Roti Telur Cheese

Dah tak sabar nak long weekend, idea nak masak bekal pun tak kunjung tiba. Malam tadi teringat lama dah tak buat roti telur, maka roti telurlah menjadi sarapan dan bekal #theIMANs hari ni.

Tadaa.. lambat bangun jam 5. Kalau masak nasi goreng ke mee goreng ke pantas la, ni bila dah buat roti macam ni jadi drag la masa. Kebetulan ada shredded mozarella kita tabur la jugak atas roti. Buat ghaso-ghaso kata orang.

Bekal jugak sarapan jugak. Eh, #theIMANs makan nasi putih jugak la dengan nugget. Dengan harapan supaya tak lapar masa belajar pagi ni. 

Saya kesian bila abang cerita ramai kawan-kawan dia tak bawak bekal ke sekolah, hanya minum air je masa rehat. No wonder masa mesyuarat PIBG hari tu ada parents form 1 cadangkan waktu rehat dipanjangkan sebab kantin jauh dari blok form 1, so masa banyak terbuang untuk berjalan ke kantin. Dah tau kantin jauh, masa rehat singkat, bawak je lah bekal dari rumah, jimat masa, jimat pitih jugak. Nasib baik ramai tak setuju, sebab bila waktu rehat dipanjangkan waktu balik jugak akan semakin lewat. Saya ni dari si kakak tadika lagi dah prepare bekal ke sekolah, sampailah sekarang memang tanpa gagal masak bekal pagi hari. Dari sorang je bersekolah sampailah semua keempat-empat bersekolah. Dari tadika sampailah ke sekolah menengah. Saya pun tak suka jika mereka ke kantin, masa terbuang 1 hal, makanan tak menepati citarasa mereka pun 1 hal. Eh panjang pulak alkisah bekalnya.

Iyaaa, ini sarapan saya pagi ni. Sayalah anti-sosial itu yang tidak lepak bersama member-member lain masa bekfes. Tak apalah kan? 

Wahai cermin ajaibku hari ini, ah sudah, setiap hari jadi ketagih pulak berselfie depan cermin ajaib ni.

Salam hari Rabu semua!! Semalam saya handle bengkel sebab tu tak sempat nak merayau-rayau di alam blog. Insya Allah hari ni ya..

 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kita suka warna ur outfit hari ini.
    daktiga jenis malas nak bawa bekal, lagi beg da berat. dorang memang request bagi duit je umie.

    ReplyDelete
  2. Kak SA makan roti sapu planta ngan peanut butter jer pagi ni dan air teh O suami buatkan...bini dia masih x sihat kan

    ReplyDelete
  3. Sweet cantik berbaju dan bertudung hijau hari ni.

    ReplyDelete
  4. Bertambah sedap pulak roti telur tambah shredded mozarella. Nampak mudah nak buat tapi yang lecehnya tu kena buat satu-satu, memang ambil masa. Baguslah KakMim tanpa gagal siapkan bekal untuk mereka. Setuju tu, jimat masa, makanan pun ikut selera. Kebersihan pun terjaga. Susah juga tu kalau kantin jauh. Kalau dilajak masa, balik lambat pula. Satu masalah besar tu.
    Cantik manis KakMim berbaju hijau dengan bag warna krim tu. Sesuai sangat. Okay, tempat ni KakMim dah cop.

    ReplyDelete
  5. Roti telur pun bleh buat kenyang tau...Hahaha..Ok la tu..janji gigih bwk bekal =D

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum . apa khabar? datang menziarah. Roti telur ada lagi? he he he

    ReplyDelete
  7. Baguslah Kakmim...kerja kerja juga bekal anak² tak miss. Salute tau

    ReplyDelete
  8. Boleh main tarik2 cheese ni. Sedap makan bila panas!

    ReplyDelete
  9. bawa bekal itu lebih baik...bang bena jimat masa plus duit sekali

    ReplyDelete
  10. ehhh.. gambar last tu.. awat dah makin mengecillllll... mencik... jeles tau!

    Sekarang akak rindu nak buatkan bekfes bekal anak-anak huhu...
    Tak tau camne dulu boleh lalui kalut-kalut di pagi hari 😅

    ReplyDelete
  11. waduhhh roti telur cheese ni simple tp mmg menggodaaaaaaa ehehehe.. cantiknyaaaa kak mimmm outfit rabu!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form