2 hari berkursus di INTAN, on the way ke sana memang dah jem. Memang tak sempatlah nak singgah bekfes di mana-mana. So saya prepare bekal untuk makan dalam kereta je. 2 hari ke INTAN, 2 harilah bukak bekal dalam kereta.
2 Hari Sarapan Dalam Kereta
Hari pertama sempat potong buah kiwi untuk kunyah-kunyah dalam jem. Sebelum sampai di INTAN lagi dah habis dah.
Sedap kiwi gold ni, tak berapa masam.
Mee Lee Fah goreng dengan telur. Mee goreng paling senang dan sedap. Chop bawang besar dan bawang putih. Tumis dengan minyak, pastu pecah telur. Masukkan mee yang dah dicelur. Boleh letak sawi tapi #theIMANs takkan makan pun so begitu je lah. Kacau rata, then letak Tumix. Kalau yang jenis pemasin letakla garam sikit. Ah, siap!
Hari kedua makan nasik putih telur mata tuang kicap. Janji tak lapar sebab bekfes di INTAN jam 10.30 pagi.
Kudap-kudapan masa dengar lecture dan buat hands-on. Kalau kursus wajib kan kudap-kudapan macam ni. Gula-gula semestinya wajib ada.
Peserta kursus di INTAN memang digalakkan guna tangga. Ada je lif tapi 1 je so lamalah nak tunggu turn. Baik naik tangga je. Lepas tu nak ke cafe pun jauh perjalanannya. Kena seberang jalan nak ke blok asrama. Begitulah, dah namanya kampus kan. Serba-serbi jauh dan tersusun dah. Cafe dewan makan ni logiknya memang kena dekat dengan blok asrama, kena jauh dari blok pentadbiran dan makmal komputer dan auditorium, kang tak pasal-pasal asyik cium bau makanan je.
Kursus Lagi
Selasa-Rabu di INTAN, Khamis sambung lagi kursus di kolej pulak. Sebab tu tak sempat update semalam. Selain jadi urusetia, jadi peserta jugak. Memang takde masa langsung nak ber'me-time. Hari ni dah Jumaat. To-do-list masih belum banyak lagi yang done. Huhuhu.





14 Comments
Mana yang mudah je lah kita sediakan. Janji perut terisi sebelum masuk kelas. Kiwi gold tak pernah makan lagi. Nanti nak belilah, nak rasa. Betul-betul kena exercise kaki datang sini. Banyak berjalan. Okay juga tu dapat cukupkan langkah kalau ada smartwatch. Semoga dipermudahkan segala urusan kerja KakMim. Kita dengar pun dah nampak kesibukan tu.
ReplyDeletetak pernah mkn mee lee fah tu...mcm megi lah kan?
ReplyDeleteKiwi gold ni ibarat buah ada aura VIP sikit.. kulit je nampak biasa, tapi isi dia wow! Lembut, juicy, dan manis lemak, takde rasa masam yang buat kecut muka.
ReplyDeleteBetul tu, kalau cafe/DM dekat dgn tempat kursus tak fokus pulak nanti ahaha...
ReplyDeletejimat masa makan dalam keta....
ReplyDeleteNasi dengan telur tu aduhai paling sedap.... jelly honeydew tu mesti sedap kan... kami memang menggunakan tangga , dahla ke tingkat 7 dah setahun lebih lak tu huhuhu
ReplyDeleteJem ke Samarahan dan ke jem Kuching ya rutin yang biasa kmk hadapi setiap minggu..nasib baik sik setiap hari.
ReplyDeleteNasib la ktk mampu breakfast dalam keta...mun sik terpaksa berkeroncong ke pabila kenak jem
mcm sy la..sebelum turun ke tempat kerja mmg kena ambik sarapan ringkas... sampai di sek baru makan yg berat2 sikit.
ReplyDeletesenang sikit makan dlm kereta. sampai2 je perut kenyang.
ReplyDeleteSarapan yg simple, asal bisa buat bertenaga. Buah baguus lah, Krn kalo pagi memang disarankan untuk sarapan buah, sebelum ada masuk apapun .
ReplyDeleteSaya suka kiwi gold, sedap!
ReplyDeleteBab kursus ni memang biasanya bertambah beratlah handbag isi snack.
Semoga dipermudahkan urusan Kakmim. Sarapan dalam kereta pun ok, mana yang senang dan selesa bagi kita.
ReplyDeleteSenang breakfast siap2 dalam kereta. Kiwi gold tu sedappp
ReplyDeleteNampak nasi telur kicap tu jadi teringin lah pulak!
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!