Kenapa Masih Memilih Untuk Menjadi Blogger?

Zaman media sosial seperti Tiktok ni, kenapa korang masih memilih menjadi blogger ek? Kenapa tak jadi content creator yang semestinya lagi masyuk dan lumayan. Apalah ada dengan blog ni kalau setakat blog yang PV sendu macam blog saya ni. Kalau blog yang tiap hari PV tinggi dan tiap bulan ada income saya faham jugak. Kekadang saya pun pernah terfikir, kalaulah aku ni takde blog, macam mana ek? Macam-macamlah kan? Suka benar nak menyesakkan fikiran.

Tiber? Eh, sebenarnya takdelah tiber sangat pun. Bila suka ambik-ambik gambar, itu yang mula terfikir. Ambik gambar untuk apa, nak share di FB dan IG pun dah tak sekarang. Tapi saya masih ada blog. Masih boleh dijadikan content di blog. Kalaulah tak ada blog, mesti buat penuh storage je.

Sejak semalam asyik godek-godek folder-folder gambar lama. Bila terjumpa gambar blog lama, makinlah trigger persoalan yang memang dah sedia ada dalam kepala ni. Kenapa masih nak jadi blogger? Kenapa? Kenapa?

Rasanya tak ada pulak gen Z sekarang ni berminat nak jadi blogger. Cuma dulu masa Iman sekolah rendah, masa dia darjah 2 ke 3, masa baru berjinak-jinak nak buat karangan BM di sekolah dia pernah berangan nak jadi blogger, macam Ibu. Sekarang ni? Tiktok dia lagi banyak content dari Ibu. Ada je video dia. Ibu ni tak suka pun video-video ni, kalau mengarang ayat tu boleh la. Sebab itulah sampai sekarang pun masih jadi blogger.


Blog saya tahun 2008, bertemakan biru, rasanya url blog kelisabiru.blogspot.com. Zaman ni saya pakai kelisa biru, tukar stereng, tukar rim, al-maklumlah zaman anak dara, duit banyak, itu yang habis ke kereta je. Sampai tukar blog jadi nama kelisabiru, nickname pun Ms Chrome (zaman dah jadi tunangan Encik Suami). Sebab dia guna nickname Chrome, so saya pakai nick Ms Chrome. Zaman dulu-dulu, zaman selepas mIRC orang memang guna nickname. Masa ni jugak zaman forum jadi trending macam forum CARI, virtualfriend.net, itu je yang saya masih ingat.


Pernah juga guna platform wordpress sebelum berpindah terus ke blogspot.


Zaman asyik berukar-tukar blog sebab nak cari platform yang sesuai. Blog mula-mula guna platform blogdrive.com. Zaman blogspot mula trending, saya tak suka blogspot, sebab nak lain dari yang lain, itulah yang guna blogdrive. Mengada sungguh kan? Masa tu tahun 2006, saya guna nick nagacute, sebab ni nickname mIRC saya dulu. Tapi bila dah jadi tunang orang, jadi Ms Chrome (MC) pulak, lepas tu bila dah nak kahwin bertukar lagi, sampailah dah kahwin, beranak terus setia di mimyara.blogspot.com. 

Dan tahun 2020, barulah start aktif blogging balik dan mula serius dengan guna domain kakmim.com. Bila dah guna domain sendiri ni, dah ada investment ertinya, sebab tu lah kena gigih jugak masih tulis blog. Sebab tu lah kot masih jugak memilih untuk menjadi blogger sehingga hari ni.

Duluuuuu saya tulis blog sebab impiannya nak tulis setiap perkembangan dan parenting moment saya di blog, tapi impian pernah terhenti selama beberapa tahun rasanya. Anak ke-2 sampai ke-4 memang jarang sangat la dan kurang sangat contentnya. Nak buat macam mana? Masa yang berlalu tak dapat dikembalikan lagi, so kita mula dari semula lagi. Itu pun ketika usia dah nak menginjak 40-an masa tu.

Alhamdulillah, sekarang dah 44 tahun (2025), dan mula menulis blog dari usia 25 tahun (2006). Ramai jugak celebrity blogger yang saya follow dulu, macam Cik Epal, Hanis Zalikha. Dulu diorang ni blogger sekarang dah jadi celebrity pulak. 

Kalaulah saya tak delete blog-blog saya yang dulu, kan best je baca content merapu zaman muda trang tang tang kan? Penulisan blogging zaman dulu dan sekarang pun dah tak sama. Kalau dulu tak ada gambar pun orang tetap akan baca dan komen, dulu kan kita tulis blog ni macam tulis diari cuma bezanya diari online yang orang lain boleh baca dan respon.

