Tragedi Anak Gajah dan Anggota FRU

"Jangan gaduh-gaduh, kami pergi dulu"

Sedihnya tragedi 2 hari berturut-turut ni. Kes ibu dan anak gajah, lepas tu kes anggoda FRU terkorban nahas jalan raya.

Mula-mula masa video anggota bergelimpangan di jalan raya lalu di timeline FB saya ignore je, dalam hati ni mesti kes di Thailand, tak pun negara luar lain. Lepas tu scroll lagi, eh kenapa ada gambar anggota FRU beruniform dengan background Menara Condong Teluk Intan? Saya stop sekejap dan baca. Allahu! Rupanya kes berlaku di negara kita sendiri. Di Perak lagi, kes anak gajah dilanggar pun di Perak! Allahu akbar!

Sedihnya bila tengok video terakhir yang sempat dikongsikan oleh anggota yang terkorban di Whatsapp Story. Walaupun video tu mereka tidaklah bersedih, mereka sedang bersembang gembira, mungkin sebab operasi telah selesai dan tiba masa untuk kembali berehat di pangkuan keluarga. Tapi malan tidak berbau, trak yang membawa mereka bertembung dengan lori yang membawa muatan batu. Trak terbalik! Itu yang saya nampak di gambar yang dikongsikan di FB. 9 terkorban, 9 lagi cedera. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada wira-wira negara yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Al-Fatihah.

Apalah agaknya perasaan ahli keluarga yang ditinggalkan? Huhu. 

Tarikh 13 Mei hari ini menjadi detik hitam buat negara setelah sembilan wira Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam tragedi menyayat hati apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Perak. 

Berikut infografik lokasi kemalangan tersebut. 


Semoga pemergiaan wira-wira negara kita akan mendapat pengadilan daripada pihak yang berkenaan. Jom kita sama-sama doakan mereka agar ditempatkan di sisi golongan yang beriman. 


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ


Buat yang bukan beragama Islam, tenanglah tuan di sana.



 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Tragedi bagi kesan pada kakak ipar sulung ammi sbb beliau pernah kehilangan suami dalam kemalangan FRU di Karak tahun 1990 dulu. Masa tu kakak baru je 2 bulan mengandungkan satu2nya anak bersama arwah suami dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kalau kakak ipar sulung ertinya yg meninggal tu abg kpd ammi ke? atau abg ammi suami dia yg skrg? apapun mmg tragedi berdarah, 35 tahun berulang kembali,al-fatihah buat semua wira negara yg terkorban

      Delete
  2. sayu sangat, kita baca komen2 viral, nangis! tak sanggup tgk video or gambar. ALFATIHAH!

    ReplyDelete
  3. Sedih dengan kedua2 insiden.

    ReplyDelete
  4. Innalillah wainna ilaihi rajiun kepada anggota yg terkorban. semoga ditempatkan dikalangan mereka yg beriman

    ReplyDelete
  5. betul tu..sedih sgt .. MA pun ternangis sama of coz.. mula2 pasal anak gajah tu. semalam & hari ni.. tragedi FRU ni pula.. Allahu...

    ReplyDelete
  6. Berat sangat beritanya 😭😭. Saya pas baca awal2, blm lagi lupa cerita anak gajah, tambah ini pula. Dan macam ikut sakiiit hati saat baca driver yg menabrak punya beberapa case sebelumnya 😔.

    Tak terbayang saya sedihnya kluarga yg ditinggal. Sedang menunggu spouse, ayah, mereka datang, berita duka pula yg sampai.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form