Masak Semalam Untuk Bekal Hari Ini

Ya, iya, saya cuba. Tengah tarik pelampung balik ni, agar tak jauh tenggelamnya. Yang tau je tau, semoga fahamlah perumpamaan tenggelam, timbul dan pelampung ni. Hihi.

Saya perasan jugak sejak lepas puasa & raya kurang dah kan entri pasal masak-masak. Sebabnya musim raya memang jarang jugak la masak, kecuali masak banyak untuk tetamu beraya. Bila masak banyak ni jarang dapat ambik gambar, sebab dah sibuk masak, sibuk serve lepas tu sibuk lagi siapkan diri pastu tetamu pun datang. Makanya memang tak adalah gambar.

Ini bekalan saya untuk hari ni. Tapi, bekfesnya makan karipap sardin tu je. Nasi tak larat dah nak terus makan sebelah pagi. Plan B, makan masa lunch la. Lepas ni makan dulu sebelum ambik Abang balik sekolah.

Dinner malam tadi, daging masak hitam Sarawak style, kobis tumis telur dan buah epal. Teringin pulak nak makan daging masak hitam ala-ala kenduri ni. Nasib masih ada kerisik lepas masak rendang masa hari raya tu. Masak malam tadi, bila pagi ni masa sarapan, Alan komen, "makin nyaman dagin tok Bu". Iya, dah bermalam makin 'mesra' la kan, memang makin sedap. Angkat bakul sungguh la. Hihi. Hari ni semua #theIMANs bekal nasi putih & daging masak hitam, add on telur cincang (scrambled egg + sos). Alhamdulillah, masak sendiri memang puas hati.

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Akak hari- hari pening x tau nak masak apa untuk bekal pi opis..hari ni x bawak bekal..makan roti je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? X bekal x mkn pulak, nk tapau pn xtau jugak nk mkn apa

      Delete
  2. tengok pun dah tau "nyaman".... memang mcm lauk kenduri lah kak mim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala teringin, lama x kenduri kan

      Delete
  3. Daging masak hitam Sarawak, belum pernah makan. Sedapnya tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marinade dgn gulapong kak, pastu ada kerisik dan kismis hitam jugak

      Delete
  4. buka pintu kakmim, saya datang bawa pinggan ni. nak makan plus tapau daging masak hitam tu.
    dari selangor dah berbau wanginya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul mcm tu bestnya.. kena panggil doraemon ni.. hehe

      Delete
  5. waduhhhh sedapnyaaa daging masak hitam! terus teringat daging msk hitam lauk kenduri nyummmm~ tu lah bila tak bawa bekal, nti nak mkn apa hehe

    ReplyDelete
  6. Saya belum pernah merasa daging masak hitam. Tp lihat bentuknya, yakin akan suka ❤️

    ReplyDelete
  7. Masak malam pagi takde lah kelam kabut berpeluh-peluh lagi.
    Masakan pun dah mesra.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form