Cuma jauh di sudut hati saya, saya memang berterima kasih jugaklah kepada hamba Allah yang pernah motivate saya dulu untuk tulis blog. Ayat power beliau yang saya ingat sampai sekarang, buat apa main internet setiap hari kalau tak tulis blog, buat blog ada jugak hasilnya. Baiklah, baiklah! 

See, sampai sekarang saya masih tulis blog. Ko hade? Hahahaha.


 

37 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. dulu pernah buat blog tahun 2010 tapi dapat buat dalam 5 tahun lepas tu da kena HACK... lepas tu jadi Youtuber juga dalam masa 5 tahun tapi kena juga HACK... Last2 buat semula Blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, email ke yg kena hack? welcome back yaaa

      Delete
  2. boleh tak kongsikan semula cara nak monetize blogger kita...cuma tgk sekarang macam dia tangguhkan monetize sebab peperangan Ukraine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak monetize blog sy pun x apply sgt, tp selalu baca dr sharing dak nurul ni... nanti jenguk la https://www.belajarbuatblog.com/2025/04/perubahan-algoritma-google-dan-kesan-seo-blog.html#google_vignette

      Delete
  3. Masih banyak yg suka membaca dan menulis di blog sebenarnya. Walau tak seramai dulu.

    Saya masih menulis sebab saya aktif dan rutin traveling kak. Kalo tak saya tulis semua pengalaman traveling dan kuliner saya, nanti lupa. Krn itu semua saya pindah kan ke blog.

    Jadi memang buat diri saya sendiri, suatu saat nak ke tempat yg sama, saya masih ingat cara menuju sana.

    Satu lagi, sebab saya tak suka buat video, makan waktu. Dan saya tak suka bicara depan kamera. Krn itu platform video memang tak sesuai utk saya. Saya hanya suka platform yg mana saya bisa menulis panjang.

    Tak terpikir untuk monetize blog, sebab saya dah dapat income dari pekerjaan lain, dan itu cukup. Jadi buat saya blog memang sekedar rumah tempat menyalurkan passion. Kalo di monetize saya kuatir jadi beban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya utk kaki travel mmg blog sgt sesuai utk sharing sbb blog sampai bila² org akan boleh search berbanding TT & medsos lain... komen fanny ni dh boleh buat 1 posting baru dah.. hehehe

      Delete
  4. smlm baru terfikir... rupanya dah 15 thn sy membebel kat blog ni... entah apa2 laa yg sy bebel tu pun...sy tak tahu hahaha...

    salah satu sy masih aktif dgn blog sbb socmed sy yg lain sendu sesendu sendunya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejam celik pejam celik kn anies? akak lg best pernah 'hilang' beberapa tahun br muncul semula

      Delete
  5. Blog Masih relevan! Dulu buat blog sebab suka join Giveaway..haha..Bila dah menang sekali, ketagih tapi lepastu suka berkongsi sesuatu tentang kehidupan, produk..datang pulak ada rezeki review review..itu pasal Masih meneruskan. Saya harap umur saya 70, 80 pun Masih berblog..hahaa..Baca balik kenangan lama...kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh rupanya, zaman GA trending ni sy x aktif kot... hihihi

      Delete
  6. Cie berblog sejak 2009 lepas tu terlupa email & password. Start semula 2011 guna blogspot lain beberapa kali tukar jugak nama blog. Akhirnya beli domain guna nama sendiri je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila guna domain sendiri br ada rasa komitmen dgn blog kan?

      Delete
  7. Kalau tiada blog ChatGPT tidak dapat info...mereka ambil data dan fakta daripada blog untuk jawab pertanyaan pengguna...kmk belum terfikir mok berhenti berblogging walaupun tiada hasil gilak dalam bentuk wang ringgit..dapat kawan-kawan maya pun jadilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, betul, kmk nang suka kelaie dgn chatgpt, kdg info salah diberiknya esp part mknn local sarawak, sukatinya ngenjen jak kita... ahaha

      Delete
  8. Kmk tok pemalu sik suka show muka dalam video sbb ya sik jadi tiktoker atau instagrammers hihi. Yalah maintain nulis dekat blog jak 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fahammm.. sbb kmk pun gia, ingga kedirik mun nk molah live atau bila shoot video... ahahaha... relate nak dgn org swak?

