1 Hari di Hari Sabtu

Hari Sabtu kami dimulakan dengan mesyuarat PIBG di alma mater saya yang juga sekolah si kakak dan abang. Saya dan Encik Suami tiba di sekolah 8.35 pagi dan seperti biasa sampai je di Dewan Bestari kena scan kehadiran dan buku program dulu. Tiada apa yang menarik, sahkan minit, bentang laporan, bentang usul dan mesyuarat tamat jam 11.30 pagi gitu. Sebelum bersurai setiap ibu-bapa dapat lunch pack nasi ayam penyet. Tapi saya dah aim lain dah. So 2 set ayam penyet bawak balik rumah lah.

Ingatkan kami dah lambat rupanya masih belum penuh lagi dewan. Sebelum balik rumah saya ajak Encik Suami ke Kak Yam Cafe sebab dah lama tak makan roasted duck Kak Yam.

Nasib baik kedai Kak Yam masih buka lagi, ingatkan dah tutup. So saya cepat-cepat order sekali dengan tapau.

Mee kolok roasted duck halal
Mee pok macam dah habis sebab takde dalam online menu so saya order mee kolok roasted duck. Tercapai hasrat berbulan-bulan plan nak datang sini nak makan roasted duck. Bila tak plan, sampai jugak ke sini. Untuk tapau pulak saya order mee sapi roasted duck dan mee kolok daging. Masa kami sedang makan, diorang dah tutup gate separuh. Agaknya masa operasi mereka sampai 1 tengah hari la tu.


Sebelah petangnya kami ke Pustaka Negeri. Bukan nak pinjam buku ya tapi nak berlari. Ahahaha. Alkisahnya saya join virtual run 3km tapi tak berlari pun lagi. Makanya semua diajak berlari bersama. Encik Suami parking di tempat letak kereta Masjid Jamek dan kami pun berlari anak dan berjalan juga ke Pustaka. Dari parking masjid ke Pustaka dalam 1 km then pusing 1 round tasik di Pustaka sebelum balik semula ke parking Masjid Jamek, dapat la 3.3 km. Tapi saya tak submit lagi rekod sebab macam nak berlari & briskwalk lagi. Ecece. Yo yo o je kan? Takpe la ada masa lagi nak submit. Kita simpan dulu.

Girl terpaling over tu semput, nasib baik la dia reti bawak inhaler. Ayahnya lah yang assist dia. Saya, abang dan Alan dah jauh berlari-lari anak ke depan. Sekejap jogging sekejap berjalan. Jadilah.

 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bila mesyuarat kita tadah telinga je lah mendengarnya kan. Kalau yang menarik tu okaylah juga. Mudah kerja sekarang pesan makan online kan je. Any mi kolok Sarawak saya belum pernah makan lagi. Suka jenis kuah-kuah sup plain macam ni. Aci tak kalau saya makan dengan sambal kicap. Hihi...
    Bagus semua semangat nak brisk walk. Mujurlah bawa healer tu. Eloklah dia dah standby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jln2 putrajaya ada kedai sarawak corner situ fiza

      Delete
  2. Oklah tu Kak Mim janji ada aktiviti sihat berjoging. Keluarkan peluh sikit regangkan otot. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ada virtual run itu yg paksa diri tu 😂

      Delete
  3. roasted duck tu saya tak pernah mkn laa..mee kolok pun lom pernah mkn jugak..teringin nak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee kolok boleh try di sarawak corner di putrajaya kedainya

      Delete
  4. boring meeting pibg zmn ni, smua pakai scan takde buku program nak melukis atas tu.
    wow, chiayo kakMim sempat lagi join run. kita da melepek da tu jika da join xtvt sebelah pagi.

    ReplyDelete
  5. Mi Kolok Roasted Duck, aduhh sedapnya.

    ReplyDelete
  6. Sekolah anak2 Cie semua siap dah mesy PIBG husband yang pergi. Cie memang malas la nak hadir mesy ni.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya roasted duck! Rindu nak makan hihihii.

    ReplyDelete
  8. Yang x diplan tu yang menjadi.
    Semoga terus istiqomah berlari/jalan.

    ReplyDelete
  9. Akak tgh craving mee kolok...sedapnya...sedap ada roasted duck plak tu...ada yang terbang ke Kuching ni kang...

    ReplyDelete
  10. waahhh roasted duck ye? Sofian (abd kpd Si Bong mesti suka ni sbb feveretnya itik) hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form