Sarapan di Hari Sarawak

Hari Sarawak, Sarawak Cuti

Iyaaaa, kami di Sarawak cuti umum hari ni. Plannya nak briskwalk pagi tadi tapi tak berkesempatan, malas mengatasi segalanya. Jeles pulak tengok dalam whatsapp grup famili bapak dan adik pergi jogging di Waterfront. Petang karanglah kot, itupun kalau ada kerajinan. Cuaca pulak panas sekarang, tapi alhamdulillah belum ada tanda-tanda jerebu.

Alang-alang je cuti hari Selasa, hari Rabu, Khamis, Jumaat tetap la rutin seperti biasa. Bangun awal hantar #theIMANs sekolah dan kerja la, apalagi kan?


Makan Laksa Sarawak di Mom's Laksa

Semalam lagi dah Alan plan nak makan di Mom's Laksa. Layankan aje sebab tak jauh dari rumah. Lagipun nak try ayam gepuk di situ. Sedap katanya, dengar cerita orang dari mulut ke mulut la. Belum tahap viral di medsos lagi.

Berlina je ke Mom Laksa. Masterplanner si paling kecik di belakang.

Awan Alan senyap bila dah dapat laksa. Selalu makan guna chopstick tapi lupa request chopstick tadi terus je makan guna sudu & garpu.


While si ibu yakni yours truly try nasi ayam gepuk Mom's Laksa. Fuh mantap, sambalnya memang pedas. Lulus bagi saya. Nasi panas, ayam panas, makan di bawah cuaca panas, sebab kami ambik meja berdekatan parking. Kalau awal pagi memang la tak panas tapi dah jam 10 pagi, memang dah macam berjemur sambil makan pulak kami. Bukan salah orang lain tapi kami sendiri yang decide. Hahaha. Berbalik kepada menu pilihan saya, nasik putihnya macam sikit, tapi dah makan jadi banyak pulak. Ataupun bila dah pedas, auto jadi macam banyak sebab tak larat pulak nak habiskan nasik. Jarang saya makan nasik tak habis tau. Hihi. Kobis gorengnya pula sedap wa cakap lu. Sebelum ni saya tak appreciate sangat kobis goreng kering ni tapi kobis versi Mom's Laksa ni memang sedap.

Dan last but not least, beli bingka lapis dari seller ni. Ada berjenis-jenis kuih yang ada di vendor di situ. Saya memang nak cari kuih dari seller ni saja. Saja nak ambik no telefon seller ni. Sebelum ni pernah beli kuih seri muka dari seller ni di sini jugak, sedap. Cukup rasa, manis, lemak, masin semua ada. Tapi itulah hari ni cari seri muka dari seller ni, tak ada, adik tu cakap dah habis. Seri muka lain ada tapi malas la nak try.

Begitulah, di pagi cuti kami di Hari Sarawak. Next ke mana pulak tu? 


Post a Comment

11 Comments

  1. Selamat Hari Sarawak Kakmim! Best eh, rindu Mom's Laksa ❤️

    ReplyDelete
  2. Semoga Sarawak terus aman dan makmur.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya laksa Sarawak. Rindu nak mkn.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Sarawak. Semoga Sarawak terus maju di dalam Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Sarawak.... arghhh... ai is jeles tau kalau nengok orang cuti hehe...
    Sekarang kat mana-mana ayam gepuk memang trending. Kat tempat akak ni ada buka beberapa resto khusus jual ayam gepuk. Abang Rahimi lah rajin mencari lepastu compare sambal mana yang terpaling pedas.

    ReplyDelete
  6. Hiii..salah diri sendiri lah, makan berjemur...
    Linda kalau hari cuti,auto malas nak bangun pagi²..

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Sarawak!
    Semoga terus makmur hendaknya ...
    Aduh kenapa dipilih tempat panas hihi..

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat PH. Selamat hari Sarawak. Sedap Laksa Sarawak....

    ReplyDelete
  9. Tahun depan saya hrs jadikan plan saya nak kliling Sabah Sarawak 😍😍. Dah teringin nak makan laksa Sarawak di kota asalnya 😄. Yg saya makan di KL waktu itu, dah sedaaap. Apalagi di Sarawak langsung kan 🤤❤️

    ReplyDelete
  10. Bestlah orang Saghawak ada cuti. Dapat juga spend masa makan bersama. Tenang betul dapat makan diluar. Lupakan panas sekejap. hihi..Cantiknya bingka lapis tu berwarna warni. Biasanya nampak putih pink je.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!