Diari Pembuka Bekal Tegar

Time pagi macam ni selalunya kita 'ngelepat' kata orang Sarawak. Curi masa gitu. Sebelum ada meeting lepas ni, taip taip dulu kejap.

Pagi ni awal 30 minit dari biasa sampai di ofis. Hari ni dah macam bulan puasa dulu cumanya takde sahur je. Bangun jam 4, lepas Subuh semua terus gerak dari rumah. Encik Suami ada kursus di INTAN hari ni so kena gerak awal ke Kota Samarahan. Sini Kota Samarahan disinonimkan dengan Jemarahan. Hihihi. Jem tak habis-habis, jalan dah besar pun masih jem. So bila sebuah kereta dah gerak awal, sebuah lagi pun gerak awal jugak. Pinggan mangkuk lepas bekfes kat rumah pun dah setel basuh, tak ada apa lagi nak tunggu.

Sampai je ofis, lap-lap meja dulu, lepas tu barulah start task dalam list-to-to hari ni. Scan semua bukti penilaian pelajar untuk rekod audit. 30 minit jugak la ambil masa untuk scan. Siap scan pun takde lagi orang lain masuk ke bilik pensyarah. Kemudian rename dokumen yang dah discan tadi untuk disimpan di drive pulak. Setel semua baru senang hati nak bukak bekal hari ni.

Simple je ri ni, ticanai frozen cicah susu & milo 3 in 1 panas less sugar. Masa bukak bekal baru seorang jiran masuk ke bilik pensyarah. Ahahaha.

Sebab semalam skip bekfes, hari ni masa lebih terancang. Yeay!! 
Bah, masuk meeting dulu. Sempat jugak taip diari seorang pembuka bekal tegar. Kikiki.

 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Salute dgn geng pembuka bekal & pejuang rezeki semua 🫰🏻
    Comel la sebutan ticanai tu hihi

    ReplyDelete
  2. have a nice day mim! ari ni i ada kelas 3 jam. ni tgh ngadap lappy jugakkk ni

    ReplyDelete
  3. Ticanai cicah susu sedapnya. Moga dipermudah kan semua urusan.

    ReplyDelete
  4. dah lama x buat perangai makan roti canai cicah susu..hehe..kita geng pembuka bekal lunch..pagi sarapan kat kedai

    ReplyDelete
  5. ingat zaman2 saya kerja dulu, kdg memang tak ingat makan kalo sedang hectic sangat :D

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, kalau sy, buka bekal yg dulu, hahaha.

    ReplyDelete
  7. kalau org klate roticanai cicah gula

    ReplyDelete
  8. Semalam terlambt sarapan. Hari ni terawal pulak sarapannya. Kami selalu roti canai cicah gula. Sedap!

    ReplyDelete
  9. Woww.. next level tu roti canai cicah susu. Mesti sedap.. lemak-lemak manis.

    ReplyDelete
  10. linda hari nie masak nasi goreng, buat bekal untuk tengah hari...sebelum masuk pejabat, singgah dulu kafe beli roti planta...

    ReplyDelete
  11. dapnya ticanai ngn susu pekat. kita suka breakfast pepagi, skrg ni ketagih croissant brand UBAR bakar jap dlm air fryer plus kopi peria katak. hahaaa...

    ReplyDelete
  12. waahhhh sedapnyaaa ticanai mkn dgn susu pekat!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form