      Delete
  9. nostalgianya, kita aktif balik sebab medsos lain tu takble nak bebel panjang2. cita2 nak jadi penulis, tapi tu la. menulis kehidupan sendiri. since 2007, mmg ada blog sejak sebelum tu lagi, tapi ahahahahahaa ayat jiwangnya subhanaALLAH. takpandai domain bagai, just blogspot as always ja. lepas gian nak menulis, kunun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp kita mmg dh lama kenal di alam blog kan cha, nasib baik jumpa balik.. hehehe

      Delete
  10. blog dulu tak delete, tapi lupa password...lagi pula masa tu masih guna emel yahoo... itu yang comeback dengan blog baru...kalau masih igt password, memang guna yang lama je...syg kisah2 dulu...tp, tu pun ada gambar yang dah corrupt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Seronok baca kisah lama, anak2 pun suka baca jugak

      Delete
  11. Lama dah Kakmim dalam dunia blogging, ya. Saya pun tak aktif guna media sosial lain. Lebih suka menulis, jadi blog lebih sesuai. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok jumpa komuniti sy sama hobi kan? Dlu ms nur pernah hilang seketika sy mmg tercari2 juga nur, nasib muncul balik dgn nama tot

      Delete
  12. Blog Sy lebih kpd online diary, suka simpan segala catatan di blog. Seronok bila baca semula kenangan anak⁴ masa kecil, perkembangan mereka, peristiwa suka duka... Bila kita dah takde nanti, bolehlah anak cucu baca blog ni kot² la rindu hihi...
    Plus Sy pun suka menulis 🫰🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu la suka lepak blog mak-mak ni, sbb cerita kita hampir sama! 🤭🤭 cerita masak2 dan cerita anak2

      Delete
  13. Akak cuma aktif update blog je, Fb & Ig ada sekadar untuk cari info/tujuan shopping.
    Tiktok pun tak ada. Tak mau banyak-banyak, lebih banyak kita ada medium medsos lebih serabut hidup.

    Menulis blog memberi lebih kepuasan. Tambahan pulak, dapat sahabat blog yang sama minat (suka blogging) dan baik hati semuanya - macam Mim 😊

    Oh ya, akak mula menulis atas dorongan suami. Dia suruh isi masa dengan menulis blog.

    ReplyDelete
  14. Jadi blogger lagi seronok share cerita. Boleh letak gambar dan buat cerita panjang. Dunia blogger pun tak toksik. Hanya blogger je faham blogger. Satu kepuasan juga menulis di blog. Sama macam Kak Ujie, isi masa lapang sambil tambah pendapatan. Medsos lain pun tak aktif sangat. Paling tidak post ig story je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan fiza, selesa di blog.. mcm semua je memahami sesama sendiri

      Delete
  15. Sy suka menulis.. Suka meluahkan perasaan di dlm blog . tahun 2016 sy start menulis blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara gen z yg suka menulis blog rabia ni.. chaiyok2

      Delete
  16. Kakmim memang otai dalam dunia blog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle lg otai, siap dpt award lagi!! 🤭🤭

      Delete
  17. Saya juga kadang berfikiran yang sama...kadang tertanya juga kenapa nak cerita semua dalam blog ..Masa PKP pernah saya hampir nak delete blog masa baru ambil alih dari Cella.Sebabnya saya tulis pasal covid ada yang sensitif komen.Cepat2 saya delete posting tu..
    Tapi baru ni Adah tanya saya pernah tak buat qurban untuk dia...Bila belek balik catatan lama. cella...rupanya ada catatan yg boleh dijadikan rujukan..
    Nasib baik tak delete🤭

    ReplyDelete
  18. Pada akak blog lebih relevan buat diri sendiri... sejenis nak menulis buat kenangan.
    Pernah juga melalui zaman malas nak update.
    FB atau IG pulak terlalu open hehe... malu.

    ReplyDelete
  19. my blog is my online diary/life journal..senang nak check2 apa2 info psl diri sendiri..cthnya tarikh beli fridge la balik kg lah etc etc

    ReplyDelete
  20. Ammi pun masih memilih utk berblog berbanding medsos yg lain. Been blogging since 2006 tp sayang blog lama di’remove’ terus tanpa notis oleh blogger atas alasan ada konten yg tak ikut guideline. Hmmm. Puas merayu akhirnya 2021 kita buat jelah blog baru dan ammi buat terus domain sbb takut perkara lama berulang lagi.

    ReplyDelete
  21. Saya juga memilih blog berbanding social media yg lain spt fb dan ig.. dalam blog lebih banyak boleh tulis. kalau dalam fb segan nk tulis pjg2 sebab ramai yg kenal kita kat situ. kat blog ni comment2 dia semua baik-baik dan sangat positif, baik utk jaga emosi. Dah lama tak tulis dlm blog, baru ni je rasa nak menulis kembali.

    ReplyDelete
  22. Saya ada tiktok tapi baru ada satu content hahahha... segan pun ada nak tunjuk muka

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form