Pengalaman Membeli dan Servis Kereta di EON Auto Mart Kuching

Servis kereta selalunya akan menjadi waiting game yang membosankan. Datang pusat servis dan tunggu kereta diservis. Kalau kereta banyak, lagilah lama waiting time. Tapi sekarang pusat servis kereta dah set appointment dulu dengan customer untuk servis. Selalunya mereka akan whatsapp untuk remind yang kereta kita perlu diservis dan bertanyakan bila kita hendak set untuk appointment servis kereta. After sale service sekarang dah semakin ditambahbaik berbanding dulu-dulu.


Pusat Pameran Jualan dan Servis Kereta EON Mart Kuching

Antara dealer Mitsubishi terbaik di Kuching, saya boleh rekomen EON Auto Mart ni. Sales consultant mereka sangat membantu, dari mula kita survey sampailah bertahun membeli pun masih keep in touch dengan customer.

lokasi baru EON auto mart kuching

Show room mereka juga sangat cantik dan moden. Fasiliti pun lengkap. Weekend pun bukak dan sedia menerima kunjungan prospek customer.

lokasi baru EON auto mart kuching
Nak OOTD pun boleh

show room EON auto mart kuching
Luas pun luas. Siap ada kerusi meja yang lebih dari cukup. Selalunya dalam sehari takdelah ramai sangat customer yang servis kereta. Sebab kalau kuota sudah penuh, staf akan bagitau supaya kita pilih the next day untuk servis.

show room xpander mitsubishi EON auto mart kuching
Ruangan ni berubah ikut musim. Kalau raya, deco pun deco hari raya. Macam di shopping mall jugak.

Skrin untuk view status kereta kita. Kalau complete, boleh terus direct ke kaunter. Tapi kalau tak alert, ada staf yang akan panggil dan maklumkan kepada customer.


service kereta xpander
Sesambil kereta diservis di belakang, kita boleh lepak minum kopi dan tengok kereta diservis dari dalam je.

EON auto mart kuching
Nak kopi, teh, milo, ada pilihan 3 in 1. Kuih-muih pun ada.

Yang seronoknya staf di sini ramai Melayu, so kita pun tak ragu-ragulah nak makan minum di sini. Staf cleaner pun Melayu. 

sijil pengesahan kiblat
Ruangan surau pun selesa. Siap ada sijil pengesahan kiblat dari Majlis Islam Sarawak.

Kalau bosan, boleh tengok Astro. Majalah pun ada.


Aktiviti untuk budak-budak pun ada. Ruang budak-budak bermain pun disediakan. 


Testimoni Saya Sebagai Pelanggan 

After all, saya memang berpuas hati adengan after sale service dari EON Auto Mart. Staf-staf pun superfriendly. Setelah 3 tahun bertukar ke Mitsubishi memang puas hati dengan servis dari mereka. Kalau ada kenalan dan keluarga nak beli kereta Mitsubishi memang saya akan rekomen beli dari staf EON Auto Mart ni.


Lokasi

Dulu masa 1st deal kami ke show room di Jalan Rock, tapi selepas tu mereka dah berpindah di tempat baru, yang lebih moden dan selesa di Jalan Pending.

alamat EON auto mart kuching


Bukan Review Berbayar

Oh ya, ini bukan paid review ya. Ikhlas dari seorang customer yang berpuas hati macam saya. Lama dah nak tulis review pasal ni sebenarnya tapi ni baru berkesampaian.





















 

Post a Comment

16 Comments

  1. Kalau ada service centre selesa macam ni baru la kita tak rasa lama menunggu. Boleh makan2, boleh tengok tv.

    ReplyDelete
  2. Wah kalau mcm tu tempatnya, hari hari dtg servis pun takpe menunggu lama. Huhuu..
    Tempat menunggunya mesra pelanggan.

    ReplyDelete
  3. betul, dulu kalau kami hantar service mpv dekat mithsubishi tempat menunggu dia memang ada macam-macam coffee, air sejuk makanan...nak baca paper dengan ruangan yg selesa

    ReplyDelete
  4. Sik lah bosan nunggu. Sambil minum boleh layan astro. 😊

    ReplyDelete
  5. Customer yg dicari itu biasanya service. Jadi kalo suatu service memang baguuus layanannya, biasa customer akan setia kan 👍

    ReplyDelete
  6. Cantik tempat, rasanya tak boring ada makanan lepak gitu..

    ReplyDelete
  7. Ingatkan EON jual kereta PROTON aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. EON ni jual mitsubishi je wak.. xde proton.. sy mula pn kompius jugak

      Delete
  8. Yg penting Kak Mim ada donut Nyummy

    ReplyDelete
  9. wahhh minggu ni ramai betul yang update servis kereta ye hihihi

    ReplyDelete
  10. bagus betul tempat servisnya selesa dan ada food ;)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Bagus la, ada tempat servis kereta yang buat kerja elok dan selesa menunggu.

    ReplyDelete
  12. Tiptop betul tempat servis ni. Boleh layan astro sambil makan kuih, staff pun baik

    ReplyDelete
  13. Akak pun dapat rasa sekarang after sales servis kenderaan di Malaysia semakin bagus. Follow-up servis tu bagus kot kadang kita lupa.
    Apatah lagi SC yang selesa dan sediakan kemudahan yang lengkap.

    ReplyDelete
  14. Biasanya bila ada tuan asben saja baru pergi service kereta dan kita jarang menunggu sebab, pergi kita bawa kereta, dia bawa moto. nnt tinggal kereta, kita blk dgn dia naik moto. Dah siap nnt, pergi naik moto, balik kita bawa kereta. Kami sejenis yg tidak suka menunggu.

    ReplyDelete
  15. Bagus perkhidmatan service mitsubishi ni. Tengok tempat pun luas dan selesa. Baguslah macam ni, kemudahan lengkap. Pelanggan tak bosan menunggu. Ada hidangan air dan makanan juga.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!