9 Mei 2025 perginya nenda kami yang dikasihi di usia 86 tahun. Mohon semua yang baca entri ini sedekahkan al-fatihah untuk allahyarhamah nenda kami ya.
Nenek kami yang kami panggil Nek Wan telah ada tanda-tanda nak 'pergi' sejak hari Isnin lagi. Dia dah tak nak makan dan asyik 'membuang' dengan banyak. Dia juga meracau-racau panggil mak dan bapaknya yang telah lama pergi. Malam tu jugak dia nak tidur di katilnya yang sama ketika arwah atok kami hidup dulu. Mesti dia sangat rindukan rwah suaminya yang pergi meninggalkan kami pada Oktober 2024 yang lalu.
Anak bongsu Nek Wan, yakni Usu saya yang menetap di Tawau pada mulanya plan nak balik hujung minggu. Memandangkan kesihatan Nek Wan yang semakin merosot, dia cuba balik pada hari Khamis. Tapi malangnya boleh pulak flight KK-Kuching penuh pada hari Khamis tu. Dia hanya berjaya dapat flight pada sebelah pagi hari Jumaat.
Hari Jumaat, 9 Mei Usu pun sampai di Kuching. Sampai rumah terus bersihkan Nek Wan walaupun pada sebelah malamnya kami dah bersihkan juga Nek Wan. Adik saya yang mengajar di Kapit pun balik hari tu jugak. Awal pagi dah ambik bot ekspress ke Kapit dan dari Kapit ambik van direct ke airport Sibu. Sampai di Kuching selepas solat Jumaat. Alhamdulillah semua anak cucu dah di Kuching kecuali adik saya seorang lagi (Mak Aydin) yang travelling di China atas urusan kerja.
Selepas asar, adik no 3 mesej dalam WA grup bagitau supaya cepat ke rumah nenek. Time tu saya tengah ambik Awan Alan yang ada latihan STEM di sekolah. Sibuk corner sana corner sini masuk parking di sekolah, saya tak tengok henfon. Baru nak gerak balik tengok ada misscalled. Saya cuba call adik sekali lagi, tak jawab. Pastu bukak dalam WA grup famili, dia cakap Nek wan dah tak ada. Allahu akbar! Serta-merta air mata berlinangan sambil drive. Saya, Awan dan Alan direct ke rumah nenek. Abang dan Kakak masih di rumah. Saya call Encik Suami bagitau Nek Wan dah tak ada. Speechless pulak Encik Suami sekejap. Kami semua memang dah dapat rasa Nek Wan akan pergi tapi tak adalah secepat dan semudah ini.
Apabila Berlaku Kematian Di Rumah
Perkara pertama yang perlu dibuat bila berlaku kematian di rumah ialah kena call 999 untuk memaklumkan kepada pihak hospital ada kes kematian di rumah dan mohon ambulan datang untuk membuat pengesahan kematian. Dalam jam 5 macam tu ambulan pun datang. Staf KKM mengesahkan kematian Nek Wan pada jam 4.15 petang.
Selepas KKM dah mengesahkan kematian tersebut dan ada surat pengesahan barulah bawa surat pengesahan tersebut ke balai polis berdekatan. Selesai buat laporan di balai polis, ada laporan barulah bawa ke ofis tanah perkuburan pulak untuk booking lot di perkuburan. Alhamdulillah semuanya dipermudah sebelum maghrib. Kalau nak dikebumi sebelah malam tu mungkin sempat cuma tengah malam la kot. Tapi suami Usu tak dapat nak fly ke Kuching sebab masih ada urusan kerja di KK. So Usu mintak dikebumi sebelah paginya (hari Sabtu) sebab flight Usu ke Kuching pad awal pagi Sabtu. So dari airport Usu terus saja ke tanah perkuburan.
Untuk pelaporan di tanah perkuburan, dokumen yang perlu dibawa ialah kad pengenalan si mati dan juga laporan pengesahan kematian daripada polis. Kemudian setel bayaran untuk pengurusan tanah perkuburan.
