Wow Spageti Yang Viral

Trending dan viral ya sekarang di sini. Semestinya Wow Spageti! Mulanya saya agak skeptikal, sedap ke spageti segera macam ni? Oleh sebab perasaan ingin tahu yang menebal, saya order jugaklah dari personal shopper (PS) yang saya kenal sejak zaman PKP. Saya agak dia ambik stok ni dari Indon, kalau tak Pontianak, Serikin. Rasanya Serikin la, sebab yang paling dekat. Rindu nak ke Serikin. Boleh shopping makanan macam-macam.

Spagetti viral
Ada 3 flavor macam biasa, bolognese, carbonara dan aglio olio. Orang kata paling sedap carbonara. Orang kata lah, itu lah yang nak try sendiri. So saya beli tang carbonara dan bolognese je dari PS.try 4 bungkus dulu.

Spagetti murah
Eh, tetiba jadi banyak. Adik saya, si mak Aydin balik dari Jakarta-Bandung, bagi buah tangan. Bertambahlah stok, daripada 4 bungkus jadi berbungkus-bungkus.

Spagetti instant
Kita try yang terpaling sedap bak kata netizen di FB saya, Wow Spageti Carbonara, dan ternyata emang sedap!! Walaupun spagetinya macam angel hair, tapi sedap la. Cara buatnya pun sonang, macam kita buat Mee Sedaap jer. Harga saya beli dari PS untuk 4 bungkus, RM12. RM3 sebungkus. Di grup jual-beli FB saya usha seller jual RM2 sebungkus. Farley Hypermarket pum ada jual dah, lagi murah, RM1.90 sebungkus. 

Jangan tak cuba makanan viral, hihi.

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. aaaa nak pergi beli. thank you review kakMim. teringin betul yg carbonara tu, nak buat sendiri tak pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius carbonara mmg sedap, boleh pegi bili dan try rasa nnt cha

      Delete
  2. Cie la selalu ketinggalan taktau apa viral 😅. Kalau sedap berbaloi beli harganya murah je.

    ReplyDelete
  3. oo..ada mcm ni sekarang ni.. x pernah tau pun

    ReplyDelete
  4. kmk pun ada juak merasa...nang boleh tahan juak rasanya sedap...kedak spagetti di kedei jauk

    ReplyDelete
  5. waahhhhh kak mim taknak buat jual ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt postage mahal dpd barang pulak 😂

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form