Sabtu hari tu kan kami sekeluarga briskwalk/slow jog di area Masjid Jamek dan Pustaka Negeri. Hari Ahad bapak pulak ajak jogging. Teringin ler tu. So Ahad pun berlarian anaklah lagi kami anak-beranak dan cucu-cucu. Tapi atendan tak penuh la.
Kali ni kami briskwalk di Taman Botani, kemudian terus masuk ke Kampung Boyan dan terus je ke Pangkalan Sapi. Kereta kami park di parking Taman Botani, berdepan dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN). Bapak cadangkan berlari di sini sebab di Pustaka nanti ramai manusia, nak berlari memang tak dapat, semuanya kena berjalan.
Dah setel target larian 3km baru ambik gambar-gambar. Dataran Ibu Pertiwi dari hadapan Fort Margharita.
Pun view yang sama dari depan Fort Margharita. Tak ada filter pun, langit memang subhanallah, cantik.
Dari Pangkalan Sapi hala ke Dataran Ibu Pertiwi.
Di waterfront Kampung Boyan, lalu area foodcourt dan kedai makan di Kampung Boyan, ada lah bisikan-bisikan halus tanya, jom la beli air, beli aiskrim. Senang je jawapan ibu, takde bawak duit. Ahahaha. Padahal henfon ada je. Nasib baiklah bukan jenis budak yang tantrum, ok je bila dah jawapannya 'no'. Begitulah si bongsu Alan dan Aydin.
Kehadiran pada petang Ahad. Akhirnya target 3km tercapai, lebih dah sebenarnya. Walaupun tak berlari sangat, tapi bagi yang jarang-jarang exercise ni memang 'sasa' jugak rasanya kaki ni. Semalam Isnin nak je jalan lagi, tapi sampai rumah dah jam 6 petang. Tak payah la.
Lineup lagi meriah kali ni. hihi..Syoknya lah beriadah kat tempat cantik. MasyaAllah cantiknya fenomena layung belakang bangunan Dataran Ibu Pertiwi tu. Cantik ambil gambar petang-petang disimbahi cahaya macam ni.
ReplyDeletebest tu dpt exercise!
ReplyDeletebagi sikit semangat briskwalk tu sista. aduhai kita juga tak stat2 lagi ni.
ReplyDeleteSeronok Mim ada tempat bersenam yang cantik gini. Lebih bersemangat.
ReplyDeleteTengok gambar-gambar Mim ni terkenang masa jalan-jalan area waterfront.
cantik viewnyaaa
ReplyDelete'filter' pun jeles tengok foto tu
ReplyDeleteView cantik mesti seronok briskwalk kan...akak ni ntah bila nak pi briskwalk..kepala masih pening...tapi pi kerja jugak la...marah orang kalau asyik cuti je kan
ReplyDeleteRindu nak jalan2 situ lagi.
ReplyDeleteDah lama tak pergi Kuching, Sarawak. Erm....
ReplyDeleteCantiknya pemandangan. Suka dapat bersenam dan tengok view cantik sekali. 2 in 1.
ReplyDeletesemoga istiqamah demi kesihatan...view di sia memang kacak...sesuai untuk aktiviti santai petang hari atau awal pagi
ReplyDeleteBestlah KM,,, BW kat kat area waterfront.
ReplyDeletebestnyaaa beramai-ramai jalan kaki! ehehehe
ReplyDelete