Pagi-pagi nak makan apa yang sihat, cepat, dan tak renyah? Jawapannya: OAT! Lama tak amalkan makan oat ni, so belilah oat yang ada loose pack, pack kecik-kecik yang mudah nak dijadikan bekal ke pejabat. Selain mudah disediakan, oat juga penuh dengan khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh. Dalam entri kali ni, jom kita tengok kelebihan sarapan pagi dengan oat, dan kenapa anda pun patut cuba masukkan oat dalam rutin harian.
Sarapan saya pagi ini. Tuang air panas je, dah siap.
Kelebihan Sarapan Sihat Dengan Oat
Oat merupakan pilihan sarapan pagi yang sangat berkhasiat dan sesuai untuk mereka yang ingin memulakan hari dengan tenaga dan kesihatan optimum. Kaya dengan serat larut beta-glucan, oat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah serta menyokong kesihatan jantung. Selain itu, oat juga memberikan rasa kenyang lebih lama, sekali gus membantu dalam pengurusan berat badan dan mengelakkan tabiat makan berlebihan. Ia juga mengandungi vitamin dan mineral penting seperti zat besi, magnesium dan vitamin B yang menyokong fungsi tubuh dan minda yang cergas. Kandungan karbohidrat kompleks dalam oat membekalkan tenaga secara berpanjangan, menjadikannya pilihan terbaik bagi individu yang aktif.
Oat Mudah Disediakan
Paling menarik, oat boleh dipelbagaikan cara penyediaannya – sama ada sebagai overnight oat, bubur, granola, atau dijadikan smoothie – menjadikannya menu fleksibel dan mudah disesuaikan dengan cita rasa setiap orang. Tapi pagi ni saya tak sempat nak potong buah nak makan dengan oat, jadinya letak susu pekat manis sikit, untuk ghaso-ghaso supaya tak terlalu plain.
Resepi Unik Menggunakan Oat?
Kalau anda pun ada cara unik atau resepi menarik guna oat, jangan malu-malu share kat ruangan komen.
Last but not least, tak sah kalau tak selfie kan?


18 Comments
lama tak sarapan oat. huhu. esk la sarapan oat. mudah kenyang lama.
ReplyDeletesaya buat overnight oat + chia seed + yogurt + fresh milk. pagi² sebelum makan tabur sikit granola dark choc 😅 kalau sarapan oat, perut tahan sikit. sebab masih bf baby, biasanya cepat lapar ☺️
ReplyDeletesedapnyaaa oat....
ReplyDeleteoat bagus buat kita rasa kenyang pada waktu malam
ReplyDeleteSha pun standby oat dekat pejabat dan rumah..
ReplyDeleteKita kalau beli oat, sekali dua jer makan lepas tu dah lupa. Rajin Mim bancuh oat tu.
ReplyDeletedulu selalu buat overnight oat. pastu letak chocolate drizzle sikit sebab muak makan oat kosong gitu, sedap! pernah jugak buat oat berlauk macam makan bubur
ReplyDeletelepas fomo oat dah habis, saya tak makan dah sampai expired haha
Baru je makan pagi tadi, saya guna rolled oats, jadi kena masak atas api, letak susu low fat, kurma dan kismis, masak sehingga oats lembut.
ReplyDeleteLama tak Makan oat padahal Senang je nak membancuhnya...Ish..kena try lah Nanti ..Baru comel Macam kakmim. Hehehee...
ReplyDeleteErrr, I don't like oat, huuu! I don't know why, hahaaa.
ReplyDeleteOat tok faveret kmk dgn anak no. 2. Biasa makan dgn condensed milk jak. Mun kmk engkah brown sugar & cinnamon. Time bulan puasa kmk ambik utk sahur blend dgn protein powder.
ReplyDeleteAmmi dah lama tak beli instant oats. Skrg guna rolled oat (soaked for few hrs) dan kemudian blend je with banana and protein powder for lunch
ReplyDeleteAwalnya saya tak suka oat ini. Apalagi harus diolah dulu supaya tak hambar. Tp saat di US waktu itu, mereka ada juga jual yg sachet kecil macam ini dan ada rasa buah, macam apel , strawberry dan mix berries. Dan sedaaaaap sangat. Tak payah tambah Macam2, rada buahnya dah bikin enak.
ReplyDeleteSejak itu JD suka. Tapiiii di Indonesia tak ada jual yg rasa buah2an seperti yg saya beli di US hahahahah.
Jadinya dah lama tak makan oat lagi. 😅.
Sesekali boleh lah... kalau tiap hari muak juga.
ReplyDeleteKadang beli beria.. lepastu lupa nak makan.
Akak makan oat x kenyang...tapi tu la..kena gak la makan nanti, antara makanan sihat kan
ReplyDeleteEh, baru tahu ada pek instant kecil macam ni. Mudah ya amat nak sediakan bekal oat macam ni. Sweet KakMim berbaju pink.
ReplyDeletekmk pun makan oat yg kasar ya...tapi perlu masak dolok...cuma time makan perlu pujuk hati dolok sebab rasanya memang plan jika sik campur apa-apa
ReplyDeletemakanan yang serat kesihatan, kurang kelistrol..oat ni
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!