Semalam kami ada sesi kunjung hormat bersama YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Terminal VVIP Airport Kuching. Sekejap je perjumpaannya, 30 minit je sebelum beliau fly semula ke Putrajaya. Itulah pengalaman pertama saya masuk di Terminal VVIP airport. Bangunan lain rupanya, jalan masuk pun tak sama tapi masih lagi bersambung dengan terminal utama. Kalau tak kerana perjumpaan ni, saya dah cuti semalam.
YB Nancy ni friendly orangnya. Suka tengok wajah dia dari dekat. Semua saya perhati dari bawah ke atas, baju dia pun cantik. Memang ada tokoh seorang pemimpin. Nak nampak profesional, memang haruslah berbaju kurung plain. Memang terserlah gitu. Ok, lepas ni kena kumpul koleksi baju kurung plain pulak.
Sebelah petangnya tengok di page YB dah ada update. Mesti admin page update semasa dalam flight nak ke KL. Hihihi.
Tapi kan, yang menjadi persoalan tiber. Kenapa ada gambar saya seorang diupload? Yang lain-lain semua group photo. Gambar big boss saya pun tak ada yang dicapture single. Why me, why? Nanti orang ingat saya pulak YB. Ahahaha.
Bapak suka cakap YB Fadlina Sidek ala-ala kembar saya. Ahahaha. Tengok tu, tengok tu, style tudung dia macam sama, kata bapak pada mak. Saya mampu gelak je. Er, adakah saya juga bakal YB? Adakah saya bakal menteri? Adakah? Wakakakakaka.
Berangan itu gratis ya. Percuma!! Tak perlu bayar! Muahaha.
Tapi seriously memang tak minat pun part nak jadi pemimpin ni, YB dan menteri apatah lagi. Jauh sekali impiannya.
Jangan marah ye, kita gurau-gurau je. Jangan kecam pulak. Hihihi.
Tags
Work
Wah!! insan terpilih ini.. Dalam banyak-banyak, gambar kak mim yang terpilih untuk dimuat naik.. Mantap kak.. Memang ada iras pun..
ReplyDeleteHahaha... rasanya mmg admin tersalah pilih gambar tu
Deletegaya duduk dan senyuman tu dan ala ala menteri dah
ReplyDeleteAla-ala je boleh la.. hihihi
DeleteGambar candid paling menarik hati lah tu... Macam menang peraduan gitu.. Hihihi..
ReplyDeleteTpi kan, bukan kaleng2 nie boleh jumpa menteri
Itu la, mula pelik pulak member wasap bgtau rupanya laaah, knp gambar ni salah upload ke
DeleteEh eh, gaya dah ada tu KakMim. Iras-iras pun ada tu. Bolehlah tu buat berangan. Nak jadi yang sebenarnya memang taklah kita kan. hihi...
ReplyDeleteKan? berangan itu percuma,,, hihihi.. nk jd tu mmg x lah
DeleteGaya dah ada dah tu Mim...mana tau masin mulut bapak tu...dapat jadi salah seorang pemimpin wanita? who knows...
ReplyDeletecukupla jd pemimpin wanita utk anak² di umh je kak.. hehehe
DeleteSweet nya, memang seiras dengan YB.
ReplyDeleteye ke kak? hahaha.. terima kasih, tgk betul² xde seiras pun sbnrnya
Deletememang ada iras! YB fadhlina tu adalah my coursemate kat uia, i panggil dia Fadh jer ;)
ReplyDeleteKalau jumpa nnt boleh tanya dia MZ, KM ada iras dia x? ahahha
DeleteItu tandanya Kakmim tu orang photogenic... kamera suka!
ReplyDeleteSejujurnya, bukan jenis mkn gambar pun uncle... ahahaha
Deleteinsan terpilih fotogenic mcm kak mim ni mmg menjadi sudut favourate cameraman! hehe
ReplyDeletesy x fotogenic ana... jauh panggang dr api... hehehe
Deletewow.. wow... insan terpilih.
ReplyDeleteAda gaya pemimpin tu 🥰🥰
PH baru nak vote Kakmim ahaha 😁
ReplyDeleteMana tau ada rezeki ke depan² nanti...jgn lupa geng blogger haha
yeahahhh betul tu ana nk cote juga! Hidup #YBKakMim demi kwn2 blogger! ehehehe
DeleteAda aura the next YB kot, tu pasal photographer amik gambar tu 😜
ReplyDeleteBtw lawalah gambar tu!
Mungkin kerana penampilan menarik dan sesuai untuk gambar secara publisiti massa...maka gambar ktk dipilih oleh admin sidak...tahniah
ReplyDeleteDari aura kakak pun, dah cocok nih jadi YB 😄👍👍. Aura kharismatik 😉.
ReplyDeleteTp sama kak, saya tak nak jadi pemimpin begitu. Biarlah jadi pemimpin di rumah bagi anak2 saja yaaa. Besar tanggungjawabnya, besar lagi beban yg dipikul. Tak sanggub memang 😄