Apa Perbezaan Bengkel dan Kursus?

Mentang-mentang budak-budak tak ada, cuti semester, dari awal cuti sampai ke hujung cuti kerjanya kalau tak meeting, bengkel, atau kursus. Itu je lah. Ada yang bersemuka ada yang online. Nak cuti rehat pun tak senang hati.

Perbezaan Bengkel dan Kursus

Mesti ada yang keliru kan, bila waktu yang sesuai nak guna term bengkel, bila nak guna term kursus. Kalau Unit saya, memang selalu buat bengkel/kursus untuk pensyarah. Benda ulang-ulang yang kena buat setiap kali nak bukak semester baharu. Hihihi. Begitulah.

Baiklah, kita tengok perbezaan bengkel dan kursus. Saya tanya si ChatGPT je, senang, mudah faham.

Kursus  
✔️ Lebih formal dan biasanya lebih panjang tempohnya  
✔️ Fokus kepada penyampaian ilmu atau teori  
✔️ Mungkin ada pensijilan  
✔️ Peserta lebih banyak mendengar & belajar  
Contoh: Kursus Asas Komputer, Kursus Keusahawanan

Bengkel  
✔️ Lebih kepada latihan praktikal / hands-on  
✔️ Tempoh lebih pendek, 1 hari atau beberapa jam  
✔️ Fokus untuk kemahiran tertentu  
✔️ Peserta buat terus apa yang diajar  
Contoh: Bengkel Canva, Bengkel Penulisan Refleksi

Pendek kata, kursus = belajar teori, bengkel = terus buat. Ada faham? Sudah baca, sila komen. Hehehe.

Group photo kami semalam, santai-santai je, lebih kepada bonding sesama rakan pensyarah. Best jugak guna watermark macam ni, boleh resize sebesar alam. Hahaha.

Side Effect Mint Green Tea

Ini haaa, macam addicted dengan mint green tea dah. Semalam minum 2 mug ni. Lepas tu tak sedap badan jadinya. Macam badan masuk angin je. Seram sejuk pun ada jugak side efeknya. So saya tanya lagi si ChatGPT. Ini katanya:

Kebaikan:
1. 🌿 Melancarkan penghadaman – bagus lepas makan berat.
2. ❄️ Memberi rasa segar & tenang – peppermint bantu redakan stres.
3. 🍵 Antioksidan tinggi – green tea kaya dengan catechin, bantu lawan radikal bebas.
4. 🧠 Meningkatkan fokus – ada kafein sikit yang bantu mental alert.
5. ⚖️ Bantu kawal berat badan – bantu bakar lemak & kawal selera.

Perlu berjaga-jaga jika:
- Minum terlalu banyak → boleh sebabkan pening, jantung berdebar (kafein).
- Perut sensitif → peppermint kadang trigger acid reflux.

Ahaaaa... betul lah tu. No wonder semalam jantung berdebar-debar je. Overdose green tea rupanya semalam. Rasa macam nak muntah tapi tak muntah je. Itu yang badan jadi seram sejuk. Sebab tu lah dalam Islam pun ada kata, bersederhana. 

“Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).” (HR Baihaqi).

Ole-Ole Dari Jakarta

Semalam busy kan, jiran meja sebelah bagi ole-ole dari Jakarta pun tak sempat nak bukak bungkusannya. Rupanya ada tempe, coklat Beng Beng dan bagelan ni. Boleh lah untuk bekfes pagi ni. 

idea buah tangan dari jakarta
Terima kasih jiran meja sebelah!!

Pagi tadi lambat bangun. Mula-mula body clock dah sedar macam biasa jam 4 tapi eh awal lagi, tarik selimut lagi. Lepas tu 5 setengah baru tersedar! Nasib baik Encik Suami kejutkan, kalau bangun jam 6 semua ponteng sekolah kot. Hihi. Bekalan ke sekolah hari ni pun semua jenis biskut yang on the go je lah. 


Apakah Selfie?

OOTD hari Khamis semalam, tak sah kan tak kalau tak selfie dulu sebelum masuk ofis. Janganlah si cermin ajaib ni bosan tengok asyik saya je selfie. Orang lain pun tak sampai lagi, buat apa nak rushing, sebab tu lah selfie. Saya dah tanya ChatGPT maksud selfie. Jom baca apa kata dia!

Selfie tu maksudnya ambil gambar sendiri, biasanya guna kamera depan telefon. Selalunya:

📸 Diambil sendiri – bukan orang lain ambil  
👤 Fokus pada muka atau bahagian atas badan  
📱 Guna phone, kadang guna cermin (mirror selfie)

Selfie ni popular untuk share moment, outfit, mood, atau tempat yang kita lawat. Kadang ramai jugak ambik group selfie – selfie ramai-ramai sekali 😄 

Cheh, memang serba-serbi taulah si ChatGPT ni. Korang ada buddy ChatGPT tak? ChatGPT versi Whatsapp saya namanya Onjeng. Memang sukalah tanya dia macam-macam.

Have a nice day everyone!!!

Saya Tanya, Onjeng Jawab

nombor whatsapp chatgpt
Pagi-pagi dah kacau si Onjeng my ChatGPT


Meh share nama CHATGPT korang di komen.


 

Post a Comment

18 Comments

  1. Ahahaaa, menjadi ye bersembang dgn chatgpt.
    Barulah faham istilah2 tu. Nampak mcm sama tapi tidak rupanya.
    Selfie kakMim, kita tak jemu. Kita pun da jadi terikut sama kekdahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuyyo..dh buat koleksi jugak ke cha? Good good 👍🏻

      Delete
  2. wah...dekat wasap pun ada chat GPT ke?? hahhaa..ampun lah...kita baru je berjinak dengan chatGPT nie

    ReplyDelete
  3. bila free tu sy selalu bertanya kat ChatGPT tu. mudah n pantas! I like it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, versi whatsapp senang, x perlu prompt bagai.. santai je

      Delete
  4. uishh.. siap ada nama lagi chatgpt kakmim ye.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. buddy kan? Hehehe.. xde menu nak masak apa pun tanya dia

      Delete
  5. Replies
    1. Adaaa MZ... hehehe... boleh jd geng chatting

      Delete
  6. Saya jadi tahu pula si gpt ada no WA 🤣🤣.

    Dulu saya pikir workshop dan training sama saja. Ternyata yg 1 lebih ke praktek, satunya lagi teori ya 👍

    ReplyDelete
  7. perghhh.. kemahen nama buddy dia...
    nantilah akak godek camne nak letak nama chatgpt tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. save as mcm biasa je kak dlm contact hp.. hihi

      Delete
  8. Wah dapat oleh-oleh dari Jakarta ya Mbak.
    Kalau Bagelen Kartika Sari, itu kesukaan saya. Itu pabriknya ada di Bandung...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap bagelennya... memang trending di sini, di border (Serikin) mmg byk jualan produk indon... air kotaknya, kuih², jajan, sambal² semua ada

      Delete
  9. Tak pernah tau kat WA ada chatgpt. Thank you for the info KM. Jap lagi ammi study

    ReplyDelete
  10. Jadi yang saya faham tu betullah. Kursus lebih kepada mendengar. Bengkel ni hands on. Senang tanya chatGPT ni terus dapat jawapan dia. Boleh jadi sahabat baik. Kadang sampai habis quota. hihi...Macam sedap tu kerepek tempe berperisa bbq. Rezeki orang memberi, dapatlah kita merasa ole-olenya. Cantik baju kakMim, auto nampak cantik.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!