Menara Taming Sari

Mood nak update blog ada so kita godek-godek Google Photo mana lagi yang tak update di blog. Cerita bulan 2 hari tu masa jalan-jalan di Melaka pun tak habis lagi, baik simpan sini dulu untuk kenangan #theIMANS nanti. Ada je budak yang suka tanya, Ibu dah update blog kah? Ada sik cerita baru di blog Ibu? Ahahaha. Agak-agaknya sapa, boleh agak tak korang?

Dan kalau ke Melaka tak sah kalau tak naik Menara Taming Sari. Walaupun ini bukan kali pertama #theIMANs ke Melaka, tapi mereka tak pernah lagi naik Menara Taming Sari ni. So inilah pengalaman pertama mereka berada di ketinggian 110 meter untuk melihat pemandangan keindahan dan pembangunan bandar Melaka dari Menara Taming Sari. Saya pulak kali kedua naik, first time masa dengan kawan-kawan masa bawak pelajar berkampung bersukan di Melaka tahun awal tahun 2000 dulu. Fuh lama dah. Ada kalanya ke Melaka sebab kerja pun tak sempat nak jalan-jalan macam pelancong. 

Tak banyak bergambar masa di atas menara sebab ralit tengok pemandangan 360° dari atas. Nasib baik ada gambar pakej ni. Ala... semua tempat ada servis ni.


Saya tak beli awal tiket nak naik ke menara ni sebab nak ambik rate warga emas untuk emak dan bapak. Kalau beli awal online, semua rate manusia dia pukul rata. Lagipun masa kami sampai di situ awal lagi so orang pun belum ramai, beli tiket, bergambar dan terus je naik. Oh ya, hotel kami duduk pun depan tu je haa. Cross je terus sampai Dataran Pahlawan.


Sebelum naik ke menara, Encik Suami ada sewa binokular tempat servis ambik gambar tu. Sebab dah agak lama dah, lupa dah rate sewa binokular untuk bawak naik ke atas untuk tengok view dari atas.


Nasib ada jugak gambar selfie anak-beranak, kalau tak ralit je semua nak tengok view guna binokular.


Budak paling excited naik Menara Taming Sari. Dia siap baca semua sejarah dan fakta di situ. Orang lain tak ada pun sibuk nak beli keychain bagai, dia jugak request nak beli keychain Menara Taming Sari.

Isnin depan ni cuti umum, long weekend lah kan? Rasa nak road trip jalan-jalan cari makan ke Sri Aman ke Sibu ke, tapi Abang dan Kakak tengah ujian pertengahan tahun. Besok start sampai minggu depan. Nampaknya kena duduk diam-diam la kat rumah. Huhu. Korang pulak ada plan nak ke mana ke long weekend ni?



 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kmk org pun belum pernah lagi nait Menara Taming Sari tok. Suk la sidak biak dapat enjoy view dari atas ya 😄

    ReplyDelete
  2. Kita gayat, hahaaa. tak syok bawa org gayat naik atas, kejang kat atas tu.
    Suka tgk family photo tu, masuk color pallete. matching each other.

    ReplyDelete
  3. kami dh lamaaa tak gi jln2 melaka...nak kena plan laaa cuti2 msia ;)

    ReplyDelete
  4. Ana pun pernah naik menara ni & besttttt tapi gayat sikit ehehe

    ReplyDelete
  5. Baguslah anak soleh tu cari info segala 👍🏻
    Tak dapat kemana juga, ada urusan keluarga dan sekolah anak². Gitulah skrg ni mmg terikat dgn aktiviti anak⁴ bersilih ganti :)

    ReplyDelete
  6. Kak SA x pernah naik menara taming sari ni...pergi melaka selalu..sebab x naik sebab malas nak beratur panjang, situ kan ramai orang selalu

    ReplyDelete
  7. linda 2x naik menara nie...sepanjang dok melaka.
    hujung minggu incikSuami ajak balik taiping

    ReplyDelete
  8. Saya tak sah berarti datang ke Melaka waktu itu, sebab tak ke menara ini 😂. 3 malam saya dan teman2 hanya di jonker saja, memang nak release tension. Itulah kenapa hanya eksplor jonker, kuliner, balik hotel, ituuu saja 😄.

    Memang hrs balik lagi ke Melaka.

    Long weekend Waisak ini saya nak road trip ke kampung suami, di Solo 😄 . Krn libur umum sampai tgl 13 may, jadi kami puaskan dulu, balik tgl 13. 14 dah masuk kerja.

    Tapi tuhlah kak, kuatir jalanan akan jammed parah 🤣🤣. Semoga tak lah..

    ReplyDelete
  9. Walaupun selalu ke Melaka tapi belum pernah lagi naik Menara Taming Sari ni. Kena naik jugak ni nanti. baguslah dia rajin membaca, dapat tambah ilmu pengetahuan. Cuti hujung minggu panjang ni mesti sesak sikit.

    ReplyDelete
  10. Mujur ada gambar pakej, lengkaplah gambar dengan ahli keluarga.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form