Hari Rabu selalunya ada ko-kurikulum tapi memandangkan besok dah start ujian pertengahan tahun, aktiviti ko-ku pun ditangguhkan untuk memberi peluang pelajar ulangkaji. So hari ni kenalah ambik si abang dan kakak balik sekolah. Hari Rabu sama je waktu diorang balik, so dapatlah ambik sekali harung. Lepas tu ada lagi 'masa kecederaan', boleh la lunch terus sebelum hantar balik ke rumah.
Pilihan menu yang ada dalam kepala ni nasi ayam je sebab nak cepat. Kami pun ke kedai area rumah mak. Lepas makan boleh hantar diorang balik rumah nenek. Iman cakap dia ada bawak buku untuk ulangkaji. Tak payahlah nak hantar ke rumah sendiri.
Nak order nasi ayam steam, dah habis, sup kolagen pun habis. Makanya 3-3 lah menu ayam roasted. Kalau tak, saya dan abang memang akan pilih ayam steam.
Sayangnya sup kolagen tu dah habis. Ada ke yang geli nak makan kaki ayam? Hee, favourite saya tu.
Yang ni favourite ibu dan abang tapi dah habis. Gambar ni pula diambik masa makan dengan ayah bulan lepas.
So far pagi memang takde masalah untuk hantar anak-anak ke sekolah sebab lepas tu kami laki bini boleh terus masuk ofis. Yang mencabarnya waktu balik la sebab trafik waktu tengah hari ni tak boleh dijangka. Sebab tu saya suka hari Rabu sebab hari Rabu wajib stay back sebab ada ko-kurukulum. So balik kerja baru ambik diorang balik. Hari-hari lain kalau takde kelas atau meeting saya keluar tengah hari ambik diorang ke sekolah. Kalau memang jadual ada kelas terpaksa mintak tolong atok diorang ambikkan. Kekadang Iman stay je study kat sekolah, nanti balik kerja baru ambik dia sekali. Ayah pulak memang terpaksa keluar tengah hari hantarkan nasik untuk Awan Alan yang ada KAFA. Sebab tu Ayah walaupun sampai ofis awal tetap jugak balik lambat sebab masuk lambat lepas rehat temgah hari. Begitulah selagi anak-anak masih bersekolah. Awan Alan kontrak Ayah. Abang kakak kontrak Ibu. Nanti dah masuk U dah takde dah rutin macam ni lagi. Momen macam ni lah yang paling akan dikenang dan dirindui. Percayalah.
Setuju sangat dengan status page di FB ni. Boleh je kalau nak hantar diorang ni masuk asrama bila masing-masing dah ke sekolah menengah tapi kami laki bini masih lagi tak boleh nak 'melepaskan'. Takpelah susah-susah sekarang ni. Time ni lah masa untuk mencipta memori dan kenangan. Bonding time ayah-ibu-anak gitu. Macam si kakak, tak lama lagi lepas SPM tahun depan memang kena juga berdikari sendiri bila belajar di tempat orang. Insya Allah. Rasa macam sekejapnya anak-anak ni duduk dengan kita. Hmm..
Tapi kan setiap orang kasutnya lain-lain. Cabaran dan ujian kehidupan pun lain-lain. Kalau kita rasa kita susah, ada lagi orang lain yang lagi sukar situasinya. Oleh itu, bersyukurlah seadanya dengan apa yang kita ada dan hadap sekarang.
Sedapnya!
ReplyDeleteSy kecik² dulu tak makan kaki ayam. Dah besar2 ni baru reti makan hihi
fav nasi ayam..ada sup kaki ayam lg ummmmppp
ReplyDeletemenu terpaling suka dlm kehidupan. apatah lagi jika dimakan di kedai. ahahaha!
ReplyDeleteyes, saya kontrak driver daktiga sepanjang persekolahan, sekian terima kasih. kitanya PJJ. fuh!
always count our blessings! hantar amik anak2 ni nikmat yg kita overlook...bila anak2 dh besar, akan jd moments to cherish
ReplyDeletesedapnyaaaa nasi ayammmm! betul dpt hantar ambil anak pegi skolah pun 1 nikmat..
ReplyDeletelinda suka ayam roasted...tetapi tak suka sangat makan nasi ayam...
ReplyDeleteada satu tempat yang paling suka nasi ayam nya, tapi tak igt pula dekat mana
Sup kolagen kaki ayam tuh memang sedaap lah 😄😄. Apalagi bagus utk kesehatan kulit.
ReplyDeleteBisa habis banyak kalo ada menu sup kakj ayam ini 🤤
Kecur air liur tengok ayam dia tu..suka yang steam chicken sebab juicy
ReplyDeletebetul tu...once diorang dah tak sekolah lg or diorang dah duduk jauh (asrama) kita pasti akan rindu moment2 tu...
ReplyDeleteKecewa sungguhla kan kalau apa yang kita nak makan tu tak ada. Saya geng tak makan kaki ayam KakMim. Masa dorang nak membesar ni lah masa untuk spend masa bersama. dah besar esok rindu sebab ada yang dah duduk asrama masuk U dan kerja. Semoga Allah membalas semua pengorbanan ibu bapa dengan segala kebaikan. Aamiin...
ReplyDeleteSuka juga, nasi ayam. Kaki ayam pun makan.
ReplyDeleteAkak dulu sampai anak sekolah menengah habis SPM, berhantar dan ber-ambil. Yang bongsu ni je lain sikit, sebab dia nak belajar bawa motor, lepas 16 tahun dah ada lesen, lega sebab dah boleh pergi sekolah sendiri.
woww... sup kolagen namanya.. curlass...
ReplyDeleteMasa anak-anak sekolah, masa hantar kami hantar sendiri pagi. Tengahari ada van ambil hantar ke transit kemudian hantar ke sekolah agama pula. Petang kalau sempat pick-up tapi biasanya van sekolah juga ambil mereka hantar ke rumah. Akk tinggal singgah ke transit ambil beg dan baju sekolah pagi.