Anak Lelakiku vs Anak Perempuanku

Si Abang

Abang: (Ketuk pintu, masuk dalam kereta). Assalamualaikum bu.
Ibu: Waalaikumussalam. Ok bang? Camne paper ari tok tek?
Abang: Ok bu. Geo senang, semua orang tido.
Ibu: Aie, mun senang kenak orang tido?
Abang: Mestilah sebab semua dah abis awal jawab, tido jak lah.
Ibu: Lapar sik? Ibu ada tapau mun kitak nak makan terus
Abang: Sik apalah kamek sik lapar gilak, kelak tunggu makan di rumah jak.

Tapau 3 beranak sebab tak sempat masak nasik awal pagi dan tak ada lauk nak makan sebab malam sebelumnya tak masak.


Ibu dah makan dulu sebelum Abang balik. Masa itu begitulah berharga.

Si Kakak

Kakak: (Ketuk pintu kereta). Assalamualaikum. Aih duhal miak tok tek dah balit?
Ibu: Aoklah, nya kan balit kol 1.
Kakak: Ibu, Ibu tauk sik paper Bio tadik bla bla bla bla bla.... BM kamek bla bla bla bla bla bla ...... (non stop kau)



Ibu, Kakak & Abang versi anime


Itulah beza si Abang dan si Kakak, si Kakak balik sekolah pok pek pok pek jer kerjanya. Semuanya dia akan update.

While si Abang memang sejenis kena tanya dulu, dah tanya baru dia mula cerita. Benda yang sangat dia excited je baru dia akan teruja bercerita tanpa ditanya.

Begitulah beza ya anak lelaki dan perempuan. Yang perempuan memang kena tadah telinga dengar cerita crush dia hari-hari balik sekolah. Ibu layan je lah.

Anak-anak meningkat remaja ni macam-macam peelnya. Saya cakap kat Encik Suami, since Iman suka nak update dekat kita macam-macam, takde rahsia, crush dia semua dia cerita, hadap je lah tadah telinga dengar daripada dia meluah kat orang lain. Kita jugak yang susah kalau dia dah mula berahsia dengan kita. Patutlah pepatah mengatakan nak jaga anak perempuan seorang ibarat menjaga lembu 100 ekor. Eh, betul ke pepatah ni?

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. orang perempuan kannnn quota bercakap dia mcm tak de limit. tp kalau senyap tu maknanya dah abis limit kot hahaha...

    ReplyDelete
  2. Sekarang tengah hadap anK lelaki meningkat remaja.. Anak perempuan baru darjah 3...
    Tp masalah ibu yang terbesar, bila sorang bercakap, semua nak cakap.. Lepas tu, masing2 bergaduh sebab tak nak mengalah... Semua pun nak cakap

    ReplyDelete
  3. pempuan dia berhenti bercakap bila lapa. eloklah dorg bercerita. itu yg best didengar setiap kali balik sekolah. daktiga memang semua kepoci. ahahaha!

    ReplyDelete
  4. Masing masing ada karakter sendiri. Selagi dorang nak sembang share semua kita jadi pendengar yang baik. Macam best pula dengar perbualan dalam loghat Sarawak walaupun ada yang tak faham. Hihi...

    ReplyDelete
  5. Kenapa garang betul Abang versi anime tu? 😱

    ReplyDelete
  6. Rindu plak nak dgr bahasa sarawak. Tempat kerja sy dulu ramai org iban. Suka betul sy dgnr dyorng berckp wlaupun xberapa faham.

    ReplyDelete
  7. Sama anak2 soleh solehah ni. Yang solehah memang lebih panjang cerita nya.

    ReplyDelete
  8. Kata salah sorang pakar motivasi...
    Mulut lelaki dihati...hati perempuan dimulut...🤭

    ReplyDelete
  9. Baguslah, dia bercerita semua benda. Betul, dari dia cerita dengan orang lain, baik dia cerita dengan kita. Boleh juga kita bagi pendapat kalau tak betul.

    ReplyDelete
  10. Memang betul tu.. kalau yang lelaki kadang kena ditanya baru nak bercerita.

    ReplyDelete
  11. mine all 3 boys so tak dpt lah nak beza bab2 gender tp even 3 boys pun perangai lain2 jugakkkk

    ReplyDelete
  12. Mcm sy nampak pendiam, tetapi tak suka juga sunyi haha... kalau kat rumah pun banyak ckp... skrg dgn suami ja banyak ckp haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form