Jarang dengar orang suka makan sayur peria kan? Saya pun masa peknen je paksa diri makan peria. Entah la tak tau kenapa. Bila dah tak peknen, makan bila rasa teringin je.
Tapi kan, kalau peria crunchy ni memang tak kisah la peknen ke, beranak ke, mengandung lemak ke, boleh je ratah. Memang enak dimakan begitu saja. Boleh habis sebalang non stop. Lagipun tak berminyak, memang boleh dikatakan 'jajan sihat' kan?
Teringat masa berpantang di hospital dulu, peria ni lah peneman setia untuk kudap-kudapan. Baby 'kuning' mak pun kena sama duduk wad tapi tak ada buat apa-apa. Nak makan macam-macam pun tak patut jugaklah, nasib baik ada kudapan macam peria ni.
Ahad tu jiran hantar kat rumah, ai.. saya beli dari jiran je. Nak buatnya macam takde masa pulak. (Alasan si pemalas) Isnin bawak ofis untuk kunyap-kunyap depan pc. Hari ni memang dah selamat la, dah selamat buang dah balang plastik tu. Hihi.
Er, ada yang tak makan peria ke? Komen tau.
Tags
Food Review
tak penah makan lagi peria crunchie kita seram akan rasanya, takut pahit. ahahahahaaa!
ReplyDeletetapi kopi peria ustaz kazim tu minum pula, mungkin satu hari nanti, akan ku try.
boleh diet tak makan peria ni?
X pahit pun cha.. ada caranya nakmkurangkan pahit tu.. siap ada flavor lg kalau kt sini, bbq, sallted egg, seaweed
DeleteCie suka peria. Buat kerabu atau goreng taucu. Crunchy je belum pernah makan lagi.
ReplyDeleteWah x pernah jumpa peria goreng taucu, kalau saya selalu tumis telor je
DeleteKakmim - I suka peria, tumis goreng dgn telur & lada hitam, mkn dgn nasi panas2 sedap.
ReplyDeletePeria crunchy tu lagi lah suka.
Peminat tegar ni 👍🏻
Deletesaya tak reti la mkn peria ni
ReplyDeletesedap ni...saya suka makan dengan nasi...
ReplyDeleteAll time fav ni...sedap...
ReplyDeleteNyaman peria goreng tok. Kmk pun suka juak 😃
ReplyDeletewahhhh ini sedapppp ni! tambah2 kalau yg ada flavor salted egg, seaweed fuhhh~
ReplyDeleteIni sayur fav saya. Mungkin Krn dilatih makan lalapan (ulam) sejak teenager, memang jadi suka lah. Pare ini kalo masih muda tak pahit. Jadi sering dimakan mentah pakai sambal belacan. Sedaap sangat.
ReplyDeleteTp kalo dah besar, biasanya saya tumis. Cuma saya tak terganggu dengan pahitnya, bagi saya malah sedap kalo pahit 😄.
Nah digoreng begini saya blm pernah coba. Waktu itu sempat lihat ada yg jual, cuma blm beli lah.
Saya suka makan peria. Tak kisahlah buat ulam direbus dulu ke, masak lemak ke, tumis ke, semua suka kecuali makan mentah. Peria crispy ni sedap, macam makan kerepek je. Tapi nak buat sendiri tu renyah betul rasa. Lagi senang beli. Hihi...
ReplyDeleteuishh sedap ni. Kerap gak beli yang dah siap sebab anak-anak suka makan macam jajan.
ReplyDeleteKadang goreng sendiri untuk makan dengan nasi.