Kos pengurusan tanah perkuburan di Tanah Perkuburan Islam Samariang RM280.
Next step pulak urusan mandi jenazah. Setelah perbincangan bersama ahli keluarga, kami bersetuju untuk menguruskan jenazah di masjid. Syukur juga ada ayah saudara yang jadi orang kuat masjid. So dapat booking van jenazah dan booking team pengurusan mandi jenazah perempuan. Urusan mandi jenazah dibuat selepas solat Isyak dan jenazah akan diambil dari rumah dan dibawa ke masjid selepas solat Maghrib. Antara waktu tersebut anggota-anggota bahagian jenazah/sendi-sendi tulang Nek Wan diurut dengan baby oil untuk mengelakkan sendi-sendi keras semasa memandikan jenazah.
Jenazah dibawa ke masjid sebelum solat Isyak. Usai saja solat Isyak, team pengurusan jenazah pun sampai dan kami bersedia untuk urusan memandikan jenazah Nekwan. Alhamdulillah saya berpeluang menyantuni jenazah Nek Wan buat kali terakhir. Pengalaman kedua saya membantu memandikan jenazah.
Selesai urusan memandikan jenazah, jenazah dibawa ke ruang solat masjid sebelum dibawa balik semula ke rumah.
Alhamdulillah, solat jenazah diimamkan oleh cucu Nek Wan, kazen saya.
Pagi Sabtu, 10 Mei 2025, cuaca baik, panas dan terang, 9 pagi macam tu jenazah Nekwan pun dibawa ke tanah perkuburan.
Alhamdulillah, Encik Suami dan ayah Aydin turun di liang lahad bersama kazen saya.
Talkin dan doa dibaca sendiri oleh adik ipar Nekwan, iaitu adik bongsu arwah Nek Aki. Alhamdulillah syukur semuanya dipermudah pada hari tersebut.
Tenanglah di sana Nek. Kami pasti menyusul jua. Mohon semua yang membaca entri ini menyedekahkan surah Al-fatihah buat arwah Nekwan dan juga semua ahli keluarga kita yang telah pergi.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Tags
Family
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeleteSalam takziah KM.
Semoga roh Nekwan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Itulah.. rasa macam tak lama KM ada cerita tentang kematian arwah atok tahun lepas.
Terima kasih kak... ya, nek aki meninggal bln 10 thn lepas, 7 bulan lps tu nek wan pulak menyusul
DeleteTakziah buat kakMim dan seluruh ahli keluarga.
ReplyDeleteKita baca dgn genangan air mata, sayu sangat. AlFatihah (dibaca).
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman dan beramal soleh.
Terima kasih cha.. aaminn allahumma aaminn
DeleteSalam takziah buat Mira sekeluarga.
ReplyDeleteSemoga arwah tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Terima kasih perkongsiannya ya Mira.
Terima kasih atas doanya kak Amie
DeleteTakziah buat Mim dan keluarga.
ReplyDeleteSemoga Allah mengampuni dan merahmati roh Nekwan.
Kebetulan kami pun baru je kehilangan abang ipar. Kakak pun agak buntu nak buat apa sebab tak ada pengalaman. Kakak seorang lagi yang guide apa perlu dibuat.
Terima kasih kak, salam takziah jugak ye
Deletemoga arwah nenek Mim ditempatkan di taman2 syurga..aamiin
ReplyDeleteTerima kasih MZ.. aaminn allahumma aaminn
DeleteInnalillahi wa inna ilaihi rooji'un. Moga rohnya nenda dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
ReplyDeleteTerima kasih kak
Deletesalam takziah...alfatihah utk arwah nenek
ReplyDeletesalam takziah...semoga arwah nekwan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...aamin
ReplyDeletesalam takziah... al fatihah buat arwah. moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamiin
ReplyDelete