergh, menyirap mak. Dah la Awan nak makan sambal hitam.

Seminggu berlalu status delivery masih macam tu je. Saya chat seller, tapi sebenarnya lebih kepada mengadu la. Report di sistem dah 2x dah buat, boleh Tiktok respon SOLVED. Memandai je eh. Lepas mengadu dengan seller, pada petang hari Isnin, 12 Mei 2025 tu jugak, parcel pun sampai di rumah mak. Hampeh betul. Ingatkan cuti umum takde delivery. Mungkin seller termakan hasutan saya kot, bagi rate paling rendah kat J&T Kuching.

Sambal hitam pedas dan sedap
Sambal hitam yang dinanti-nanti.

Sambal penyet sedap
Sebab #theIMANs ni memang suka sambal. Try jugak sambal penyet dari kedai Tokey ni.

Sambal kentang sedap di tik tok
Alang-alang dah membeli, beli sekali la sambal kentang krup krap ni.

Sambal hitam jenama Tokey ni memang sedap. Cuma tak pedas walaupun dia claim pedas. Rasanya dulu lagi pedas. 

Dengarnya sambal hitam ni makanan local orang Pahang. Maafkan saya kalau salah. Sebab first time makan sambal hitam ni dari member yang asalnya orang Lipis. Member tu cakap nak buat kena ada kuali hitam sebab nak bagi ikan bilis tu sampai kering-kering. Dan kena tunggu musim belimbing tunjuk berbuah. First time dulu member tu buat pedas la. Tapi sekarang bila dah berbelas tahun dok di Sarawak ni dah beranak-pinak di sini, awal tahun ni beli dari dia lagi tapi tak pedas langsung. Agaknya dah jadi orang Sarawak dah kot tak makan pedas. Hahaha.










 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Haih Kak Min, baca kisah sambal hitam ni rasa macam ikut drama penuh emosi. Dari birthday boy yang tak minta hadiah lain selain sambal, sampai ke J&T yang buat plot twist tak hantar-hantar! 😂 Tapi paling tak sangka, Kak Min asal Kuching rupanya? Seriuslahh! Kak Min dekat Kuching belah mana tu? 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. hahaha... kamek org kuching bah.. di petra jaya, ada kawan ka di sini?

      Delete
  2. Patot ofismate linda dulu tak mkn pedas sgt.. Rupanya org Sarawak tak mkn pedas... Tp, dia kawen dengan org Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depend jugak linda, mcm sy mkn je pedas, tp lebih ramai yg x tahan pedas, kalau kawen dgn org melaka mmg aar asam pedas dan masak lemak tu... kompom pedehh.. hihihi

      Delete
  3. Sedapnya Nampak..Jarang Makan sambal hitam tapi bila dah Makan tu, ui..nak menambah aje...Semoga birthday boy bahagia selalu ye...Bagus maknya, prihatin kt anak...cewahhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, jarang dpt, kalau jumpa habis nasik ratah pun boleh.. haha

      Delete
  4. Sambal hitam favourite Cuya!
    Kalau dapat hadiah sambal pon best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mkn dgn nasi bubur ni pun sedap, nasi bubur kosong panas, sambal hitam kena pedas br terangkat kn cuya

      Delete
  5. Saya tak reti mkn sambal hitam.suka sambal versi merah/cili biasa jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal hitam ni bkn cili semata, tp sambal ikan bilis, rasanya pedas² masam

      Delete
  6. Sambal hitam memang sedap tapi tuah nak buatnya bukan main lama lagi prosesnya ye. Mungkin sebab tu kot harganya agak mahal sikit.

    ReplyDelete
  7. atau bisa juga lidah kakak yg dah terbiasa dengan level pedas kuat, jd saat makan lagi berasa tak pedas atau berkurang pedasnya... saya macam itu juga.. suka sangat pedas.. lama kelamaan, makanan yg katanya pedas sangat, bagi saya biasa saja :D.. tp saat suami coba dia bilang over spicy ;p

    penasaran pula sambal hitam... dekat KL berarti banyak jual ya kak.. nak cari di KL nanti

    ReplyDelete
  8. tgk paketnya, nampak sungguh yummy. cuma ku tak pernah try lagi. will be! tunggu wang belanja di top-up. eheks! kakmim i kenot la tgk date 6 mei tu, thats my date birthday, auto teruja. adeih!

    ReplyDelete
  9. nampak sedap la..Kak SA pun suka sambal hitam...nak buat sendiri macam renyah dan of cos nanti tak sedap kan..elok beli je...eh nak cuba la....nanti cari kat Tik Tok

    ReplyDelete
  10. uishhh sedap ni mkn dgn bubur nasi! fuhhhhhhh~

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form