Iman super-super-duper junior saya di sekolah. Si abang pun sama. Dulu saya SPM 1998, Iman pulak bakal SPM 2026. Tahun depan karang. Err, tak lama lagi dah ada anak nak SPM, pastu nak masuk U. Hmm.. apa tandanya tu? Makin menualah kan? Semoga kami laki bini diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dapat melihat kejayaan #theIMANs suatu hari nanti.
Dulu masa zaman saya, tak ada pilihan pun masa masuk form 4. Lepas PMR, confirmlah masuk kelas Sains, tak ada banyak pilihan lain. Sains Sosial ada tapi 1 kelas je. Tapi zaman Iman, ada pilihan pulak. Boleh tak ambik Biologi ganti dengan Asas Sains Komputer atau Prinsip Akaun. Bila saya dengar pilihan tu, saya jadi kompius. Biar betul tak ambik Bio?
Bila musim mengisi borang UPU, bertebaranlah di media sosial berkenaan pakej mata pelajaran STEM. Baru saya tau rupanya ada pakej macam tu. Kalau tersilap pilih pakej, itulah risikonya pilihan UPU kita gagal. Susah nak dapat course yang kita nak atau langsung tak dapat tempat langsung!
Menurut pembacaan saya, ramai yang drop Biologi. Bila dah drop Bio, pakej dah jadi pakej Sains Ikhtisas bukan pakej STEM lagi. Kalau ikut logik pun, bila dah tak ambik Bio, course yang berkaitan bidang perubatan memang tak dapat lah.
So bila anak-anak dah form 4, memang kena betul-betul tanya adakah dia nak ambik mata pelajaran pure science ni. Cabaran sekarang semuanya dalam BI. Dulu senang je saya nak hafal Bio, sekarang saya dengar Iman menghafal, mak oi, baiklah maknya pejam mata terus tido. Ahahaha.
Inilah pakej mata pelajaran di peringkat SPM. Jujurnya memang saya baru pertama kali tengok kombinasi mata pelajaran ni. Biasalah bila anak dah masuk ke menengah atas, memang wajib cakna bab-bab ni. Nanti nak mengisi borang UPU nanti jadi pening pulak nak ambik bidang apa. Sebab tu sangat digalakkan kalau anak-anak kita dah tau hala tuju mereka lepas SPM nanti. Nak ambik bidang apa, nak ambik diploma ke asasi ke sijil ke, biarlah dia start fikir dari awal lagi.
Kesian pulak diri saya sendiri, dulu memang takde pilihan. Tapi tetap jugaklah ambik 10 mata pelajaran masa SPM. Masa tu saya ambik Prinsip Akaun sebagai subjek elektif. Memang itu peraturan zaman saya dulu. Sekarang memang banyak dah berubah kan? Buku-buku rujukan pun warna-warni. Kita pulak geram nak membelinya.
Ingatkan nak taip sikit je tadi, rupanya terpanjang pulak. Plan nak tempek gambar dan sedikit caption ringkas, tapi tak menjadi. Jari terus ligat menaip. Hihi.
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
Tags
Info
Zaman sekarang semakin mencabar anak2 nak belajar.
ReplyDeletemencabar gila, tapi as mom background pure Sains yg ambil Bio dan Komputer, so far leh la tolong back-up sesikit, sipi-sipi bagi faham kedudukan apa guna subjek2 tu lepas SPM nnt. daktiga ni semua dah terjerumus ke kancah Asas Sains Komputer, tgk result exam lepas pun, semua cecukup makan je. Arrizqi nampak boleh carry subjek tingkatan 1. Auni tak ambil biologi dia ambil ASK, dapat A- hari tu. Terpaling tinggi katanya. so far so good setakat ni.
ReplyDeleteCepat betul masa berlalu. Tahu-tahu nanti dah habis belajar, kerja dan seterusnya. Sekarang pun silibus mencabar dan banyak cabang pelbagai bidang. Banyak pilihan.
ReplyDeleteHihi..niat begitulah kan, tapi dah menaip dan ada idea membebel tu terus jadi panjang entry.
Hurmmmm nampaknya ibu dulu yg akan melaluinya Kak Mim dak Aqil SPM thn ni dan thn dpn andai ada rezeki sambung belajar lagi. In syaa Allah! Kak Mim doakan yer. Aqil ambil pure Sains semua ada Fizik Kimia Bio dan Add Math. Semua susah sbb setiap kali lepas exam paper Add Math dia akan sakit kepala. Risau pula ibu dibuatnya.
ReplyDeleteWafi kalau terus sekolah sekarang memang kena ambil STEM A. Sekolah tu macam takde pilihan subjek. Tengoklah cemana tahun depan yang tak berapa lama lagi ni huhu
ReplyDeleteKyra STEM A (dulu sebelum dpt SBP dia STEM A + 3 subject agama) sebab dia di aliran agama. Sekolah sekarang semua wajib ambil stem A sbb SBP ni terlalu “baby” lagi.
ReplyDeleteKhilfi pula next year dia mmg nak STEM A sebab dia tak minat langsung ASK. Hmmm nampak gayanya takde sorang pun anak2 ammi minat komputer
Makin mencabar pembelajaran anak- anak masa kini kan..semoga anak-anak kita semua berjaya lalui demi sebuah kejayaan untuk masa depan
ReplyDeletehurmm masa Ana dulu pakej A + Lukisan Kejuruteraan .. julinggg mata ehhe
ReplyDelete